Wednesday, May 19, 2010

IRRELEVEN



…..TAK RELEVEN , YES CORRECT X3


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Orang kampong dah memiliki banyak vokalbulari bahasa asing . Dulu bercambah vokal2 bahasa Arab , sehingga sunat , wajib , makruh , haram dah dimiliki orang Melayu . Sehingga kadang2 tak tau apakah perkataan melayunya . Kita juga memiliki bahasa cina , sehingga tak tau apakah melayunya perkataan "toqe' , 'tekua' dan sebagainya . Kita juga memiliki bahasa Tamil , sehingga kita tak tau melayunya kata2 ' phoorah'.



Kadang2nya bila di melayukan membawa makna yang menyimpang terus dari makna asal yang kita pinjamkan itu. Kita pinjam dan kita sendiri pula memusnahkan yang aslinya . Perkataan 'borak' pada lazimnya orang paham menipu , pada hal borak itu benar . Nabi s.a.w menaiki borak dalam perjalanannya ke Baitulmuqaddis . 'Khalwat' ialah satu kerja yang cukup murni . Juga dilakukan Nabi s.a.w di Gua Hira' . Sekarang kalau kata berkhalwat tu sudah jadi satu perkara yang cukup sumbang . Hina-dina . Kalau nak , banyak lagi contoh2nya . Memadai itu saja . Dah tak releven .



Nama anak2 juga sudah tercemar . Nak beri berbau arab , tapi maknanya masyaallah . Mengundang bala . Ada nama Norzina , masyaallah , tak rela aku nak sebut . Tak mau dok cerewet dah pasai ni , rasa malu . Direka di bentuk dengan pelbagai jenama , dikombinasi dengan ibu , datuk dan pelbagainya . Akhirnya tercipta sebuah rojak yang basi . Boleh memuntahkan . terkeluar segala lendiran yang bertali2 , liat dan susah putus . Busuk macam bangkai . Seolah-olah kita dah biasa dengan kekotoran . Macam kita ni bangsa kotor , bangsa pembohong . Lebih2 lagi dapat disaksikan segala kekotoran dalam masyarakat kita . Budaya jadi kotor . Anak2 melayu terjerumus dalam budaya negatif , dan sokmo pula dapat nombor satu . Merempit kita nombor satu , melepak kita nombor satu . Bukan saja yang muda , yang tua melepak berjam2 di kedai kopi . Di pusat serenti semua orang dah tau . Dan pihak atasan pula dengan rasuahnya dengan konspirasinya . Kezaliman rumahtangga juga kita 'number one' . Mencuri kabel berlaku di segenap kampong . Nak berkomunikasi dengan telefon menjadi payah .



Kita tak membangun , kita meroboh , kita meruntuh , lupa diri , hilang keupayaan . Kerja buat tak berlapik keinsanan . Yang paling takut nanti ialah kekotoran menjadi darah daging . Menjadi huduh dan jijik . Kita menerima himpitan jiwa yang tersangat . Di lembukerbaukan .kita harus cari jalan baru .

Yang berlalu tak releven lagi . Kita bina bangsa baru beracuan lama . Jangan keluar dari acuan . Takut sesat terus . Kalau tak mau hilang di dunia dan sesat di akhirat pandulah Al-quran dan Sunnah Nabi s.a.w . Itu saja , yang lain bukan .
Its Now Or Never .

SALAM MELEBAR SENYUM

Dari srengenge

3 comments:

mama ju said...

Aslm Ayahanda

Sama-sama kita fikirkan apa yang ayahanda kata tu. Betullah melayu ni....

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Ini lah bangsa ku
tidak perihatin
janji perut kenyang sahaja

Wassalam

YB said...

Salam ayahanda,

memang bahasa kita amat diperlecehkan. Tadi kawan saya cerita anaknya gagal temuduga kerja (kerajaan) sebab lemah berbahasa inggeris. Mari kita tengok berapa ramai ahli perlimen kita lemah berbahasa melayu, boleh jadi menteri pulak lagi tu.