Tuesday, May 18, 2010

ISTERI KU , MUDA


ISTERI KU MUDA


Dengan nama Allah , 99 semuanya




Secara tak semena2 aku dapat bertemu dengan kawan lama ku . Dah hampir 30 tahun tak berjumpa . Dia lebih tua dari ku . Tiga tahun lebih tua dari ku . Tapi kami bersekolah sedarjah . Umur semasa bersekolah zaman dulu tak jadi masaalah . Ada yang perbezaan umur sampai 5 tahun .

Kami berbual panjang . Dari satu kisah kesatu kisah . Macam satu 'thriller' , sambung menyambung . Ada yang gembira , ada yang sedih dan banyak yang lucu2 . Semasa kami berpisah dulu dia belum lagi berkahwin , walaupun umurnya sudah mencecah 37 tahun . Semasa umurnya 22 tahun dia diperjodohkan dengan seorang gadis comel , tapi dia menolak pilihan bapanya kerana dia belum ingin berkahwin . Dia memberitahu bapanya bahawa dia tak akan berkawin sehingga dia mencecah umur 33 tahun .

Semasa umurnya meningkat 25 tahun baru perasaan nak berkahwin menjelma dalam dirinya . Tapi sebagai seorang insan mulia di pergi bertemu dengan seorang ustaz menanyai hukum-hakam tentang peristiwa dia dan ayahnya dulu . Ustaz memberitahu bahawa itu sebagai satu nazar , dia bernazar dengan tuhan dan bukan saja berjanji dengan ayahnya . Oleh kerana itu dia terpaksa membatalkan saja hasratnya.

Masa berjalan terus sehinggalah kami berpisah dia belum lagi berkawin , dan dia tidak berminat lagi nak kawin . Selepas itu aku tak tau lagi ceritanya .Bila bertemu kali ini kawanku menceritakan bahawa dia kawin semasa umurnya mencecah 39 tahun . Jodohnya ialah seorang gadis 20 tahun lebih muda darinya . Selepas berkawin dia merasa cukup malu kerana isterinya terlalu muda , sehingga dia tak sanggup berjalan bersama . Dia bersendirian dan isterinya bersendirian bila ke mana2 saja .

Masa berlalu dan berlalu , dan tiba pada satu masa bila umurnya mencecah 45 tahun satu kelucuan berlaku dalam dirinya . Dia menceritakan padaku dan kami ketawa terbahak2 . Satu keluarga baru datang tinggal setempat . Selang beberapa hari saja mereka datang menjengah kerumahnya . Seperti biasa dia melayan mereka , isterinya yang muda itu menjamu mereka apa yang ada . Sambil minum2 mereka berbual berbagai tajuk seperti biasanya . Dan akhirnya mereka memberitahu hasrat mereka datang . Yaitu mereka nak menyuntik bunga di rumahnya .

Dia kehairanan , sekaligus bertanya yang mana satu bunganya . Depa beritau bunga yang menghidang minuman untuk mereka . Kawan saya ketawa berdekah2 kerana lucu yang dapat dirasainya . " Kalau yang tu langkah mayat saya dulu "." Dia tu isteri ku "," Bini ku muda !"


Salam melebar senyum………dari srengenge

5 comments:

sayangsayangibu said...

Salam ayahanda
biasanya lelaki dapat isteri yang tersangat muda, mesti bangga

Tp bila sampai orang lain tak perasan yg nak disunting tu isteri kawan ayahnda tu, sya terfikir mesti sangat cantik dan menarik kot isterinya.. ;o

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini mengisi wadah pengalaman lalu..

mama ju, said...

salam ayahanda

Masa baca tajuk ingatkan yg muda tu bonda!Rupanya lain kisah.

Jodoh orang tak mengenal usia. Tapi muskil juga kat org yg nak meminang tu...Macammana kawan ayahanda sekarang? tentu dia sangat bahagia disamping anak2nya.

naziramin said...

Salam Ayahanda...

ingatan ni.. nak kena cari cepat hehehehe

YB said...

Salam ayahanda,

Aduuhhha malunya. Risik risik lah dulu kat jiran kalau tak pasti.