Sunday, May 30, 2010

BECAH BADONG

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Becah Badong memberi aku 1001 nostalgia.Aku dan arwah bapa dan ibu menghabiskan sebahagian besar hidup kami di sini.Tempat arwah bapa dan ibu mencari rezeki.Asalnya rimba bahanap ( tebal ) di proses oleh arwah2 dengan tulang 4-kerat mereka.Menebang dan menebas menggunakan kapak untuk menumbangkan pokok2 balak yang di masa itu tak jadi duit.Habis kami bakar jadi abu.Ceritnya panjang..........Akhirnya kami membuat huma dan menanam berbagai tanaman kontan.Getah mula ditanam dari benih2 yang liar.Tidak ada pilihan macam sekarang.Makanan kami jenoh masa itu.Berbudi pada tanah.Tiada ada musuh,tanaman semua selamat.Semuanya di peliharai Allah.....alhamdulillah.La ni berbagai musuh alam ada,pasai manusia jadi lebih hapraknya.....Kerajaan british tak kacau kami,akhirnya diberikan grant tanah milik sendiri.Aku pun diberi biasiswa belajar di sekolah inggeris. Bila merdeka semua gembira,tapi lihat apa yang kita buat.Rosak binasa,kita membazir,tanah kita gadai,telaga minyak kita dimudah2kan ,duit minyak untuk rakyat kita abaikan,kini nak pula hapuskan subsidi.Jutawan di pelihara,rakyat miskin terajang saja dalam longkang.Judi diberi lesen.Musim piala dunia ni,bergembiralah rakyat berjudi......nauzubillah.


Gambar atas ialah hasil getah yang aku tanam.Dah banyak kali ditanam semula.Yang ni pun dah berumur hampir 30 tahun.Satu sumber membantu kemakmuran negara.Semua meragut untungnya.Sumbangan rakyat depa tak nampak.Banyak baiknya diberi subsidi.Sila baca blog A.Kadir Jasin.
Bila melihat kebun ni yang ku nampak ialah wajah2 arwah orang tua ku.Hasil titik peluh merekalah yang ku miliki.Kemerdekaan negara kita tidak memilikinya sebegini.Habis jadi macam setan.

Melihat wajah pokok ni menenangkan otak.Cantik.Tapi bila melihat kekayaan negara di belasah oleh haprak ,digoda oleh politikus korup,otak mana yang boleh tahan.....persetankanlah mereka.


Dari secawan susu getah inilah negara mula di makmorkan.Sikit2 lama2 jadi bukit.Bila dah jadi bukit,kita robohkannya dan kita rogoli sepuas rasa.....bedebah.
Di Becah Badong pernah ku laungi lirik ini :
Hey,pahlawan cangkol,
Memugar hutan,rimba dan paya,
Menambah kemakmuran,
Tanah Malaya.
Sedih dan pilu mengiringi jasa2 mereka...........
salam melebar senyum..............sepagi srengenge di Becah Badong.




4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

rakyat melayu masih lena
rakyat melayu masih dibuai mimpi
bila mahu sedar rakyat melayu

Wassalam

Ghazali Lateh said...

PakCha, saya jadi teringat asal usul apabila tengok ikan tamban tegeliat goreng. Masa dulu kalau takj dak minyak, ikan tu kepit dengan buluh layog atas dapog. Alhamdulillah berkat ikan tamban tegeliat, saya boleh hidup sampai ke la ni.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda Rozali,

Tak semua kita me'layu'.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Saudara Dr.Gazali,

Kita biasa susah dulu saudara....dan ikan tamban sampai hari ni aku tak tinggal.

Cuma anak kemeras lani dah tak dak...pupus.Kalau ada aku nak bawa sodok pi menyodok.Kan enak ianya dibakar dalam daun pisang berhias daun kunyit bersama isi nyiok kukur.

Kenangkan dulu,insafkan diri.

Wassalam.