Saturday, May 15, 2010

KERJA SENDIRI-SENDIRI


AKU BEBAS KERJA SENDIRI


Dengan nama Allah , 99 semuanya


Bagi aku cuti dah tak hidup dalam diri. Tak dak sapa nak beri cuti kat aku . Bila aku nak cuti aku cuti . Aku sendiri yang buat memo cuti . Tak payah ambil surat cuti sakit . Masa kerja pun begitu , tak payah pakai punch-card . Bila nak rehat , aku rehat . Tak ada waktu yang menetapkan masa nak rehat . Dan kalu rehat panjang pun boleh , nak rehat sekejap pun boleh. Aku sendiri menjadi boss , aku sendiri menjadi kulinya . Tak ada kenaikan pangkat dan tak ada kenaikan gaji . Tempat kerja pun tak tentu hala . Boleh kerja kat sana , boleh kerja kat sini , boleh dimana2 saja sesuka hati . Aku boleh tidor masa bekerja , aku boleh bersiul masa bekerja , aku boleh menyanyi lagu hindustan masa bekerja , tak sapa yang nak kacau aku . Tapi bila iman meningkat aku berzikir slow,slow . Kalau aku berzikir kuat2 nanti orang tangkap aku bawa ke balai polis . Lepas tu polis akan hantar ku masuk university of Tanjung Rambutan. Boleh buat degree free kat situ . Bila dapat degree of Tanjung Rambutan tak dak sapa pula nak beri jadi boss .


Aku pakai uniform tentera masa bekerja . Baju tu di beri oleh anak penakan ku yang baru pencen setelah 20 tahun bekerja sebagai pegawai tentera darat . Aku galas sebatang kayu bila saja berjalan masuk hutan . Habis kera dan lutong melompat melarikan diri ke segenap pelusuk hutan . Ada yang terkecing ketakutan melihat seorang jeneral tentera dengan senjata moden yang boleh di tembak dengan bunyi mulut saja, pong,pong,pong .


Peminat ku mengekori ku sepanjang masa . Mereka ialah perajurit2 bawahan ,berpangkat sarjan ke bawah.Tau tak siapa mereka tu ? Nyamuk dan pacat lah jawabnya.



Aku gembira dengan tugasku sekarang . Aku boleh bertugas sepenuh masa . Aku jadi sihat , kerana berpeluh sampai ke keting setiap hari . Makan ku juga berselera , kerana badan sihat . Ulam pucuk setang adalah kegemaranku . Aku makan sampai taik jadi hijau . Air kencing pun bau pahit berdengung .Aku harap boleh hidup seribu tahun lagi kalau sihat begini . Eh,eh tak payah lah , nanti aku nyanyok pula kalau hidup lama . Terserahlah pada Allah , semoga Allah ampunkan segala dosaku dan semua muslimin dan muslimat yang masih hidup2 dan yang sudah mati.....AMIN,AMIN,AMIN


SALAM MELEBAR SENYUM
dari srengenge

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

kalau ayahanda nak cari pekerja
boleh saya mohon
he he
sehari dua boleh leeeee
tak sanggup kerja berat
badan dah manja

Wassalam

Anonymous said...

Salam tuan,

...bangun!!!!"Selamat Hari Guru,cikgu."

Wassalam.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Memang best sangat buat kerja sendiri bila dah pencen..
BerZikir boleh dibuat sepanjang masa, fikiran amat tenang..
Alhamdulillah..masih bernafas hingga di jemput mengadap Allah SWT kelak..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

seronok betul keje tanpa tekanan...macam kak nab sekaranglah jugak...

Chik Att said...

Salam ayahanda...

saya pun dok tunggu saat2 itu ..... tapi sampaikah umur .... tah tah dipanggil dulu olehNya ......

kasihibu said...

salam ayahanda
aktiviti yang sama seperti ayah sya buat, kalau mahu kekebun, kekebunlah ia, kalau mahu kerumah anak melihat cucu kesanalah ia,
tetap setia bersama bonda,menemai ayah
walau ke kebun berkawan sang nyamuk dan agas
sangat bahagia....