Sunday, May 9, 2010

KESELURUHAN BANYAKNYA DUNIA ADALAH 'MAN-MADE'


99.999 % DUNIA, IALAH DUNIA SEMATA


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Keseluruhan banyaknya dunia di takbir oleh ‘man-made’ ideologi.Manusia memilih mengikut ridho manusia2 yang menjadi pemimpin.Mereka membelakangkan ke ridhoan Illahi.Mai kita ambil perumpamaan ini.Kalaulah boleh dibuat umpama.Bila seseorang mengheret lembunya dengan tali , dia tentu memastikan lembunya selamat dalam segala hal.Tali lembu itulah yang terlebih berharganya.Tanpa tali lembu itu, lembu tak terselamat.Tali lah menentukan segalanya.Tali diumpamakan sebagai hukum2 yang membawa lembu itu kesatu destinasi.Kalau yang mengheret lembu seorang pencuri ,lembu itu ialah lembu curi.Kalau lembu itu sebuah Negara,pemimpin harus pastikan tali itu ialah hukum2 Allah ,kalau tidak Negara akan musnah.Politik kita macam alam flora,Nampak cantik untuk memuaskan mata saja.Orang politik ingin memiliki dunia ni sepanjang masa.Dan depa tak tau nak bawa dunia ni ke mana.Dan untuk apa.


Mai kita buatkan dunia ni perhiasan di akhirat.Jika pandai , sedikit dunia pun boleh memberi manfaat besar di akhirat.Kalau tidak,banyak mana dunia ni pun tak memberi apa maknanya di akhirat.Malah,azab sangsaralah……….nauzubillah.


Wallahuaklam.
Salam dari serengenge.

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Islam, Pilihan pertama untuk memileh pemimpin
bagaimana bukan Islam yg kita pilih


Selamat hari ibu untuk bonda
sampaikan salam untuk bonda

Wassalam

S said...

salam ayah,

selamat hari ibu buat mak.
semoga dirahmati Allah selalu.

Anonymous said...

salam pak.

kawan saya kata, politik itu kotor. ayah saya kata, politik dikotorkan oleh manusia yg berhati kotor. saya kata? politik mengotorkan.

saya bukan politician. saya cikgu, macam bapak. tapi saya baca newspaper. saya tau kotornya mana dan apa pada politik. saya tau juga tali apa mereka pegang cuma taktau mana tempat mereka mau bawak lembu ini.

kalau ke neraka perginya kita, jom mari jangan kita ikut. sesungguhnya saya rasa, walaupun seekor lembu patut ada seorang tuan..kalau dah talinya berpuluh-puluh, patutlah lembu itu mencari tuan yang lain.

ehem. saya tak sebut nama siapa.

jangan saman saya.