Sunday, July 20, 2008

KRISIS KEYAKINAN.....hilang panduan

KRISIS KEYAKINAN


Hari ini lebih baik dari esok.Itulah pesanan Nabi saw memberitahu umatnya dalam menjalani hidup seharian,sebelum tibanya waktu masuk kubur.Jelas kelihatan hari demi hari keparahan penyakit manusia di alam ini,dan terdekat kita tengok di bumi Malaysia kita tak reda dengan berbagai isu dan kerenah politik,akhlak,mental ,budaya,social,ekonomi,seks and a thousand what not. Kita lari cukup jauh dari landasan Allah , bersimpang-siur dari enakmen Islam,menjunam menurun dan merudum hingga terperosok dalam duri-duri pasik dan onar-onar kejahanaman yang total. Bagaikan tiada pembela,tiada pemimpin yang cuba menunjuk arah yang benar dan lurus.Masing2 sibok dengan urusan peribadi sendiri dan politik diri . Sibok dengan agenda menmertabatkan diri dan kumpulannya , lupa pada tanggungjawab sebagai pemimpin.


TV dan media juga tidak berperanan mendidik ,malahan menkerohkan lagi suasana.Propaganda2 yang melampau membosankan. Kalau dengan lagu dan drama tersiar 24 jam sehari,apakah faedahnya.Di selang-seli dengan siri agama sebagai mempermain2kan saja. Kerana selepas itu tersiar pula gejala2 negatif yang tak memberi manfaat .Ada pula slot2 yang menggairahkan , membenakkan setiap hati yang menonton.Sapa yang jadi sasarannya,tah lain anak2 muda yang masih mantah.Bukankah TV mengajar merompak bank,bukankah TV ajar bagaimana nak merogol ,bukankah media mengajar cerita2 porno . Apakah lagu2 yang senikata yang lucah2 dihidang menjadi makanan dan minuman minda2 muda tersebut.?


Yang dituduh dengan liwat pula tak dapat membawa saksi.Mengapa ? kalau sudah diliwat beberapa kali bukankah mudah menyediakan saksi.Sekurang2nya perangkapkan saja dengan cctv.Macam depa perangkap Dr.Chua dulu.Apa guna dok bubuh cctv dilorong2 gelap dan tempat2 yang mudah si penjenayah menutup cctv dengan guni buruk saja.Kalau tak ada saksi tok sah dok gatai nak tuduh . Kes rogol susah sikit nak cari saksi.Kerana tak tau bila nak kena rogol.Kerana guna otak yang busuk,kita habis hilang pedoman


Bila aku membaca blog Al-Hussyen pasai PAS dok berunding dengan UMNO,aku mula naik marah2 . Mengikut blog nya MP Pas akan diberi beberapa jawatan menteri,timbalan menteri,exco dan sebagainya kalau bergabung dengan UMNO. TG NikA.Aziz awal2 lagi tak mau disengat 2 kali dalam satu lubang. Yang dok nak jawatan tu, tak usahlah menipu rakyat. Sebelum ni dok bercakap pasai Islam pang,pang,pang……tercongek2 pungkur.Lepas tu nak menjawat jawatan tu dan ni……….phooorahh. Nabi saw pernah juga ditawarkan berbagai jawatan dan kekayaan dan wanita,tapi Nabi saw menolak semuanya . Walaupun di tangan kanannya diberi ‘matahari’ , dan ditangan kirinya diberi ‘bulan’ , Nabi tak pandang semua itu. Biarlah kita rancang hidup kita di dalam kubur dengan penoh nikmat dan rahmat. Jangan rancang hidup bersama ular dan kala jenking .Wahai MP Pas janganlah panjangkan cita2 , kita punyai masa lapang yang banyak untuk membaiki diri dan masyarakat…….aku terbaca kata2 ini,tapi tak tau dari mana aku jumpainya…..ia berbunyi sebegini................

”NO ONE DIES A VIRGIN,LIFE SCREWS US ALL”.

1 comment:

KotaStar said...

Sdr Pak Cha,
Tahniah diatas mukabaru blog sdr dengan perubahan termasuk listing of world's meda. Kalau che Gu Che Gu juga, masih mencari ilmu sepanjang hayat. Juga sekarang banyak 'gang' yang menuju kearah yang sama. InsyaAllah.

Salam sejahtera. Maaf belum sempat ke sana.