Sunday, May 30, 2010

PAK ANDAK DAN MAK ANDAK

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Malam ahad Pak Ndak dan keluarganya datang.Pak Ndak gemar membaca.Kat almari bukulah tempatnya melepak.
Mak Ndak ni pemalu orangnya.Buat2 tengok kat luar tu.Kat luar tu gelap Mak Ndak.

Siti Aishah duduk di tengah bersama puteri RGemilang Habsah dan Latipah.Pandai bergaul walaupun belum pernah bertemu.


Siti Aishah ni cergas.Tengok tu berdiri atas kerusi.Jaga2 jangan terjatuh.



Mak Ndak dok tengok PakNdak .Apakah yang disnapnya.
Nak jamu apa malam ni.Depa mai pun secara mengejut.
Apa2 saja pun boleh.Depa makan tak memilih.Dah biasa sangat dengan depa.Mudah bicara,senang bermesra.


Ha ni dia ikan tamban kering yang telah digoreng.Terlioq juga bukan ?





Oh , ada gulai ayam..............menyelera juga.






Aduh, sambal belacan cili padi.Orang srengenge panggil cabai melaka..........pedas yang amat.







Ulam terong dan timun.Makanlah Pak Ndak dan Mak Ndak.Kalau nak makan sedap2,beri tau awai2.Terima kasih kerana mengunjungi kami.Jangan serik,mai lagi dilain2 masa.
Doakan sekeluarga bahagia dan selesa hidup di dunia dan berjaya di akhirat.
salam melebar senyum............aku dari srengenge








9 comments:

mama ju, said...

Aslk Ayahanda

Ayahanda sihat? Metilah sihatkan...Alhamdulillah.

Seronokkan terus dikunjungi saudaramara, sahabat handai...
Terliuk tenguk makanan tu...nak buat sambal belacanlah...lama tak pekena sambal ni...jom singgah rumah saya kat KL!

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

kalau laik macam tu
dua tiga pinggan pun boleh habis
telioq no
he he

Wassalam

NGINAP SRENGENGE said...

Salam mama ju,

Alhamdulillah...sihat

Ya mama ju .......sambal cili padi tu kalau dibubuh asam kerat lintang dan berulamkan petai jerok.......memang teruja dibuatnya.

Sekarang susah nak dapat asam kerat lintang.Sejenis asam limau juga..... baunya mengiorkan.

Kalau ada jerok maman lagi bestnya.
Terimakasih ,jemputan tu kalau dekat pasti sampai.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam Rozali,

Kat KL mudah tak dapat ikan tamban kering ?

Dia jadi teman setia nasi panas.....phhuuuh ,hujan pula waktu tu.

Wassalam.

nadz said...

Assallamualaikum Bapa,

Hidangan macam ni yang dok cari.. ikan tamban kiat,,sedapnya...
w/salam

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda nadz,

Orghang kedah ja tau tamban kiat.
Biasanya kita orghang kedah makan dengan pulut kukus atau pun pulut tanak.Ditabur pula dengan nyiok kukur.

Berkelah di dangau,tengah bendang.Angin pula mai phu phu phu.

Nikmat sungguh hidup ni.Lebih banyak lagi di akhirat.

Wassalam.

Azima said...

Salam Ayahanda,

Semoga ayah,mak & adik2 RG semuanya sihat2..

Nyam nyam nyam...best tu ayah..terung dgn timun kalu cicah dgn budu best jgk tu...

Saya suka makan ikan kering gelama...kalau makan dah tak nak lauk lain dah ayah...menyelerakan!!!

Wassalam

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda Azima,

Orghang kelate tanpa budu macam lagu tanpa iramanya.
Bila kena budu,keceknya penuh idghamnya.

Berseloroh saja....jangan ambil hati.

Wassalam.

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Tak rugi pi ghumah Pak Cha & Kak Chak, menu ringkas, tapi masuk perut padat, lepas pekena nasiq balas raja buah pulak, rezeki tuu..
semuga Pak Cha & Kak Chak di berkati ALLAH SWT. sentiasa hendaknya.
wasallam.