Thursday, May 13, 2010

CITER BUAH SETOI


CITER BUAH SETOI


Dengan nama Allah , 99 semuanya


( Sebuah nukilan lama aku sendiri , di jumpai pada 2007 di celah2 buku lama.Ku ubah suai sikit )


Bila nak buah setoi , kami dulu memunggal dengan sebatang kayu . Bila memunggal selalu mengenai sasaran . Itulah kepakaran budak2 dulu . Pandai memunggal . Musim buah setoi cukup gembira . Bila buah dah menguning beramai2 berhimpun di bawah pokok . Masing2 membawa garam untuk bahan cicahan . Huseng Che Nik cukup pakar memunggal . Kayu memusing naik ke udara ,betul2 kena pada ranting setoi sekaligus menggoncang hingga luruh beberapa biji buah setoi . Buah di himpun kemudian di makan secara jemaah . Selesai makan beramai2 turun mandi pula di sungai . Berenang ke hulu ke hilir . Panjat tebing dan terjun turun ke air sebagai superman . Semua mandi dalam sut semulajadi . Boleh kenali hak sapa panjang atau pendek , hak sapa besar atau kecik . Ada yang sudah di potong dan ada yang belum dipotong . Yang belum bersunat , di sungailah tempat berlatih meloceh . Bila boleh loceh mudah dikerjakan tok mudim .

Hari ni ada orang berikan aku buah setoi , besar2 penumbuk . Dah lama aku tak makan setoi . Nak cari pokok setoi pun agar susah. Semua dah ditebang , dijual sebagai balak . Dua biji habis ku makan mencicahkan sambal belacan . Tak sampai sejam perut aku mula memberontak . Senak sana-sini . Terasa masing-masing mengejar hang-aku ke hulu ke hilir . Senaknya terasa di setiap penjuru usus bertaliarus . Puas aku menahan kesakitan . Tekan dengan jari sana -sini . Habis sebotol minyak angin aku sapu . Perut berminyak , senaknya tak juga reda . Adoi , sakit mak . Perut masa kanak-kanak dulu lebih hebat dari bila perut dah tua .Dulu tak pernah sakit . Antibodi cukup mantap .Adoi , maafkan aku . Aku dah tak boleh tahan . Maaf yer .

MALAMNYA AKU TAK TIDOQ NYENYAK,ADA REVOLUSI DALAM PERUT
Salam dari srengenge

6 comments:

YB said...

Salam ayahanda'

Kalau tak silap org kg kami panggil buah larah. Buah tu kalau dimakan dgn bijinya lebih teruk drpd makan buah rambai. Payah "melabur", jenuh meneran. Sama ke?

Chik Att said...

Salam ayahanda .....

Bestkan jadi anak kg. Dulu buah setoi kecik2 , sekarang besaq.... gedabak...dulu bleh gak telan bibi yang halus tu.... la ni nak telan bijik takut sangkut kat kerongkonng .....

SAya pun penah lalui ... saat pungai memungai tu....... bawah pokok setoi tu (time musim dia) licin elok ja tanahnya... dilatam oleh bebudak. Dulu tak kira pokok sapa bedal semua.... tuan dia pun tak marah .....

seronoknya..... la ni nak cari setoi kg susah ..... setoi kawin yang besaq2 tu banyak kat market...

Ummi Humaira said...

salam ayahanda ..

buah setoi tu adik beradik gak dgn buah ste kan , kat kampong ummi tak dak pokok2 tu , dulu2 memunggai buah kedabu n buah rumbia ja... kenangan kecik2

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

sama cara saya memunggal buat sentoi tu dahulu, zaman kecik2

selalunya pokok sentoi besar2 dan tinggi

Wassalam

NGINAP SRENGENGE said...

Salam anaknda2 semua,


Anaknda YB,
ayah pun tak pasti,mungkin itu namanya di daerah anaknda.

Anaknda Chik Att,
orang utara ni memang pengalamannya nak sama.


Anaknda Ummi,
Lebihkurang sama aje setoi dengan ste.Tapi putik ste ni kalau masak asam pedas dengan anak haruan atau anak keli yang besar2 jari memang top masa tu.La ni pun kalau masakan tu ada ,memang boleh di balon....CL terlior pasai asam pedas ni.

Anaknda Rozali,

memang pengalaman tu sama aje.Selamat memunggal buah setoi.


Wassalam.

Anonymous said...

Salam tuan,
Bercakap pasal buah setoi,untuk mendapatkan buah,kami pelekong dengan batang kayu.Buah dicicah dengan colek dan ada juga dibuat jeruk.
Sudah lama saya tak makan buah keradeh @ buah keranji dan buah kepek @ buah katak puru.