CUMA NAK BELETIAQ
Aku terlalu meloya tentang cerita2 terkini di tv dan suratkhabar dan di mana2 saja,termasuk di kedai2 kopi dan blog2.I am just too sick about the topics.Dan mungkin kalau lama lagi aku dok layan , boleh dapat ‘erectible defunction’. Sejenis penyakit orang2 tua yang dulu gagah2 belaka.Tapi aku masih gagah,dan tak perlu bantuan ubatan2 apa jenis sekali pun.Itu rahsia aku,tapi kalau nak tumpang boleh aku perturunkan dan penkerasnya mahal.1001 dinar emas.Tapi kini aku dah pencen jadi bomoh.Kesian juga depa yang masih gatai2,tapi pick-up dah habis.Itu kerana banyak kencing berdiri.Dan tidor tanpa air sembahyang.Orang tua2 dulu selalu berpesan suruh basuh kaki bila nak pi tidoq.Kita amal yang agama suruh,boleh selesai semua masaalah.Pasai tu Tok2 Guru kuat,menikah sampai 4 orang . La ni bila cecah 40 tahun dah jadi ‘koro’….mampuih , tak kuat angkat kepala , pagi2 tak junjung kain lagi….lembek macam kain buruk.
Mari kita lupakan seketika tentang Malaysia kita yang terlalu loklaq ( sila baca post aku yang terdahulu ).Kita pikiaq tentang diri kita , kita upgradekan diri kita sebagai manusia,bukan sebagai binatang.Binatang pun ada nilai , tapi manusia dah hilang nilainya.Kamu semua dah tahu ,tak payah panjang2kan.Ambil masa nak baca pada benda2 yang dah kita tahu.Menjimatkan masa dan tak merugikan tenaga.Reserve tenaga untuk benda2 yang lebih manfaat.
Manusia sebagai khalifah Allah di bumi dah tak berkualiti.Jenamanya yang tarikh luput dah habis.Jadi bahan buangan.Tak boleh dipakai lagi.Merbahaya untuk diri orang lain.Otaknya tak boleh dipakai lagi ,otak tiga-suku.Pikirannya dah berlendiar dan korup.Mulutnya manis seperti gula,tapi penuh dengan racun . Pertolongannya tak menjamin keselesaan di akhirat,malahan akan membawa kita ke nereka bersama2 dengan mereka.Sebutkan apa saja ,semuanya tak menjadi.Memuakan.
Bersama mereka boleh membahayakan diri kita .Mereka lalai dan membuat kita juga jadi lalai . Mereka lalai kerana terlampau asyik dengan dunia yang tertipu.Bukankah Allah katakan bahawa dunia ini adalah penipuan semata2,kecuali orang yang beriman dan beramal akan tahu tipu helah dunia. Banyak manusia dalam kerugian .Mereka syok dan gembira dengan dunia yang sekejap dan lupa akan siksa yang lama di akhirat.Mereka perasan bahawa seolah2 dunia ini tempat akhir.Tak ada tempat lain.Mereka buta tentang akhirat.Di akhirat nanti mereka akan jadi lebih buta.
Manusia lari dari tujuan asal ciptaan kita yang sebenar. Kita dicipta untuk menjadi hamba Allah.Tapi kita jadi sebaliknya. Kita jadi hamba dunia . Kita berpakat2 melawan dan menderhakan Allah.Cukup dajai manusia yang menderhakkan Allah.Jadi taik.Haram bejadah lah mereka yang tak sayangkan Allah dan rasul2Nya.Yang membelakangkan AL-quran dan hadis nabi saw.Roh dan hati mereka dah mati sebelum mereka mampuih yang sebenar.Dah mampuih sebelum mati.Kerana lari dari tuntuan asal penciptaan , maka terlaknatlah di dunia dan akhirat.
Bukan semua manusia ada kemanusiaannya.Pasai tu Allah buat surga dan neraka.Kita ‘wag the dog’ dan juga mempunyai pelbagaian such rubbish and dirty tricks untuk mendapat rezeki yang sedikit.Walau harta ni banyak tapi Allah nilai sedikit.Malahan di sisi Allah seluruh dunia ini tidak ada nilainya walaupun sehelai sayap nyamuk.Kalau tak percaya pi tanya ustaz2 yang bukan jenis duniawi.Jangan tanya yang jenis ustaz2 dok syok tentang diri sendiri. Jangan tanya ulamak jenis ular dalam semak , ulamak bisu.
Begitulah banyak kita berpikiaq pasai dunia,majoritinya dah lupakan akhirat. Tertariknya dengan berita2 dunia dengan serba mak-nek-neknya , kita lupa pada berita2 akhirat . Begitulah hapraknya manusa yang dah hilang kemanusiaannya.Manusia haprak tak belajar dari sejarah .Berlumba2 mencari harta dan mengautkan harta tak kira halal dan haram.Lupa mempersiapkan bekal untuk bertemu dengan Allah nanti pabila mampuih.
Pemimpin2 pun dah sama2 tak kenal diri sendiri. Cuba check sejenak tentang diri . Hanya diri sendiri yang kenal diri sendiri .Tapi kalau hati dah gelap , susahlah nak mencerminkan diri . Yang pandai mereka cuma cermin diri orang lain.Akulah yang allright,but you are not that right . Kita semua kena balik kepada Allah. Kita kena kembali dalam keadaan bersurrender kepada Allah,dan redho kepada Allah.Kita semua ditanya dari segala nikmat yang kita perolehi .Kita akan diberi standing order,tapi kita kelu dan tak boleh berkata2.SUM MUN BUK MUM . Kalau tak ada amal,gelap lah kubur kita. Pengarah TNB pun berada dalam gelap kubur , kalau tak dak amal.Dekatilah Al-quran dan Hadis . Aduh syoknya aku berletir,moga letiran ku memberi manfaat kepada yang membaca dan pada diri ku di alam barzah dan akhirat .
Inilah medan aku bertempor.Tak payah bahas di parlimen.Di sini lebih selesa.Tak payah standing order.Tak payah minta laluan,tak payah beri laluan. Penat juga berletiaq no! Aku berenti dulu seketika , kerana aku memang suka berletiaq , berletiaq dan berletiaq .
Tolong doa untuk aku supaya tak lupa diri. Mengapa tidak bersama berletir dalam komen2 mu. Turut beri komen.
Wallahua’lam.
5 comments:
Hampa punya beletiaq naik penin aku baca...! tapi baguih, tak payah pi parlimen..beletiaq dalam nie lagi baguih!
www.pilihananda08.blogspot.com
haha...
pak cha kalau bab beletiaq ni memang dia nombor satu. mana ada orang boleh lawan pak cha dalam hal beletiaq dalam blog ni.
tapi pak cha beletiaq tak menyakitkan hati, so its ok. aku tak fikir makwan kuat beletiaq sebab pak cha ni dah hebat dalam beletiaq ni.
kalau pak cha masuk parlimen aku rasa habis semua MP kena beletiaq, sekali speaker dewan pun kena.
pak cha no 1 in beletiaq!!!
jangan marah aaaaa.......
sdr2 desperado dan hafriz ,
aku cukup hargai komen kamu berdua.aku tak marah , tak pasai nak marah.
orang kata apa pun aku tak kisah.tapi kalau cuba nak lawan Allah dan Rasulnya ,aku akan tonyoh lubang kentut depa dengan kayu berduri.Biar tak boleb berak 10 tahun.Baru padan muka depa.
Assalamualaikum,
Kalau peguam bercakap banyak mereka kata berhujah.
Kalau tenaga pengajar bercakap mereka kata bersyarah.
Kalau Ustad/Ustazah bercakap mereka kata berdakwah
Kalau ibu bapa orang tua bagi nasihat mereka kata berleter
Kalau Orang Politik bercakap, mereka kata?....
Ibrahim Ali kata,orang politik ni bila berhujjah hoo-hah,hoo-hah.
Post a Comment