Wednesday, July 2, 2008

AL LOKLAQ WAL LOKLAQ

LOKLAQ…..sudahkah kita ke arah itu….

Tujuh anggota kita banyak membuat dosa ataupun buat pahala.Tiap ketika tujuh anggota tak lari dari membuat kedua2 ;dosa/pahala.Lidah dan kemaluan yang banyak membuat dosa.Dua anggota ini tak bertulang,tapi boleh keras dari tulang.Cukup loklaq dua anggota ni.Dengan lidah kita cakap loklaq.Kemaluan jadi loklaq bila tak pilih bulu.Suka dan syok pada yang bukan haknya.Hak orang lain lebih digemari.

Yang jantan ada kepala tak bermata,tak bertelinga.Payah nak dengar kata bila dia loklaq.Yang betina Cuma ada biji,tersorot ke dalam.Juga payah nak dengar kata bila loklaq.Dia jadi lebih ganas bila berloklaq.Dia suka tayang diri.Loklaqnya melarat ke seluruh badan.Kerana loklaqnya seluruhan badan jadi tercemar dengan debu2 dosa.

Sebab tu seluruh diri betinanya disuruh dibungkus.Dari hujung rambut ke hujung kaki,kecuali muka dan tapak tangan.Yang loklaq tu suka tebok apa yang dipakai , supaya senang mereka ditengok.Dedah sana-sini . Macam tupai tebok buah durian.Kerana tak malu mudah depa jadi loklaq.Kekadangnya keluarga ulamak yang buka aurat.Paling menyayatkan.Loklaq berjabat-tangan dengan yang bukan muhrim.Yang anehnya pula yang perempuan tu bertudung comel menutup aurat tapi mengapa loklaq bagi jantan bersalaman dengannya.

Akhir2 ini tak semena2 negara kita Malaysia jadi sebuah Negara loklaq.Loklaqnya tersebar ke seluruh dunia.Meletup sana dan sini.Nampak macam Amerika akan camportangan pasai tuduhan liwat DSAI.Kita loklaq kerana berkelahi dan bermusuhan sesama sendiri selepas PR12 .Yang loklaqnya orang Melayu kita.Tuduh menuduh pihak atasan memualkan.Rasa nak muntah-muntah.Cuma dok berebut kuasa,dok berebut harta.Masing2 dok mempertahankan diri dan rakyatlah yang menerima kerugian.Rakyat are the losers.Fish rots start from the head.Yang itu tuduh yang ini.Yang ini saman yang itu.Yang satu lagi saman yang ini.Berseliseh bahu keBalai polis buat repot itu yang ini.Pakat menyalah sesama sendiri.Pakat nak menjatuh si anu dan si anu.Yang lain tuduh berasuah,yang satu lagi tuduh kebas duit.Bagaikan nak muntah-muntah,kerana mabuk dengan durjana loklaq.

Malaysian politics is becoming unstable.There is so much struggle for power.As I said,rakyat are the main losers.Depa boleh tunjuk loklaq di media2-massa sampai ke dalam dewan ( parlimen dan adun ).Tak kan tak dak satu perbahasan yang lebih tertib dan berbudi bahasa ? Tunjuk loklaq tak menunjukkan nilai kemanusiaan.Seperti aku katakan lidah perlu diajar supaya tak loklaq.Allah akan catit semua itu ,Allah akan timbang semua itu,Allah hukum semua itu.Seperti dijanjikanNya , loklaq dihukum dengan loklaqNya.Allah tak kira bercakap di dewan ke atau di mana saja.Semua dia kira serupa.Tiada tempat dalam dunia ini kita boleh lari dari hukum Allah.24 jam sehari kita terikat hukum taklifiNya.Pi lah kemana pun.Ke bulan.Ke bintang.Kita adalah makhluk Allah.Kita diberi amanah.Kita makhluk terbaik , tapi kerana loklaq , darjat kita lebih hina dari binatang yang melatar.

Kita ada banyak ulamak , tapi mereka tak mendidik .Mereka membisu . Mereka juga struggle for power . Walhal mereka lebih mengetahui hukum-hakam , mereka alim.Setengahnya sanggup tinggal sunnah Nabi saw.Dulu cukup cantik mereka berserban , tapi bila dapat pangkat sanggup berkopiah pula.Bukan tak boleh berkopiah , tapi tinggalkan sunnah berserban , bukankah ini menunjukkan kita membelakangkan Nabi saw.Kekadang mereka juga mencacikan orang berserban,berjubah,berjanggut,bersugi.Bukankah itu semua sunnah Nabi saw ? Loklaq sungguh kalau kata boleh berzina di masa dharurat . Cukup loklaq kalau bila mencuri tak boleh potong tangan,tapi beri kerja kat dia.Bila TG Nik Aziz nak buat undang2 supaya orang pompuan tak bergincu,tak pakai tumit tinggi dan tutup aurat,ada betina hangit kata itu isu remeh-temeh.Masyallah,astagfirullah.Dalam sebuah hadis bermaksud : Orang pompuan yang tak menudungkan kepala akan digantung dengan rambutnya dan dibakar dalam api neraka.Dalam Al-quran pun ada firman Allah menyebutnya.

Al-quran bukan untuk dibaca saja penuh dengan qariat,tajwid dan teranumnya, tapi yang Allah hendak terutama2nya ialah melaksanakan perintahNya.Bacalah dengan qiraat,tajwid dan teranumnya.Itu semua diberi pahala,tapi apakah ertinya kita tidak memahami untuk melaksanakan hukumNya.Bimbang Al-quran yang kita baca melaknatkan kita di akhirat.

Itulah loklaqnya orang yang berilmu.Bila pikiaq2 itu semua , loklaqlah yang membawa padah.Dulu2 orang2 bodoh saja yang suka buat perkara loklaq.Tak lah sangat sedihnya kerana memang mereka bodoh . Tapi orang2 cerdik-pandai bila berloklaq apakah kesudahannya . Kerana mereka mempunyai pengikut,ribu2,juta2 jumlahnya.Pengikut will follow the leader . Leader loklaq,pengikut sudah semestinya berloklaq juga.Di mana akan jatuh kuah ,kalau tidah ke nasi.

Orang koman sepana macam aku sapa nak ikut.Aku tak dak followers.Lagi pun aku bukan pandai agama.Walaupun dah berumur lebih 66 tahun , 60 hadis masih tak boleh hafal.600 ayat Al-quran pun tak boleh hafal,tak dak istemiwanya aku.Tapi aku tak mau loklaq dengan Islam.Aku tak mau loklaq dengan Al-quran.Aku tak mau loklaq dengan Hadis Nabi saw,dengan qias dan ijmak ulamak (ulamak tulin,bukan jenis ular dalam semak).

Is there any better future for tomorrow ?.If not,the leaders will be under fire . No regret after death .Tapi mengapa Allah ceritakan dalam Al-quran bahawa ahli neraka memohon kembali ke dunia untuk sehari saja untuk beribadat ?

Jangan fanatik berloklaq.You will be sued in court of Allah.


Yang benar dari Allah,yang salah adalah dari kejahilan ku.

WALLAHUA’LAM……………TAKBIR

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum pak cha,

Negara kita dah lama sangat dah jadi negara loklaq pak cha.

Cuma akhir2 ni loklaqnya makin menjadi2.

Unknown said...

salam pak cha & mak wan, moga sihat selalu.

Betul kata pak cha, ulama' sekarang memang ramai yang membisu dan tidak berani menyatakan yang hak.

Demi kepentingan politik mereka adakalanya menyampaikan yang batil.


visit my blog;

http://al-subki.blogspot.com/

thank you.