Monday, May 24, 2010

GULAI RIAS PISANG plus AYAM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni masak menu orang Sik dan Baling.Dua daerah ni memang terkenal dengan masakan gulai rias pisang.Setiap kenduri kawin mesti ada masakan ni.Kalau ikut tatacara yang betul memang sedap....hingga menjilat jari.

Gambar atas ialah rias yang sudah dibersihkan .Dibuang getah pisang dengan melilitkan di jari.Kalau getah tak dibuang rasa gulai kurang enak.Rias atau umbut batang pisang juga mesti dipilih dari pokok yang belum berbuah dan mempunyai pucuk2 muda yang masih bergulung.Batang di siang bersih hingga umbutnya saja diambil.Orang Sik panggilnya sebagai rias.Semasa menggulai lebih sedap dicamporkan tulang2nya bersama.Kalau gulai dengan daging saja juga tidak sedap.Juga mesti gunakan kerisik kelapa yang separuh tua.Nak tambahkan kesedapannya,lebihkan sikit kerisik kelapa.


Ni sudah siap dimasak.Boleh bersedia kalau nak makan.Nak berikan keenakan lagi ,sediakan sambal belacan bersama ulam petai bakar dan ikan pekasam goreng......hhhmmmm sedap.
Selamat menjamu selera.
Salam melebar senyum..............from srengenge.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,
My favourites are "a"lawa,sembelit and gulai lemak ikan baung masakan Makcik Munah Bendang Temingat.How I wish I am in Sik now...wassalam.

Chik Att said...

Salam ayahanda ,
Depa kata makanan gajah .......
gajah pun gajah la...... sedap ... depa tak tau .. .... ni yang buat terlioq ni ...... kena pi cari ni ......buat campoq dgn tulang ....

sayangsayangibu said...

Salam ayahanda
dari mengandung si kakak chantik sya teringin nak makan gulai batang pisang..sampai sekarang tak merasa.. :(

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Allahuakbar
makanan semasa kecil di kampung

Ayahanda punya pasal
saya kena balik kampung
suruh emak masak gulai rias pisang
he he

tinggal lee
asam pedas pak itam
he he

Wassalam

YB said...

salam ayahanda,

pernah juga jumpa di kenduri kahwin di Gerik Perak. Tapi belum pernah makan.

nadz said...

Assallamualaikum Ayahanda,

Gulai rias pisang ni favourite anak-anak mama. Balik mengkalu depa seluloi soh buat.

Marina Monroe said...

Emm..kat KL nih dapat lah rasa masakkan umbut pisang pada bulan puasa di jual di Pasar Juadah.Di masak dalam kuali/kawah..Laku sangat..lambat jer datang habis kering kontang kawah tuh..

KAMATO said...

Salam ayahanda, amboi.... telan air lior dibuatnya

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,
Pada pendapat tuan adakah rakan rakan kita di kawasan bandar pernah merasai "sembelit" dan "a"lawa @air lawa @ayaq lawa.Pernah makan kenduri di Baling hidangannya sepinggan nasi dan semangkuk gulai darat tanpa camca,gagaulah sendiri,memang sedap,memang authentic dan traditional,
Guru guru muda produk SMSik teringin sangat nak tengok Teaching Permit atau The Blue Book.boleh tunjuk contoh?Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam untuk semua rakan yang membuat komen,

1.Anonymous:

'a'lawa very few knows,even the present Sik people.

Insyaallah ,I will publish the Buku biru.


2.Chik Att,
Gajah hantam semua,kita cuma ambil riasnya.Musim kenduri cuti sekolah ni habis pokok pisang .Tapi rias pisang hutan yang memang ada ummppphhnya.

3.sayang2ibu,
Dah jadi famous gulai ni nampaknya.Dulu memang terkenal sebagai gulai orang ulu.


4.Rozali,
Jangan tinggal asampedas .Itu favourite CL.


5.YB,
Memang Gerik tu jiran orang Baling.


6.nadz,

Depa bukan tau erti perkataan 'seluloi' tu.....manis bahasa tu.


7.marina,
Yang berniaga tu pun banyak orang dari Baling dan sik.


8.kamato,
Nanti ada rezeki saya akan pi promote kat BBB.Telan dulu ayiak lioq tu.

9.Anonymous,

Takut orang silap paham The Blue Book.Nanti depa sangka jenis blue film....astagfirullah.


Wassalam semua.