Friday, May 28, 2010

DURIAN 'ONE' SEBUTIR

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Durian ni bukan ajaib,cuma berbuah sebutir.Ku namai dia 'one' sebutir.
Dan tahun ni buah kurang menjadi.Tapi bolehlah makan....alhamdulillah.Banyak pokok 'mandul'.
Yang berbuah juga tak banyak buahnya .Ada yang tak sampai 20 butir.Lepas ni terpaksa pula berkongsi dengan babi.Tupai pula ada lagi 2 ekor berkeliaran pagi dan petang.Yang lain maut ditembak.
Tahun ni tak berbuah.Insyaallah tahun depan banyak buahmya.

Yang ni pun sama.Tahun lepas beratus biji hasilnya.

Yang berbuah tu macam ni saja.Tak setiap dahannya ada buah.



Cempedak pun sama.Kurang sangat.
Mengikut kitab lama,buah kurang menjadi apabila kerajaan tu zalim.Memang ada benarnya.Di negara bukan Islam kerajaannya,Allah tambah rezekinya,cuma sebagai istidrat.Pasai tu kita tengok depa kaya-raya.Semuanya ialah sebagai pengajaran.




Cempedak ni langsung tiada buahnya.Tapi kekawan jangan serik nak datang.Mai lah ada rezeki tu bolehlah makan.Cuti sekolah ni tentunya luruh.
salam melebar senyum.........its me srengenge




2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

rezeki ditentukan olehNya
tiada melalui buah2an
mukin melalui saluran lain

Wassalam

nadz said...

Assallamualaikum Bapa,

Allah maha mengetahui..
Kenapa lah tak banyak buah kayu musim ni..
masa buah banyak pun, depa jual manggis mahal sangat, sampai 10 biji tiga ringgit,
kalau musim buah sikit ni, kita tunggu tengok..