Tuesday, May 25, 2010

JANGAN TINGGAL DAKU

Dengan nama Allah , 99 semuanya
Banyak beburung membuat sarang di kawasan rumahku.Mereka bebas memilih lot masing2.Tiada siapa yang dapat mengganggu-gugat mereka.They are my special people.Anak2 kecil cukup cepat membesar dan pantas berterbangan.Dua hari dah tak hujan,dan hari ni aku pergi ziarah mereka.Rupa2nya semua dah cabut keluar dari sarang masing2.Tiada seekor anak burung pun dapat ucapkan good morning......tengok tu kosong.....ku terpaksa panjat gunakan tangga.Ada 3 ekor semuanya di sini.
Sarang ni pun sama juga....kosong.....bye-bye birdies.....sini juga 3 ekor.


Penat aku memanjat,sunyi -sepi tidak ada yang menyambut kedatangan ku. 2 ekor di sini.Cukup comel mereka semua.........cip-cip-cip,assalamualaikom......ada di rumah tak ?


Aduh letihnya memanjat,terpaksa berehat lama sikit.Penat.Juga tiada ada yang berbunyi.Aku ada membawa bekal nasi sejuk untuk mereka....cip-cip-cip.....tiada yang menjawab.Depa juga sudah cergas.Pagi2 lagi dah keluar jogging.



Ni yang paling cerdik.....memang cerdik...buat sarang di pokok bourganvilla......banyak durinya,boleh menghalang musuh.3 ekor di sini......cip-cip-cip.......juga tiada jawapan.Semua dah pergi.
Please come back........jangan tinggal daku.
salam melebar senyum..........its srengenge.














8 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

mulianya hati ayahanda dgn makhluk Allah..melayan kerenah..kasi makan..tapi akhirnya dia pergi jua..itu sudah lumrah hidup..

ijoismart said...

Salam ayahanda

Seronok sebenarnya ya bertanya khabar dengan burung, pokok dan alam sekeliling.

NGINAP SRENGENGE said...

salam Hajjah Zainab,

Sejak kecil dulu pokok pinang pun panjat cari anak burung.Masa tu ganas sikit.Sekarang pun ganas,setahun sekali pasti menembak tupai.Tapi sayang pada anak2 burung.Comel.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Saalam anaknda ijoi,

dah selesai pendaftaran anak ?
So tinggal berdua sekarang.

Seronok berinteraksi dengan mereka.....rasa bahagia.

wassalam.

YB said...

slamayahanda

memang kalau berkawan dgn burung hati lebih tenang sebab dia tak pandai nak temberang kita.

NGINAP SRENGENGE said...

salam YB,

Tengok n3 ikan semalam,teringat ayah kat Sungai Bil.

Boleh buat n3 khas utk Sungai Bil ?

Wassalam.

S said...

salam,

ayah n mak,
kepergian yang sementara, pasti anak2 kelicap akan kembali satu ketika nnt. InsyaAllah......

doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

kak s n abg mgt pun mengharap doa dari ayah n mak juga.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Jom pi Kajang !!!!!!