Monday, May 31, 2010

PENTINGNYA KESIHATAN



MADU LEBAH...............satu coretan yang penuh nostalgik


Aku kawin lambat . Kawan2 yang lebih muda kawin dulu dari aku.Zeming lebih muda dariku dah lama kawin dengan Piah . Jid yang sebaya ku dah pun mempunyai 2 orang anak . Tok Kaseng juga lebih muda dari ku , dah kawin dengan gadis Jawa dari Bukit Gambir , Muar Johor. Kob juga dah kawin dengan kekasihnya semasa dari sekolah lagi pun dah kawin.


Aku bertekad nak kawin lewat sikit , lagi pun aku tak ada kekasih . Tak pernah ku bercinta dalam hidup ku . Lagi pun aku ni tak pandai nak cinta-cinta . Rasa macam geli geleman . Lagi pun aku sedar yang aku ni tak berapa handsome , tak kan lah ada gadis2 nak kan aku . Aku jadi malu kat perempuan. Aku kekadang jadi hairan pula pasal apa ada ibu-ibu di daerah ini sangat baik dengan aku . Selalu mereka menegor aku . Aku tak perasan. Mungkin mereka nak perlagakan aku dengan anak gadis mereka....maklumlah aku dah kerja . Bertaraf pegawai kerajaan pula tu.


Aku masih tak perasan.Di tempat kerja ku juga ada pegawai2 perempuan , tapi kami masing2 tak ambil tahu . Mungkin ada perkara pelik pada diri ku . Aku ingat mungkin kerana setiap hari aku tak pernah makan di kantin .Setiap hari aku bawa bekal . Memang masa itu membawa bekal pergi kerja merupakan satu perkara luar biasa . Setiap hari aku membawa bekal sekutul ubi rebus dan satu flask air masak.Setiap hari memang begitulah. Ubi tu ialah ubi menggala (potatoes). Ubi ni cukup berkhasiat dan mengenyangkan. Di rebus bersama kulitnya . Apabila masak cuma kupas . Kulitnya mudah keluar . Mungkin perangai ku itu di tuduh mereka berbagai2......gila ,sewel, kedekut, entah lah mungkin berbagai2nya. Semua itu tak pernah sampai ke telinga ku . Jadi tidak ada sangkaan buruk dari ku.


Lagi satu mungkin perangai ku berjalan kaki setiap hari .Selepas subuh aku masukkan pakaian kerja ku dan terus berjalan ketempat kerja yang jauhnya lebih kurang 10 batu. Aku akan terus berjalan sehinggalah tiba bas dalam perjalanan ku. Dreber bas dah mengenali aku , dia akan berhenti dan aku menyambung ketempat kerja menaiki bas. Aku biasanya sampai awal dari pegawai yang lain. Begitulah setiap hari berkerja , aku akan berjalan kaki dahulu , kecuali kalau hujan turun aku tunggu bas di perhentian bas.


Diri ku cukup sihat ketika itu . Berjalan kaki di pagi hari memang di rekomen oleh doktor . Makan potato rebus juga menambahkan banyak vitamin dalam badan. Ada satu lapisan antara kulit ubi dengan isi ubi mengandungi 90% bahan galian dalam seulas ubi.Aku juga membantu diriku dengan secamca madu lebah sebelum turun berjalan.....semua itu membantu kesihatan ku....madu lebah zaman dulu semuanya tulen , orang jarang menipu , harga nya pun tak tinggi . Penuh botol sekati antara 7 atau 8 ringgit saja.Tak mau kah menjaga kesihatan diri ? Awat tak ikut aku....kah,kah,kah. Dah lama aku tak gelak begini.......ASTAQFIRULLAHI AZIM.


salam melebar senyum.........oh,akulah srengenge

5 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Alhamdulillah
Ayahanda masih sihat
dan dapat menunaikan ibadat dgn sempurna

kalau saya tak mampu ikut macam Ayahanda
berjalan berbatu2

Wassalam

NGINAP SRENGENGE said...

Salam Anaknda Rozali,

Bukan setiap hari berjalan 10 batu.Kekadang baru berjalan sebatu,dua batu bas pun tiba.Paling jauh pernah berjalan 8 batu,kerana bas tak datang2.Rupanya bas rosak,baru datang pula bas keduanya.4 tahun rutinnya begitu.Lepas tu dapat tukar dekat sikit dgn rumah.3 1/2 batu jauhnya.Ini bermula pula mengayuh basikal.

Bila tua ni dah tak mampu buat begitu.Pi umrah dulu pun bila bersa'e terpaksa ditolak naik kereta roda.

Wassalam.

ijoismart said...

Salam ayahanda
Anak2 la ni dihantar oleh ibu bapa sampai dalam sekolah, pintu pagar sekolah. Ada yg malas nak lalu kot flyover depan sekolah. Realiti...

NGINAP SRENGENGE said...

salam ijoi,

Sekali air bah,sekali pasir berubah.

Ke depan ni lain pula ceritanya.

Kita percaya pada qada' dan qadar Allah.

Wassalam.

Hanis said...

salam ayah,

sapa kata ayah masa tu tak ensem....huhuhuhu...nanti hanis kuarkan gambar pertama yang bertahta di hati bonda :-)