Monday, June 30, 2008

THE SPLIT OF A TONGUE....ber-babi-babian

Obesity ialah penyakit rakyat Malaysia.Majoriti boroi2 belaka.Sejak kecil dah ada yang boroi.Katanya itulah kemewahan.Kemewahan membawa padah. Peratusan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi cukup tinggi.Kalau dihimpun dah sampai mengjangkau terkeluar orbit.

Perut semua terik2 belaka , buncit macam tempayan budu.Buncit terik mengening,Kalau di jentik bunyi macam A minor : teng,teng,teng.Negara kita mewah.Ada banyak makanan.Nak makan apa saja , macam2 ada.Babi cukup banyak.Tiap2 malam aku terpaksa hambat babi.Babi dah mula masok kampong.Orang bukan Islam pun dah kurang makan babi.Pasai tu depa tak mai pasang perangkap.Kami panggil chiding.Aku perhatikan babi pun buncit2 perutnya.Kalau jentik mungkin bunyi b flat.Perut sarat mengening.Ibu babi boleh mengandung berbelas ekor anak.Babi makan apa saja.Lagi busuk cukup berselera dia.Terlampau nak marah kat babi.Senang saja,Cuma maki babi.Kawan ku seorang berbangsa Cina , tak marah kalau aku sebutkan dia gemok macam babi.Tapi orang Melayu jangan.Dia akan belasah kita.Orang Melayu cukup pantang dengan babi.Tapi ada juga orang Melayu mengidap penyakit gila babi.

Gila babi bukan saja ditujukan pada penyakit , tapi juga pada keadaan2 tertentu , suasana tertentu ,pada isu2 yang tak senonoh. Kita sebutkan juga gila babi.Waktu harga minyak naik ni juga ,aku dapati ada orang sebutkan ‘minyak naik,gila babi sungguh’. Lain2 ungkapan ,’gila babi punya kerja’ , ‘ musim gila babi’ , ‘harga naik bergila babi’ dan lain2 yang lebih kotor dan tak perlu aku sebutkan.

Kita harus kurang bercakap sekarang , kerana dengan banyak bercakap kita akan membabi bahasa kita . Nak kena memartabatkan bahasa supaya bahasa di lihat indah. Biar merah macam buah saga. Kita boleh berbahasa dengan adanya lidah. Dan lidahlah yang membuat banyak dosa.Kena kawal lidah kerana ia cukup berbisa . Ia lembek dan tidak bertulang . Dalam dewan ,dalam parlimen , lidah cukup ganas dan bermaharajalela.Semua itu akan tercatat dalam buku amalan kita . Rugilah mereka2 yang segala ucapan tergelincir dari lunas2 kemanusiaan. Sekarang depa bangga,tapi nanti mereka akan melihat kerugian yang nyata. Kerana banyak bercakap,banyaklah salahnya. Banyak salah , banyaklah dosanya. Banyak dosa , nerakalah tempatnya……nauzubillah.

ESCAPE FROM THE TREMOUR OF BAD SMELL

We live in difficult times.Hidup jadi sesusah2nya.Tiada kedamaian.Macam hidup dicelah2 haiwan.Aku cuba lari dari suasana yang tak menentu ini.Busuk,jijik.Lepas satu bala,dua-tiga lagi muncul secara tiba2.Yang lebih ganas,lebih haprak.Ia datang mendadak juga,dan aku tak berupaya menutupi telinga dan hidung ku.Tak dapat memejamkan mata , otak ku berpuing2.Kemana yang harus ku lari.Cukup membosankan dan cukup frustrated sekali.Dulu guru merentas jalan.Dulu guru membimbing.Dulu guru mendidik.Dulu guru mengajar.Dulu guru juga berpolitik.Guru dulu adalah segala2nya.Tapi kini tugas guru hilang dicelah2 kegairahan mengejar dunia,mengejar harta,mengejar pangkat,mengejar pengaruh,mengejar neraka.Guru hilang fungsinya.Cuma ajar tulis dan baca.Tak dak sapa nak dengar leteran guru.Guru terpaksa membisu.Orang politik yang di sanjung,dan orang politik juga di kutuk.Orang politik sanjung orang politik.Dan orang politik juga kutuk orang politik.Orang politik juga hina orang politik.Orang politik juga fitnah orang politik.Kerana nak cari pengaruh,kerana nak kekalkan kuasa,kerana nak bolot kekayaan,kerana nak jadi king of kings.Terlalu banyak sangat dirty tricks departments.Kekiniannya aku melihat politik kita tercorot.bukan lagi boleh digahkan lagi.Pasai tercemar dengan berbagai kekotoran.Menoleh ke belakang,melihat sejarah Melaka.Sejarah kerap mendua kalikan.Aku cuma membuat andaian : Orang Melayu tak pandai memikul kuasa.Orang Melayu tak pandai belajar dari sejarah.Membuka Al-quran,aku dapat belajar sejarah manusia.Banyak sejarah manusia yang Allah paparkan untuk kita.Tapi kita tak pandai belajar,kerana kepala hotak kita busuk dan jijik........demi masa manusia adalah dalam kerugian.Kerana mengejar dunia yang sedikit,kita lupa daratan dan lupa asal-usul.Kita lupa diri.Kita lupa dari satu rumpun.Benarlah apa yang Tun M katakan.Melayu mudah lupa.Namun dia sendiri pun kekadang lupa bahawa penyokong2nya dulu tak lupa.Sebab tu dia di belasah juga bertubi2,walaupun dia ada juga jasa2nya pada mereka.Mereka juga lupa bahawa dia pernah memberi jasa pada mereka . Tapi oleh kerana cuaca busuk dan jijik diserata-rata , tidak sapa boleh lari dari menghidunya. Terakhir ini , drama liwat pasa kedua bermula pula. Heran sungguh orang kita ni ,tak serik2 dengan menggadaikan hukum Allah.Syok cuma sekejap di dunia,tapi siksanya cukup lama di akhirat. Pohon Allah hukumkan seberat2nya kepada yang durjana , dan angkatkan darjat yang tak bersalah .Pohon Allah tunjukkan di dunia,supaya yang hidup boleh menerima kebenaran sebelum terlambat.Kerana mati hanya sekali....semoga mereka boleh belajar sebelum hari mampuih.

Sunday, June 29, 2008

BERLEMOIH HABIS ORANG YANG DAH LAYU..........WHO IS THE CARETAKER OF MALAYSIA ?????

Rasa malu nak mengaku orang Melayu . Habis berlemoih dengan macam2 kotor dan najis . Aku rasa orang melayu ni cukup kotor . Bila kata orang Melayu kotor ,habis tercalit sampai ke diri ku.
Politik kita kotor, aku londeh hang,hang londeh aku . Sama2 londeh sesama sendiri . Rasa macam tak dak akhlak langsung. Kita buat macam2 yang dilarang oleh agama . Kita membazir,kita menipu,kita berasuah dan buat yang negatif2 saja. Dah lah masaalah anak2 muda kita cukup mencomotkan budaya dan akhlak, rumahtangga orang2 melayu juga telah terumbang-ambing tak tentu hala tuju ,tak tentu arah. Semua jadi tak bersih dan korup yang mengurapkan. Budaya kita cukup tenat . Jiwa kita penuh dengan kerja durjana . Roh kita dah musnah dan hilang kemanusiaannya . Kebinatangan menyelubungi diri . Tak nampak kemanusiaan , kerana akhlak turut termusnah sampai keakar umbi. Yang muda dah hilang akhlak diri , dan yang tua dah kemana larinya halatuju. masing2 merobek dan meruntuh budaya bangsa. Dah lah kita dah layu , kini berlemoih pula dengan segala najis dan kotoran . Kini satu lagi episod liwat tertuduh kepada DSAI . Aku jadi pening , pening pasai orang Melayu kita dah layu,berlemoih dengan yang busuk2 dan kotor2 ,berbau di segenap pelusuk bumi ....................busuk khong macam bangkai.

DI DAERAH LUBANG AJAIB......masyaalah

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI,29/6/2008

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas
Jun 29, 08 2:19am
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
Tegakkan keadilan
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya

CERITA LUBANG AJAIB......edisi kedua

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.......28/JUN/2008


Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Jun 28, 08 11:53pm
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Friday, June 27, 2008

KEBERAKKAN DAN BERKENCINGAN

KEBERAKAN DAN BERKENCINGAN

Akhir2 ini aku sering sangat memperihalkan dari sudut keberakan dan berkencingan.Semua yang hidup pastinya hendak berak dan kencing,dan kerana inilah aku melihat orang2 kita berebut2 rezeki secara haram dan membelakangkan yang halal cuma untuk mengisi perut.Perut adalah matlamat hidup.Yang dah terkumpul harta yang banyak pun tak jemu2 menodakan perut sendiri dan ahli keluarga. Kekadang terlupa bahawa hayat dah sejengkal ke lubang kubur.Agama tak larang mencari harta,tapi kena jaga nawaitunya .Mana orang kaya2 nak mengikut para sahabat yang kaya2 seperti saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf ? Yang aku maksudkan secara ikhlas menginfakkan kekayaan untuk masyarakat.Aku geli hati melihat yang dok derma dengan cek 2 yang tinggi berdiri . Nak menunjuk bukan nak drma.Kalau derma biarlah tangan kiri tak tau tangan kanan yang menderma.

Bangkit pagi2 aku sokmo bimbang takut tak boleh berkecingan dan berberakkan.Aku perlu jaga yang aku makan,kerana takut sangat bila hasrat nak berkencingan dan berberakkan tak dapat di tunaikan. Orang berbelanja berpuluh ribu ringgit Cuma nak berubat supaya boleh berak dan kencing.Dan aku rasa bersyukur banyak pada setiap kali aku dapat berak dan kencing selawas2nya.Bayangkan apa awak nak kata kalau susah berak dan kencing.Dunia berasa tak berfaedah lagi untuk awak. Dari sekecil2 itu kita dapat rasakan kenikmatannya.Bagaimana pula kita tak mau bersyukur pada benda yang lain,yang banyak memberi nikmat kepada kita.Aku cukup hairan mengapa orang2 yang berkuasa tamak dengan kuasa mereka.tak guna kuasa untuk memakmurkan masyarakat ,tapi memberi masalah kepada masyarakat.Mungkin mereka belum lagi diuji oleh Yang Maha Kuasa . Jenis ini mereka lalai dengan kuasa , mereka lupa daratan. Ataupun mereka diberi istidrat . Dan mereka akan disiksa di akhirat nanti.Allah tambahkan harta mereka,biar mereka bergelumang sepuas2nya.Meraka syok dalam masa yang singkat di dunia,tapi mereka tersiksa begitu lama di akhirat. Itulah jalan yang salah dimiliki mereka ,kerana lupa bersyukur. Langsung tak ingat nak bertaubat.,kerana asyik dengan segala yang syok-syok..Aku kekadang rasa syok bila dapat berberak taik keras.Aku rasa syok bila dapat berkencing dengan lawas di musim hujan.

Aduh lazatnya bila dapat berkencingan dan berberakkan sepuas2nya.
Janganlah tunjuk eksyen , nanti tak boleh berberak dan berkencingan , tak guna rasanya pangkat tinggi dan harta banyak.

Aduhai nikmatnya kira boleh berSHIT.

Thursday, June 26, 2008

DI SINI TIADA ADA DUIT

Hari ni aku banyak membaca.Aku suka membaca blog.Masok melayari blog2 membaca lepas satu , satu.Tak kisah sangat blog politik ataupun apa saja blog.Ada sebuah buku yang aku senaraikan nama2 blog. Aku tak membeli suratkhabar,aku cuma baca online.Satu dunia boleh kita baca secara online.Surat khabar Jepun ,korea dan China pun aku tengok,sebab tak boleh baca.Aku tengok gambar2 saja,yang kekadang memberi lebih maklumat dari membaca.

Blog yang tertarik aku baca hari ni ialah http://thoughtsintangents.blogspot.com/ .ia merupakan blog anak Sanusi Junid. Tolong klik dan baca postnya yang bertajuk : Unjust RM 1.5 Million Ex-Gratia Payment to Ex-justices……….kalau aku dapat sebanyak tu ,2 kali aku hidup semula pun tak habis2 belanja……itu saja komen aku. Dan kalau wang itu dikategorikan sebagai rasuah , komen aku ialah : Mengikut hukum Islam ,Pemberi dan penerima rasuah akan dihumban ke dalam neraka….nauzubillah.


Till we meet again.Regards.

Wednesday, June 25, 2008

AL-DUNIA NAJISUN.........TAIK,BUSUK & KOTOR

AL-DUNIA NAJISUN

Tiada siapa yang tau umur dunia.Nabi Adam as didatangkan ke dunia hanya selepas berjuta tahun iblis dah hidup di sini.Tiada ada bekas di bumi yang tiada tersentuh dengan kaki iblis.Kita juga mengetahui berbagai jenis binatang juga mendiami bumi ini sejak dulu dari manusia.Jadi dunia dah cukup tua. Selalunya bila dah tua ia dah tak bertahan lama.Saat2 kehancurannya adalah cukup dekat..Semasa Nabi kita saw bermikraj dulu pun malaikat dah memberi tau Nabi bahawa umur dunia adalah berbongkok tiga.Diibaratkan sebagai seorang pompuan tua berbongkok tiga.Dah jadi nenek kebayan.Umpama seorang pompuan menunjukkan tentang tarikan dunia , seperti tertariknya kita kepada seorang pompuan.Dam pompuan pula tertarik dengan perhiasan2. Jadi pada manusia ,dunia ini cukup menarik.Sebab itu diutuskan nabi untuk memberi tau umatnya,bahawa tidaklah kehidupuan dunia ini kecuali kesenangan yang menipu.Kita tertipu dengan dunia ,tipah tertipu.Setiap ketika hungga kesana-sini , dan tak tersedar kita tertipu.Ia umpama budak2 bermain berkedai atau sebagainya menggunakan daun2 sebagai wang . Semasa bermain daun2 itu cukup berharga.Tapi bila dah tamat bermain,daun2 itu dibuang bersepah.Tiada ada nilai lagi.

Dalam sebuah hadis Nabi saw ibaratkan dunia ini sebagai bangkai . Busuk dan membusukan.Tapi kita sebagai biawak2 hidup dan ereng2 gemar sangat kepada bangkai.Berlumba2 berebut2 bangkai ,memenuhi tembolok dan mengisi perut tanpa mengetahui bahawa ia itu bangkai.Orang yang tahu cukup memberi perhatian dalam hal mencari rezeki di dunia ini.Mereka ada batasan halal dan haramnya.Boleh atau tidaknya.Kalau yang haprak pula dibalasnya habuan itu tanpa tau adakah itu haknya atau hak orang lain.Kekadang hak orang lebih gemar dimilikinya dengan segala tipu-helah tanpa asal-usul periksa…..hak orang sangat syok dimiliki,harta orang syok mendapati,bini orang syok disetubuhi,pelacuran syok di gauli.Semua itu rasa syok2 saja.INGAT : Syok membuat dosa hanya sekejap di dunia,tapi seksa membuat dosa adalah cukup lama di akhirat….tentang pembaziran,kezalimam dan penipuan yang berlaku di depan mata kita sekarang ni , macam mana ? Aku cukup takut,tapi orang yang membuatnya dah tentu tak rasa takut.

Kerana dunia ni dah lama didiami oleh berbagai makhluk Allah, dah tentu ia dipenuhi oleh najis kencing dan berak.Indah-water pun tak terhangkut lagi.Apa guna hangkutkan , kerana dibuang di dunia ni jua.Bukan diekspot ke planet lain.Bermaknanya bumi kita dah di cemari oleh najis sendiri.Kotor dan mengotorkan.Terpengaruh hingga ke otak kita,hingga otak2 kita pun menjadi kotor……..yang banyaknya hotak2 yang berhaprak.

Tuesday, June 24, 2008

WEAK PEOPLE ARE NOT SINCERE

ASTAGFIRULLAH


Di hari2 terakhir ni aku perlu banyak beristigfar , lebih2 lagi berbagai peristiwa pelek dan ganjil mendampingi hidup kita. Semua itu menunjukkan begitu hampirnya hari kiamat. Orang2 tua macam aku rasa kencing tak lawas dan berak pun tak seenak dulu. Masa muda2 dulu berak taik keras cukup syok.Puas rasanya. Tapi kini jangan nak berak dan kencing , nak meneruskan hidup pun rasa sebagaimana. Dengan berbagai kerenah manusia , baik rakyat bawahan dan kerenah para pemimpin yang tomak kuasa dan bermata duitan membikinkan rasa cemas dalam hidup. Dengan bertambahnya cendikiawan bukan nak menyelesaikan masaalah ,tapi menambahkan masaalah.Cerdik membuat masaalah. Pendidikan moden membuat manusia menjadi ego.Orang2 cerdik dulu boleh kita tumpang , kerana semakin mereka berisi semakin menunduk.Ibaratnya selalu diseumpamakan sebagai resmi padi . Kini sama2 tau lah . Individualistik dan kapitalistik , semua dah jadi plastic . Bukankah plastic tu end-product dari petroleum . Sebab petroleum terjadilah plastic. Bukan plastic tak berguna , banyak gunanya , tapi akhirnya bekas plastic dibuang diserata-rata . Kalau orang dah jadi plastic ia akan hilang harga diri…..kita akan jadi lemah .WEAK PEOPLE. Mengikut kata2 La Rochefoucauld : WEAK PEOPLE CANNOT BE SINCERE. Begitulah kalau kita jadi pemimpin yang lemah , akhirnya kita hilang sincerity . Kita tak ikhlas dan akhirnya kita menipu dan berbohong.

Pembohongan yang dah lama berlalu cukup menyengatkan rasa dalaman ku .Bisanya masih terbenam di dalam sanubari . dan setiap hari menggigit lendir2 dalaman yang dah memang cukup tua. Aku tak tau bagaimana lendir2 orang muda merasainya. Tapi lendir orang tua cukup tersiksa. Lepas satu diistihar hari ini,besok dibatalnya dengan semudah nada. Selepas satu dikatakan tidak akan belaku,tapi dengan mudahnya berlaku besoknya. Ingat tak saudara2 ku itu semua ? Aku masih ingat dan sentiasa mengingatinya semua itu.Mari aku coret beberapa daripadanya : Parlimen dak akan dibubarkan/esoknya diumumkan bubar. Akan guna dakwat diPR 12, juga menerima pembatalannya seblum hari mengundi,walaupun dah RM2 juta dakwat di beli.Begitu juga harga minyak akan naik pada ogos nanti,tapi Jun4 dnaikkan.Tak boleh jual minyak kpd orang luar,dan 2 hari selepas itu ditarik balik arahan.Begitu juga gaji 2 kali sebulan,ditarik balik dalam masa tak sampai seminggu.Pelajar2 tak boleh berpolitik,tapi pelajar luar Negara boleh menubuhkan kelab2 unmo.

Dan yang paling aku sakit hati ialah menjual agama.Sampai hari ini aku masih tak paham apa itu hadhari. Dalam banyak hadis ada disebut bahawa ada ulamak2 yang berhatikan serigala.Aku pun kurang paham lagi,dan aku terpaksa mengaji lagi untuk mencungkil apa maknanya. Bila aku tengok Al-quran isinya semua sama , tapi hati2 mereka tak sama.

ASTAGFIRULLAH

Monday, June 23, 2008

TAK BERAHI KE BULAN ?

TAK BERAHI KE BULAN


Suasana Negara sejak kenaikan harga barangan keperluan menjadi semacam panic.Rioh-rendah setiap penjuru mata-angin . Banyak yang naik lebih dari 100% . Besi yang diekspot oleh Mangolia naik lebih dari 100% .Pasai Altantuya ,mungkin mereka akan stop produk besinya.Kita akan terpaksa menanggung kos hidup yang meningkat.Aku paham mengapa jadi begini.Semua kerana perbuatan manusia yang dah lupa daratan.Kita tak ikut suruhanNya.Kita ikut feel2 mazmumah .Allah murka dan ia turunkan berbagai bala. Semua yang berlaku di depan mata ialah kerana bala.Bila Allah turunkan bala,semua akan merasa termasuk orang 2 baik dan beriman.Pasai tu orang2 baik dan beriman menjalankan Amal-makruf dan nahi-mungkar.

Sekarang banyak jadi munafik .Cakap tak serupa bikin.Jahil tentang akhirat , kerana kurangnya ilmu agama. Tak tau nak laksana hokum Allah.Perahu yang bergerak di air,kita letakkan di atas pasir.Mampuih tak bergerak. Memang jahil semakin ramai.Bila jahil mudahlah jadi munafik dan mudah tergelincir dari agama. Kita kena percaya dan beramal dengan ajaran agama.Tapi banyak yang beramal tanpa kepercayaan.Banyak yang sembahyang,tapi sembahyang tak menjadi ubat pada diri.Banyak yang puasa,tapi mendapatdahaga dan lapar.Banyak yang sedekah ,tapi untuk menunjuk2, banyak pergi menunaikan haji,tapi Cuma untuk melancong. Banyak yang menyebut Allah ,tapi Cuma di bibir saja. Hampir dalam hati ialah munafik.

Kita kehilangan pemimpin yang sebenar, pemimpin yang ingin memimpin.Bukan pemimpin yang membawa ke lubang biawak.
WEAK PEOPLE CANNOT BE SINCERE…….kata2 La Rochefou

Tak berahi ke bulan ke?

Saturday, June 21, 2008

ENTRI KE HOSPITAL DI AKHIRAT

ENTRI KE HOSPTAL DI AKHIRAT

Kemutan lubang ajaib memaksa ketol taik tersentot keluar . Rasa nak ketawa sampai pecah perut dan rasa nak terkincit berlalu begitu saja . Membuang najis adalah tak sama dengan membuang dosa .Dosa perlukan pengampunan Illahi . Itu pun kita kena beristigfar banyak2 kalau tidak terimalah padahnya diakhirat.Oleh kerana terlalu banyaknya seronok di dunia ini dan dah pun melampaui batas , manusia lupa pada akhirat.Majoriti nak kan seronok . Walaupun tempat seronok tu jauh ,tak jadi benda kat kita . Terpaksa 2 kali berak dan 5 kali kencing kita mati2an akan pergi mendapatnya,walaupun kita tua nak mampuih . Kita tak takut mengundang bala-bencana dari Allah.

Hidup kita mewah menghalang membuat ibadat . Jadi lalai , lalai macam lembu dikerabat bapak lembu..Kerana mewah nikmat membeli melebihi dari lazat memakai.Duit ada dimerata : bawah tikar,dalam kocek, berpuluh akaun bank,dalam kereta,dalam laci dimana2 saja kita simpan duit. Giro ada 50 keping.Tu pun rasa nak lagi.Tak cukup lagi. Lagi tak mati lagi dok berebut dunia.Jamban berak pun berharga 10 ribu ranggit, tempat nak berak saja.Memadalah berak di jamban biasa..

Kerana terlalu banyak harta , sampai ke tua pun dok kejar harta.Dekat nak mampuih pun masih dok tanya pasai sewa rumah. Tipu menipu menjadi mainan biasa.Rasa bangga bila boleh menipu kawan.Kalau jadi pemimpin,pemimpin itu jahat.Dan pengikut2nya juga terdiri dari yang jahat2.Sudah tentulah orang2 jahat memilihkan yang jahat menjadi pemimpinnya.Sama2 makan taik,bukan taik minyak.Kerana berlumba2 mencari rezeki,hidup mereka dalam kecemasan,tidak peduli haram dan halal.Hilang nikmat dalam diri seseorang.

Itu semua adalah orang2 sakit,dan mereka akan dimasukkan ke hospital di akhirat. Untuk dibersihkan. Untuk di keluarkan segala dosa dengan berbagai cara dan kaedah Allah. Neraka sebenarnya ialah hospital di akhirat.

Di dunia pun aku takut masok hospital ..

PERANGAI KERA DAN BABI

Aku tak belajar bidang kebinatangan . Jadi tak pandai tentang perangai depa tu . Tapi tau lah sikit2 kerana aku hidup dekat dengan hutan srengenge.Di hutan srengenge memang banyak binatang liar . Babi dan kera adalah tak kira , macam mana nak kira kerana banyak.Dari dulu sampai lani dok banyak juga ,walaupun di tembak ,diperangkap .
Dalam Al-quran disebutkan ada satu kaum manusia di zaman Nabi Musa as pernah disumpah jadi kera dan babi.Boleh semak dalam sejarah Nabi Musa as.Nabi kita saw juga ada menyebut dalam sebuah hadis bahawa umatnya juga akan menjadi kera dan babi .Ikut ulamak itu adalah satu perumpamaan . Tak terjadi macam cerita zaman Nabi Musa as. Manusia2 yang dikaitkan ialah berperangai seumpama kera dan babi. Mereka membuat kerja seolah2 tidak kena mengena dengan Allah. Tak mau mertabatkan kerajaan Allah di bumi. Bush langsung tak mau.Bahkan cari peluang nak musnahkan Islam. Majoriti manusia dalam susah dan senangnya menentangnya Allah.Depa dah lupa bahawa there is only one way ticket.Either to hell or heaven. No return ticket . Mereka lupa lazat dosa hanya sekejap,dan azab akhirat terlalu lama. Mereka tak malu mengikut jarum yahudi/nasrani. Lantaran itu perangai mereka adalah seperti kera ,terlonjat2 terhinggut2.Konsert2 menganjurkan sesapa saja menjadi kera moden ini. tak malu ke diri. Yang jadi perangai babi pun keliaran di serata alam. Jenis ini ialah yang gemar tukar pasangan mereka.Pagi dengan pasangannya dan petangnya pasangan yang lain pula.Berdua2an di tepi longkang, dan tak berbau busuk lagi walaupun dekat dengan tong najis. Malahan bertukar isteri pun ada . Macam babi.Macam babi.Rasa nak terberak dengar cerita sebegini....berlugar dalam perut , berguit2 tali perut,terkemut2 lubang keramat dan kepala taik terentot ,tak jadi keluar......memang banyak kera dan babi.
Lindungilah kami Ya Allah : kami tak rela jadi kera ataupun babi......Allah Ya Robbi.

Friday, June 20, 2008

JABATAN MAUT

JABATAN MAUT

Orang takut akan mati , bukan semua orang ! Takut ke , tak takut ke , mati itu sudah pasti.Kalau hidup tak ingat ke mati , mati tetap datang. Tak semua orang sudi tulis pasal mati , dan tak banyak orang juga suka membaca pasai mati . Kalau jual buku pasai mati ,dah pasti tak laris….dalam dok saja2 pun tak sapa yang pikiaq pasai mati. Mati itu macam menghantui diri . Yang lazim kita dok pikiaq ialah pasai hidup. Dok pikiaq pasai dunia.Nak isi sepenuh dunia dalam perut. Biar penuh menanam dunia dalam perut.Bila kita mati,dunia akan tinggal kita.Tapi selalu orang kata kita meninggal dunia.Dunia tak ikut kita ke dalam kubur .Yang ikut amalam kita : amalan buruk dan baik.Yang baik membantu kita dalam kubur , yang buruk menyiksa kita . Kalau yang buruk tak ikut,bestla kita.

Orang kaya , orang berkuasa sangat takut akan mati.Bila sakit cepat2 cari doctor.Ada doctor peribadi.Cepat2 makan ubat,cepat2 kira duit dalam bank.Masih sayang dunia.Masih bernyawa ikan,masih lagi nak kira harta. Bangang punya otak.Nak sedekah untuk kebajikan tak terlintas di hati . Kalau nak sponsor konsert,cepat2 hulur bantuan.Lebih2 lagi ada artis2 jelita,yang sanggup menonggek2 menunjuk punggung di atas pentas.Bila ada kematian cuba pi jengok.Pi jengok orang kaya mati.Pi jengok orang berkuasa mati. Kalau Allah buka hijab,kita boleh tengok aib ke , mulia ke mayat itu. Nampak macam hantu,nampak macam babi,nampak macam anjing,minta dilindongi Allah.Tapi kamu mesti rahsiakan , Allah Cuma memperlihatkan itu untuk kamu sebagai pengajaran untuk diri kamu. Mungkin nampak bersih-suci bersinar2, nampak tersenyum manis,masyaallah.Mayat wanita yang comel dah tak comel lagi , hilang seksinya. Warisnya akan kebumikan dalam masa yang terdekat. Tak guna lagi simpan mayatnya dalam rumah. Biar lah ulat2 kerekahnya dalam kubur,dan kalau mulia malaikat akan sanjungnya hingga ke surga.


Dalam dunia akhir zaman ni banyak orang yang alim sokong thaughut , Mengaji 8 tahun di Azhar negeri firaun , bila balik sokong firaun . Pak Mat buta huruf duduk di kampong bela berok lapan ekor,beri sokongan pada ulamak.Ilmu ugama Cuma kenal Allah dan Rasul , pandai dia sokong ulamak.Ulamak ialah pewaris nabi.Dia orang betoi,bila berok dia demam,dia sendiri naik petik buah nyior. Pakai kain basahan sebagai serban. Yang kita sangka alim,dulu pakai serban, cakap arab macam dalam quran , la ni dah pakai songkok .Serban sunnah nabi dia ganti dengan songkok. Macam caci sunnah Nabi . Songkok bukan sunnah nabi. Sebab tu DAP protes pakai songkok. Cuma Allah nak ajar kita.Tapi kita masih bodohlah.Kita keteqaq,mungkin sebab makan banyak belacan.Busuk khong,puas kerobek lubang hidong,gatai.Oh bodohlah kita kerana tak mau sokong ulamak.Tapi pastikan ada dua jenis ulamak : ulamak tulin dan ulamak syuk ( jahat) ,ulamak penuh sarat dunia dalam perutnya.

Nabi saw larang kita sokong orang jahil.Orang zalim juga Nabi saw larang kita beri sokongan.Nabi tak mengaku umatnya.Kalau gitu apa guna jadi tok imam , macam tok imam Mr.Bean . Apa guna jadi ustaz , macam ustaz abu jahal.Apa guna jadi ulamak,macam ular dalam semak. Apa guna ijazah agama , macam kertas calit taik .


Untuk jadi orang berguna , amalkan semua dalam al-quran dan al-hadis.Amal maaruf dan nahi mungkar.

Wallahua’lam.

Thursday, June 19, 2008

NO EASY WAY LEARNING ENGLISH

We'll begin with a box, and the plural is boxes;
but the plural of ox became oxen not oxes.
One fowl is a goose, but two are called geese,
yet the plural of moose should never be meese.
You may find a lone mouse or a nest full of mice;
yet the plural of house is houses, not hice.
If the plural of man is always called men,
why shouldn't the plural of pan be called pen?
If I spoke of my foot and show you my feet,
and I give you a boot, would a pair be called beet?
If one is a tooth and a whole set are teeth,
why shouldn't the plural of booth be called beeth?
Then one may be that, and three would be those,
yet hat in the plural would never be hose,
and the plural of cat is cats, not cose.
We speak of a brother and also of brethren,
but though we say mother we never say methren.
Then the masculine pronouns are he, his and him,
but imagine the feminine, she, shis and shim.

Anonymous

HILANG KEJANTANAN , KEKORO-KOROAN

HILANG KEJANTANAN,KEKORO-KOROAN

Setiap pagi dan petang aku melayari blog lepas satu ,satu.Aku baca dan aku komen yang mana patut…..kekadang memberi komen tu lebih syok dari menulis blog sendiri…..dan membaca komen2 juga cukup menarik , kerana dapat tau apa2 yang kita tau. Terakhir beberapa blog menonjol hilangnya kejantanan….tak berani menentang arus.The Scribe dalam postnya yang aku cukup tertarik ialah tentang koro. Dah jemu dok bercakap dan membaca kes2 minyak dan politik terkini.Blog chedet juga membicarakan tentang keberanian tokoh2 politik, masing2 tak berani bersuara….semua jadi koro dan hilang jantan.

Selalunya jadi koro bila umur meningkat , umur tua dah hilang kejantanan , dia layu dan tak galak lagi . Penyakit ini kekadang memusnahkan citarasa dan keupayaan hilang Cuma duduk koro,diam membisu.

Chedet walaupun dah 84 tahun,nampaknya masih ada jantan.Mukhriz yang masih muda tak heranlah , dan dialah yang nampak menghalakan jantannya dalam arena putar-belit politik.S.Vellu cuba sekali-sekala nak tunjuk jantannya , tapi sekali mendongak terlonglai tangkainya dan jatuh kepalanya.Kalau SAPP boleh membawa usul tak percaya,aku ingin melihat kejantanan sapa yang akan mendongak.Kalau tidak sudah saheh bahawa banyak yang berpenyakit ‘errectible defunction’.

Wednesday, June 18, 2008

BIARKAN SAJA SI LUNCAI !

Berasa macam tak mau pikiaq lagi tentang isu2 terkini , kerana macam tak dak memberi
makna apa2. Macam dok salak kat gunung.Gunung berdiri tertegak , tak heran akan salakan kita.Yang sombong dok sombong gitu juga.Yang ego dok ego juga. Yang kaya dok tak kesian belas pada fakir miskin.Yang berkuasa masih rakus dengan projek2 yang boleh mendatangkan keuntungan besar. Hidup mereka terasa lama lagi , walaupun dah 60 tahun umurnya . Lupa akan umur , lupa akan hebatnya Allah. Lupa akan mati.Terasa tak akan mati.Biar aku kumpulkan harta kerana akan hidup selama2nya.


Biarkan mereka dengan mereka.Biarlah hati mereka hitam,kerana tak mengejar keputihan. Biarkan macam jeritan kita pada Si Luncai.Kalau masih mereka tak sedar,biarkanlah,biarkanlah.

DI SATU KETIKA MEREKA AKAN SEDAR........TAPI SAYUGIANYA DAH TERLAMBAT.

Monday, June 16, 2008

KONGSI BLOG ANAK SANUSI JUNID

COPIED/PASTED FROM: http://thoughtsintangents.blogspot.com


unday, June 15, 2008

The Horrors Of RM625 Rebate Per Car
I wish to add to the pile of horrors being shared across the old and new Malaysian media on this RM625 rebate we the rakyat should be getting per registered vehicle of less than 2,000cc or RM150 per motorbike below 250cc. The following list is not comprehensive, but still...
How come rebates are for a maximum of 5 vehicles per person? I thought this was for the benefit of the middle to working class? As far as I know, very few in the 'middle-class' bracket can afford to own more than 2 vehicles - usually one cheaper or older vehicle (kapcai or old Proton) and a newer one. Why are we helping people who can afford to own 3+ cars!
Why is government supporting these rebates for vehicles using the criteria of less than 2,000cc? On this basis, the proud more than-middle-class Malaysian owner of a brand new BMW 3 Series Convertible (1,995 cc) would be equally eligible for the rebate as a working class owner of a 3rd hand Proton Iswara (1,300cc)!
This rebate targets people who own vehicles, but many of the poor, especially the hard-core, will not be eligible for these benefits but will suffer the impact of higher inflation anyway! This was not just expressed over teh tarik over the weekend, a couple of bankers were quoted in the papers today as saying with recent policy changes "more Malaysians could slip into the poverty bracket, if not below"!
My young friend here has an analysis that shows that key beneficiaries of this rebate policy include a particularly well connected investment bank, chaired by an infamous almost-Tan Sri! How consistent with past Lah-ist government policy!
Poeple are rushing for the rebates, despite the government saying they can do this over the course of the year. The reason? People are afraid Pak Lah will flip-flop again and cancel the rebate before they can get their money! Early signs here?
Implementation? Long queues, grouses over Post Offices running out of cash, but the minister is still smiling and declaring early success!
etc.
etc.
ad-nauseum...Yet again one ponders a question now so asked it's getting rather stale... can Pak Lah's government do anything right?

WASIAT RASULLULAH PADA SAIDINA ALI

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri


Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

YANG KU CARI AL-GHAZALI

Peringatan Iman Al-Ghazali

Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.

1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.

2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini? Kamujuga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan." Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah di sana.

(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)

MANGKUK YG CANTIK,MADU & SEHELAI RAMBUT

SEBUAH KISAH................


Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Sunday, June 15, 2008

HORMATI LAH RAKYAT,JANGAN TEHANA MEREKA

Untuk sesapa saja sifat hormat menghormati menggamitkan kasih sayang Allah.Makhluk Allah semua dilangit dan dibumi mendapat kasihsayang Allah sepenuhnya.Tidak tertinggal,dianugerahkan rezeki secukupnya.Walaupun menderhakaiNya Allah tidak lokek memberi mereka rezekiNya.Kekadangnya lagi derhaka lagi banyak diberiNya.....iaitu istidrat.
Melihat episod2 yang berlaku sekeliling kita kini , terlihat kasihsayang terhadap rakyat semacam dah terabai. Mereka ke hulu ke hilr mengejar rezeki , kais pagi makan pagi,kais petang untuk petang.Tidak mencukupi kekadangnya membawa rezeki untuk keluarga. Di telan sesuap dua untuk tersumat seketul taik di perut.Dan kini dibeban pula dengan harga naik barangan keperluan harian. Bila dengar ada 'rebate',berkejaranlah mereka berhimpit2 berbaris2 panjang di tengah terik matahari. Wahai yang berkenaan mengapakah membuatkan rakyat begitu sekali terhimpit .Jangan lah mengejarkan untung semata2,kemanusiaan patut di bela.Apa guna duit beribu billion di simpan,dan kekadang di sapu oleh penyangak2. Berbudi kepada rakyat,kerana tanpa rakyat di mana nya kita.Kita kembalikan rezeki rakyat kepada rakyat. Tak guna negeri maju , walhal rakyat papa kedana.................sakit,tak guna cakap.
Tolong hayati ksah di bawah ini :

KASIH SAYANG ALLAH S.W.T
Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
Wallahua'lam.

DARI POKET KIRI,PINDAH KE POKET KANAN

Aku memang setuju dengan pendapat Tun M bahawa cara kerajaan menangani masalah terkini adalah seperti memindahkan wang dari kocek kiri ke kocek kanan.Tapi perlu diingat juga semasa berpindah kocek itu berbagai kemungkinan boleh berlaku.Tercicir tu perkara biasa,dan dah banyak yang tercicir diserata tempat.Semasa perpindahan di samun dan dirompak.Dan itu pun dah maklum berlaku.Entah hilang ke mana saja.Dan tak sesapa pun bertanggungjawab nak trace balik ke mana hilangnya.Maklumlah bukan duit sendiri.Ekoran dari tak beramanah.
Dua hari ini nampak kekalutan di pejabat2 pos.Nak dapat wang rebate.Bukankah ini menambahkan masaalah lagi kepada rakyat.Terpaksa beratur berjam2 menunggu giliran.Terpaksa tinggalkan kerja.Terpaksa dan terpaksa.................Apakah lojiknya semua ini.Tidakkah ada satu jalan yang harus ditangani yang lebih memesrakan rakyat. Kalau pun nak naikkan minyak ,naiklah 10 sen . Dan sedikit saja rakyat menghadapi masaalah.Ini apa ke dianya ? Ke pejabat pos untuk rebate,kekedai runcit untuk subisidi beras,ke mana lagi aku pun tak tau. Semacam rakyat ni terlalu haprak,hingga di hayung ke sana ke mari.
Cuma nak mengejar keuntungan 13 billion katanya.........bukan aku kata.

Saturday, June 14, 2008

SAYUGIANYA, KITA MESTILAH BERAMANAH

AMANAH TELAH DIANGKAT

Dalam post aku tentang pembaziran wang rakyat yang berlalu membuktikan bahawa kita sudah hilang amanah kita.Oleh kerana itu orang yang terlibat tidak sedikit pun rasa takut ,malu,rasa terhina diatas perbuatan2nya.Bahkan mereka boleh hidup sedap lena di tilam empok,tak sedarkan diri bahawa segala makhluk Allah termasuk malaikat mengutuk mereka siang dan malam.,pagi dan petang.Mereka hidup gemuk dan sihat seperti kambing yang dimaki hamun orang kerana tuannya tak tambat dengan tali jerat.Berkeliaran makan tumbuh2an orang , dan berberak-berkencing di setiap bendul rumah orang.Bila gian kerabat tak kira malu untuk memuaskan nafsu serakah.

Dunia akan musnah bila2 masa saja dan di akhirat nanti kita akan diadili mengikut undang2 Al-quran , mengikut Al-Hadis Nabi saw.Kita tidak diadili mengikut undang2 Lord Reid,tidak juga undang2 Inggeris,tidak juga undang2 Singapura ,dan tidak juga undang2 Amerika atau apa saja undang2 ciptaan manusia.Semua dirujuk Al-Quran.Jadi mengapa kita memaling dari Al-Quran.Kita Cuma mementingkan tajjwid,kita Cuma mementingkan qariat,kita Cuma mementingkan taranum , tapi kita membelakangkan pelaksanaan.Bukan tajjwid tak penting,bukan qariat tak penting,bukan taranum tak penting.semua itu penting.Tapi Al-Quran diturunkan adalah untuk pelaksanaan.Amanah ini kita abaikan.Kita buat tak kisah.kita permudahkan hidup ini,kita merugikan diri.kita mendera diri sendiri,kita tak sayangkan diri sendiri,kita jadi sebodoh2 makhluk ,walaupun kita diberi akal.Akal kita berselut diselaputi oleh lumpur dunia,daki2 dunia ,dan najis2.Bukankah Nabisaw pernah bersabda bahawa dunia ini adalah seperti bangkai .Busuk,jijik,SHIT.

Nabi saw dengan sifat amanahnya ,dan semua Nabi diberi amanah telah membawa kita beragama sampai ke hari ini.Kita kata kita sayangkan Nabi,tapi suruhan nabi kita punahkan .Kita merayakan Maulid Nabi,Kita rayakan Maal Hijrah , tapi adakah kita endahkan suruhan dan larangannya.Hidup lebih dari 60 tahun,6 hadis pun tak boleh dihafal.Sepatutnya dah hidup 40 tahun,dah boleh hafal Hadis 40.Mandi junud baru belajar bila nak kawin.Doa makan murid pasti lebih pintar dari neneknya.Bukan apa nak menegur saja.Dah kakinya sebelah dalam kubur masih lagi tak menutup aurat.

Nabi saw dikenali sejak kecil sebagai Al-amin , kerana dia beramanah.Dia dipercayai oleh orang arab dan juga musyrikin Mekah. Abu Jahal,Abu Lahab percaya tentang Al-amin . Di zaman dulu orang2 arab tinggalkan duit pada Nabi saw ,kalau mereka nak berhijrah jauh2 ke Syam atau Madinah.Kerana masa tu tak dak bank .Dan Nabi saw akan serah kembali wang mereka bila pulang.Mereka tak tinggalkan wang dekat Abu Jahal atau Abu Lahab , walaupun mereka adalah JKKK Mekah.Mereka tak percaya pada Abu Jahal/Abu Lahab. Mereka bimbang bila balik nanti duit simpanan mereka menjadi abu.

Sejauh manakah peminpin2 kita beramanah ?

Friday, June 13, 2008

PEMBAZIRAN YANG RAKYAT PERLU BAYAR

BN’s Wastages That The Rakyat Has to Pay For



Posted by St Low
Friday, 13 June 2008
Whatever amount it is, you can bet it is COLLOSSAL! In the Time Asia magazine issue on March 15 2004, a South East Asian economist at Morgan Stanley in Singapore, Daniel Lian, figures “that the country may have lost as much as U$$100 billion (RM320 billion) since the early 1980s to corruption.” Mind you, this is only corruption and does not include wastages and mismanagement which would increase the amount!
If the above (which could have been money saved) is added to the nation’s coffers; together with Petronas’ profits; palm oil profits; and profits from rubber, tin, agriculture produce, aquaculture produce, electronic and hardware exports etc., for the past 5 decades, we can all agree on one thing - our country would be wealthier than Venezuela who has little resources except for oil. The petrol in Venezuela is RM0.16 per litre
The article below is a comment made by a Malaysia-Today reader named ez24get as a response to my article “Despite knowing, BN did nothing except remove oil subsidy” which was published by Malaysia-Today.
I believe the summary is concise and easy to understand. Enjoy.
Ez24get writes:

Looking at the list below, it looks like the BN government is more determined to help themselves rather than the citizens.
And this list below is hardly exhaustive as these are the ones uncovered so far – the tip of the ice-berg, if you will! What lies beneath could be much larger :-

1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit) wasted;

2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion);

3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s;

4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). (Eric Chia was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company.);

5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market;

6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam;

7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million);

8. Wang Ehsan from oil royalty in Terengganu amounting to RM7.4 billion from 2004 – 2007;

9. For the past 10 years since the Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million;

10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000; Shahrizat Abdul Jalil (Women and Social Development Affairs) RM404,726; and Abdul Hamid Othman (Religious Affairs) RM549,675 per annum;

11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment of which the breakdown of costs is unknown;

12. The commission paid for the purchase of jets and submarines to two private companies, Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million;

13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”;

14. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge;

15. RM100 million spent on the Parliament building for renovations and to patch up leaks;

16. National Astronaut Programme - RM 40 million;

17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million;

18. Eye on Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets;
19. RM4.63 billion ’soft-loan’ to PKFZ;

20. RM2.4 million on indelible ink;

21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. A RM380 million windfall for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hikes in 2008 alone;

22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to the Sarawak Chief Minister and his family;

Bailouts –

23. Two bailouts of Malaysia Airline System at RM7.9 billion. At a time when MAS incurred losses every year, RM1.55 million was used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office;

24. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion;

25. STAR – LRT bailout costing RM3.256 billion;

26. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million;

27. Seremban – Port Dickson Highway bailout costing RM142 million;

28. Kuching Prison bailout costing RM135 million;

29. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million;

30. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 Million ;

31. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under the guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits;

32. APs scandal that has been going on year-after-year going back for more than three decades, involving a mind-boggling sum of tens of billions of ringgit;

33. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial land and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgit;

34. Travel around Malaysia and see for yourself how many white elephants like majestic arches, roads paved with fanciful bricks, designer lamp posts, clock towers, Municipal Council buildings that look more like Istanas, extravagant places of worship, refurbishment of residences of VIPs, abandoned or under-utilized government sports complexes and buildings, etc! Combined they could easily amount to hundreds of billions of ringgit!

35. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits. In addition, there was much wastage and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of the Prime Minister only, we have absolutely no idea what the amount is.

Whatever amount it is, you can bet it is COLLOSSAL! In the Time Asia magazine issue on March 15 2004, a South East Asian economist at Morgan Stanley in Singapore, Daniel Lian, figures “that the country may have lost as much as U$$100 billion (RM320 billion) since the early 1980s to corruption.” Mind you, this is only corruption and it does not include wastages and mismanagement which would increase the amount!

If the above list (which could have been money saved) is added to the nation’s coffers and together with Petronas’ profits; palm oil profits; and profits from rubber, tin, agriculture produce, aquaculture produce, electronic and hardware exports etc, for the past 5 decades, we can all agree on one thing – our country would be wealthier than Venezuela who has little resources except for oil. The petrol in Venezuela is RM0.16 per litre!
Abdul Rahman Abdul Talib
www.malaysiawaves.com

Thursday, June 12, 2008

TENGGELAMNYA KAPAL YANG BESAR,kerana..................

Hari ni aku takdak mood nak tulis dalam blog aku.Berasa malas-malas saja,dan aku pun tak pikiaq pula apa tajuk ku.Begitulah kita ni macam air juga ada pasang surutnya.Ingat nak pi jalan-jalan sekeliling srengenge,kot-kot ada berjumpa sesapa yang boleh bertanya khabar.Mungkin tajuknya tak akan lari dari masaalah minyak .Tapi artrithis yang menyerang lututku tak mengizinkan aku berjalan.Dan sakitnya cukup menyiksakan aku.Mau tak mau aku duduk didepan pc ku juga. Aku redho dengan kesakitan lututku,dan kiranya Allah izin aku dapat melihat dosa-dosa yang dok keluar dari punca sakitnya.Itulah ajaran agama kita.Ada orang yang sakit lebih terok dari aku.Pak lah sakit,Tun M sakit ,Tan Sri sanusi sakit ,Mukhriz,Mokhzani dan beratus2 orang politik sekarang ni di serang sakit. Minda sakit,perasaan sakit,cita-rasa sakit dan segala uratnadi berkecamok melayani darah yang bergelora, ekoran dari tekanan2 yang tak tau dari mana yang syaitan humbankan. Bila berpikiaq begitu, aku ingat aku lebih selesa dan berada di tempat yang terselamat. Selagi kita sakit dan kita turut redho,insyaallah mengikut pendapat ulamak2 besar,malaikat akan menziarahi kita setiap ketika.Tapi sakit mereka2 yang ku sebut tadi tu, mereka redho ? Mereka tak,bahkan gelisah dan cuba mencari jalan menjatuhkan lagi musuh2 perjuangan mereka. Fizikal mereka mantap,duit depa banyak,mereka boleh gunakan kaedah apa saja.Kaedah kebohongan dan kezaliman adalah senjata utama mereka.Pemenrintah2 besar dunia dulu menggunakan kaedah yang sama juga , dan kita dah pun pelajari dari sejarahnya di bangku2 kuliah.Biarlah kat depa , itupun juga ketentuan dari Allah.
Bercakap pasai bohong dan zalim ni,aku rasa cukup gerun,kekadang seram naik bulu roma.Kalau nak berak pun rasa tersentot.Kalau nak berkencing pun tak terjadi.Ia membuat aku jadi takut2 macam phobia pada sesuatu.Macam2 jenis phobia yang manusia alami.Ada orang boleh phobia dengan cicak,lipas dan makhluk2 kecil yang lainnya.Lembu sepanyol phobia dengan kain merah.Dan zaman lani ,bolasepak UEFA , ada orang yang phobia.Dia phobia dan langsung tak boleh tengok pasukan pilihannya bermain,kerana takut kalah. Itulah hebatnya Allah mencipta makhluknya. Wah,kesingpangan ke bola pula............aku balik semula pasai bohong dan zalim. Aku jadi gerun bila Nabi saw bersabda,bahawa mereka yang berbohong dan zalim adalah bukan dari umat ku dan aku (Nabi saw) bukanlah nabi mereka. Bukankah itu satu tamparan yang cukup hebat. Kepada saudara2 yang membaca blog ku ini,ambillah peringatan dan beritau semua anak cucu kita............bukankah kita kini dibohongi dan dizalimi oleh pihak2 tertentu ? Awas,beritau kat depa. Tenggelamnya kapal yang besar,ialah kerana bocor yang kecil .
Wallahua'lam.

Wednesday, June 11, 2008

INGAT 7 PERKARA NI.....pesan wali teriqat

Suluhlah hati dan ingatlah 7 perkara di bawah ini..............satu pesannan wali tariqat :



· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Wallahua'lam.

DULU DUIT BERLANA BANYAKNYA...$$$$$$$$$$

Belum lagi merdeka,tahun 1950,Malaya cukup kaya dengan getah dan bijih timah.Harga melambong naik setinggi rendah sikit dari langit.Malaya pengeluar utama bahan2 yang disebut.Getah keping bernilai lebih dari dua ringgit sekati ( 3 ringgit lebih sekilo.).Sekerap 50 sen sekati . Itu semua nilai duit zaman itu.kalau tukar zaman la ni kena darab 10 kali. Bijih timah juga tinggi,aku dah lupa harganya. semua orang kaya dulu ialah tokey getah dan tokey bijih timah.Tapi malang kita belum merdeka.Duit getah dan bijih dikebas oleh pemerintah british dan bawa balik memakmurkan negeri depa.Negara kita terbiar.Lagi harga naik,lagi banyak untung yang depa angkut.Bila kita dah merdeka semua pendapatan tu dah tinggal hampas.Harga getah dah turun,harga bijih juga begitu.Dan bijih pun hampir habis digali mereka.Tinggallah telor kat kita.Nak nilai banyak mana telor Melayu.Nasib baik lepas tu Allah berikan kita kelapa sawit.kita boleh bertahan kerana masa tu kerajaan penuh amanah.Boleh membangun sikit sebanyak.
Kini dah 50 tahun merdeka,dan dicelah2 tu ,Allah anugerah pula minyak kat kita.kita untung besar.Duit belana banyaknya.Kita belanja ikut hawa-nafsu.Kita buat projek2 mega yang rakyat miskin tak tau nak rasa.Cuma boleh dilihat dengan mata.Rakyat dijaja,diangkut untuk melihat semua itu berbas2 berlori.Bila balik cuma boleh syok2 seketika saja,lepas kenalah buat kerja,kalau tidak perut akan lapar.Dan anak pun tak ke sekolah.Mereka cuma boleh mimpi gila di malam gelita.Kerana sesetengahnya belom pun lagi berap dalam kaca dan berair dalam besi.
Kita jadi boros tak tentu pasal,buat itu dan ini nak menunjuk2 kat sesiapa saja yang melawat ke sini.Tunjuk pada pemimpin2 di Afrika bahawa kita negara kaya.Negara maju.Hingga rakyat bloeh jagi angkasawan,boleh pusing dunia secara solo,boleh beranang di selat inggeris,boleh panjat gunung everest.Kita boleh Malaysia boleh.Kita tubuh orkestera filharmonic (betul tak sebutan ku) yang belanja gajinya ,lebih dari 3.5 juta sebulan.Dan ahli2 orkestera tu pula terdiri dari rakyat asing.Cuma namanya saja Malaysia,orang lain yang dapat duit.kita perabis duit.Kita buat Moonsoon cup,Kita buat mesjid kristal ( hingga kini kata tak dak orang nak sembahyang).kita buat perayaan yang besar2.Banyak lagi,banyak lagi.
Kini harga minyak tinggi , maknanya kita dapat untung besar,kerana kita negara pengeluar minyak. Tapi untung bukan rakyat dapat rasa ,tapi dapat beban tanggungan harga barang.Duit minyak tak tau macam mana depa urus.Naik harga 78 sen seliter,subsidi 30 sen seliter.Duit2 RM 3.3 billion kat terangganu pun lesap,tak tau haprak mana yang kebas.Parlimen pun tak tau bagaimana duit keluarmasuk petronas tu di uruskan.Itu duit negara,itulah duit rakyat,dan rakyat perlu tau pendapatan negara. Kalau kita tak tau,maknanya macam duit getah dan bijih di masa british dulu juga la. Zaman tak merdeka.Kalau dok macam tu rasa kering tengkak pejuang kemerdekaan dok menjerit'Merdeka,Merdeka,merdeka'. Aku dulu pun dok jerit juga.Tapi la ni aku jadi terkilan,sungguh terkilan.Kerana mereka dah hilang daratan,mereka dah dekat memasuki lautan.......ingatlah tiada daratan di lautan........jerong2 berkeliaran....mereka lapar,mereka lapar.

Tuesday, June 10, 2008

SELURUH RUANG BERBAU BUSUK BERDENGUNG.......ngung-ngung

SELURUH RUANG BERBAU BUSUK BERDENGUNG

Seperti biasalah aku setiap pagi selasa,pergi beli ikan dan sayur2an…..inilah saja pekan hari di tempat aku.Di sinilah juga tempat aku bertemu dengan kawan2 lama.Bertegur-sapa,menanyakan kesihatan masing2.Kalau ada berita mati,disinilah mudah dapat tau.Kalau ada kekawan yang sakit,disinilah mudah mendapat berita….disinilah juga aku dapat tau cikgu Ismail Teloi meninggal.Seorang demi seorang kekawan ku dah pergi,ini bermakna aku kekurangan kekawan.Kekadang teringatkan nasib diri,bila pula masa ku akan pergi.Mati itu sudah pasti.QULLUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Oleh kerana itu aku mesti bersedia,tapi untuk hidup aku harus berusaha sedaya-upaya ,kerana hidup juga adalah nikmat.Bukan kah nikmat kerana boleh ke pekan selasa untuk mencari rezeki Allah .Boleh lagi membuat pilihan apa yang nak di makan,supaya memudahkan berak dan melawaskan bila berkencing.Setengah orang tak boleh menilai bagaimana nikmatnya boleh berberak dengan mudah,dan kencingnya cukup melawaskan.Kencing dan berak cukup busuk,tapi nikmat bila ketulan SHIT dan air kencing dapat melalui lebuhrayanya dengan sempurna adalah satu kenikmatan yang sukar ternilai.

Kilang mengeluarkan hasilnya,ia ada ‘last produk’nya .Manusia juga ada ‘last produk’nya , dan ‘last produk’ manusia ialah berak dan kencingnya. Itulah nilai kita manusia,kalau tidak dengan amal dan iman . Amal dan beriman adalah kosmetik ternama yang perlu kita ada,supaya end produk kita yang busuk dan membusukkan itu dapat di rawat bersih dan wangi. Bukankah Singapura pun dah mula merawat air-kencing untuk diguna semula.Kenalah hidup waras,jangan berlagak macam Firaun,Qarun dan Hamman ,walaupun kita ada kuasa,walaupun kita berada berbillionwan . Jangan menyusahkan orang2 lain .Carilah kebahagian dari usaha sendiri.Jangan cari kebahagian dengan menyusahkan orang lain.Kalau duduk di atas tengoklah ke bawah.Bila senang perhatikan rakyat2 yang susah yang hidup merempat kesusahan di atas kenaikan harga barangan ekoran dari kenaikan harga minyak..Janganlah tunjuk lagak,bereskan masalah.Ini menambahkan masaalah.

Kalau hangpa ( kepada yang berkenaan) kaya , kalau hangpa (kepada yang berkenaan ) senang , secalit taik pun aku tak tersentot . Tapi kalau rakyat resah-gelisah, tanpa sesuap makanan ,aku akan “berlangsuyar” di alam ini selagi ada nafas berbaki…..walaupun masih bernyawa ikan , aku mau rakyat boleh berberak dengan mudah, dan berkencing selawas2nya. Taik ku hanya akan tersentot bilamana……… dapat melihat begitu banyaknya taik dan kencing rakyat……biarlah busuknya memasuki setiap lubang hidung.Kebusukan dan kehancingan biar meruap memenuhi alam angkasa.Dan tembakan kentut memekakkan lubang telinga.

GELETEKLAH LUBANG TELINGA,BIAR SAKIT JIWA DAN AKHIRNYA GILA.

Monday, June 9, 2008

ARE U NORMAL OR ABNORMAL ?

Chit-chat dengan seorang doktor perubatan aku dapat maklumat bahawa manusia jadi normal kerana meminum air kencingnya semasa dalam kandungan ibu.Dan semasa kecil dulu aku juga diberi tau oleh orang2 tua,kalau nak jadi cerdik kena makan taik....bukan taik manusia,tapi taik minyak.Orang sekarang dah tak kenai taik minyak.Ia ialah hempas minyak tanak.Memang sedap dan enak bila dimakan bersama nasi panas,lebih2 lagi di masa hujan lebat.Santan nyior yang baru ditanak sehingga masak mengeluarkan taiknya ( hempas ) yang aroma baunya cukup menyenangi lubang hidung.Kalau lubang hidung diserang oleh resdung ,mungkin tak rasa haruman baunya.
Balik kepada air kencing tadi........semasa dalam kandungan, janin menelan air kencing sendiri.Air kencing itu berkitar pergi dan balik.Minum-kencing,minum-kencing,haa jadi begitulah ajaibnya kejadian kita.Hanya Allah yang tau.Kalau proses itu tersekat,bayi yang dilahirkan jadi abnormal.Penyakit abnormaliti ini diberi nama OLIGOHYDRAMNIOS , iaitu tak cukup bendalir amnion . Aku pun tak pandai cerita lebih panjang,kerana perubatan ni bukan kemahiran aku. Doktor tu boleh cerita kat aku panjang lebar dengan istilah2nya dalam bahasa Latin yang aku pun tak paham.
Sesekali aku pikiaq , sebab tu orang2 yang sikit abnormal tu suka makan yang kotor2 , tapi tak mendatang penyakit pada depa.Apa hikmah tuhan buat kita tak tau. Mereka pengotor tapi tak sakit.Binatang2 pula makan makanan yang terdedah dengan kekotoran.Itu pun hidup gemok2.Tapi yang paling kotor ialah kotor batiniah.Manusia ni kalau batin kotor....wallahuaklam.La ni banyak sangat benda2 kotor, politik pun jadi kotor......bukan politik , tapi budaya berpolitik dah cukup kotor.Bila budayanya jadi kotor , yang depa kejar turut jadi kotor........kejar duit,duit kotor. Kejar pengaruh,pengaruh yang kotor.Kejar-mengejar yang kotor2. Umpamanya rasuah,kezaliman,tipu,bohong; sebutkan saja yang mazmumah2 tu semuanya ada.Kekadang pula mereka kencing sana,kencing sini ( buat masalah ).Ingatnya ubat yang mujarab,depa kena minum air kencing.
Maaf ya, aku rasa nak terkencing.

Sunday, June 8, 2008

MAKAN SAKAT UPAYA TARIK KAIN SELIMUT

Selagi perut lapar rakyat tak akan dok diam.Yang lain aku ingat takpa lagi.Depa tak perlu tukar pakaian sokmo.Sekali beli boleh beratus kali pakai.Losyen muka memadai dengan bedak sejuk saja.Nak menghilangkan gatal kurap boleh gosok dengan daun gelenggang , yang belambak tumbuh di segenap semak-samun.Sakit sikit2 boleh sabar,boleh guna ubatan tradisional.Doa dari ayat-ayat suci juga mustajab,cuma orang kita tak yakin.Tanggungjawab terhadap agama pun tak tunai,macammana bisikan ayat-ayat suci boleh bersekongkol dengan diri si penyakit.Badan kita kotor,bagaimana yang suci boleh berdamping.Pasai tu bila jampi tak jadi.Sasarannya kotor.Apa lagi,semuanya boleh cari alternatifnya.Kerajaan pun boleh cari,cari kerajaan alternatif kalau yang lama tu kurap,membazir,tak cekap.Mudah saja,macam orang dok tukar isteri atau tambah isteri ( macam kerajaan campuran).Cuma pastikan ia halal.Jangan tipu macam SPR dok buat.Bila ada unsur tipu,habis jadi haram.Elaun wakil2 rakyat pun jadi haram.Seharian guna duit haram.Sapa nak tanggung ? SPR nak tanggung ? Kita semua pasti mati.QULLUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT.
Manusia bila lapar,berbagai kemungkinan boleh berlaku,dan kemungkinan itu ada saja di mana-mana.Dengan kos harga barang makan meningkat,rakyat kerdil tak mampu menyuap yang mahal,lebih2 lagi yang berkhasiat.Kesihatan mereka akan menurun.Keupayaan mereka bekerja meleset kerana tenaga hilang.Setakat gatal kurap boleh juga bergaru sambil membuat kerja.Setakat nak berak pun tak boleh kerana perut kosong,apa ke hei ni ? Masa tu berak pun tak dak dengungan kentutnya. Angin pun tak menjadi dalam perut kerana bahan bakarnya kurang. Kalau makan petai,bau petainya boleh terlucut keluar melalui lubang ajaib. Begitu juga kalai makan biji cempedak,lagi banyak gasnya.Terkemut2 lubang ajaib kontrol supaya kentut tak berhimpit2 nak cari lubang keluar. Kalau nak kemut2 pun tak boleh , habis terhembur keluar bersama2 lelendir yang masih sikit terlekat kat dinding usus perut.Ini bukan cerita kotor,ini benar.Hangpa semua pun pernah mengalamani sakit perut masa zaman mewah2 dulu.
Jadi kesimpulannya kerana aku tak mau panjangkan cerita ni.Kalau panjangkan lagi,lagi sasau aku dibuatnya.Nanti orang tuduh ku blogger sasau.Aku tak marah,panggilkan apa saja yang hangpa suka .Tapi yang aku marah,ni lah kesimpulannya, yang ku marah ialah bila rakyat cuma boleh makan sakat upaya tarik kain selimut.........dan rakyat masih boleh berkentut ,biarpun terkemut2.......semasa itu kentutnya tanpa bau dan tiada bunyinya lagi.......
What a fart.

E-MAIL AKU KAT AZIRAN MAJID..... nanda cum cousin

just for keep.........kan nostalgia tu satu aroma kesihatan?




waalaikomsalam,

Didoakan semoga 5 beranak dalam penuh kecintaan Allah.
Dunia la ni cukup kalut,tak seperti dunia pakcha dan pak jid,mak mah dan mak wan dulu.
Hidup dulu walaupun tak dak banyak kemudahan tapi kami cukup contented...alhamdullilah.

Sembang pasai gerek,pada pak cha dan pak jid ,wah cukup nostalgic.Pak jid pernah kayoh gerek pi KL.Berulang-alik ke sekolah cepir dgn gerek sebelum dia beli Norton.Dulu pak cha ngaji di Sungai Petani.Kalau balik hujung minggu kayoh gerek.Masa tu tayar tak meletup.Tahan lama.Tayar la ni dok saja2 pun meletup.

Pak jid ngajar di cepir,pak cha ngajar di geniang.Pak jid naik gerek,pak cha jalan kaki.Sampai dekat 3,4 batu baru bas lalu.Naik bas ke geniang.Save tambang sekupang sehari.Tambang sik/geniang 25 duit.....kesihatan masa tu tiptop.Excercise cukup.Dulu majoriti cikgu pakai Vespa....cikgu mail kotor pun pakai vespa...kah,kah,kah.

Mak Mah dah pulih lebih dari 60 persen.Insyaallah dengan izinNya dia akan semboh.Dulu tak habaq awai tu tak mau kalut2,orang tua2 ni dia pkiaq berlapis2.Pak cha pun begitu semasa mak wan buat operation.Miswan di kelantan dan Ihsan di selangor pun tak habar.Dah lega baru habaq....depa pun nak marah juga.Pak cha bagitau kalau hangpa tak balik pun sakit akan lega.Tapi kalau mati kena habaq ,pasai mati tak hidup kembali.

Dok lah di sana,rezeki anakanda di sana....dok Sik pun bukan ada kerja yang sesuai dengan kelulusan anakanda.....kita bersabar dalam segala hal.kita hidup didunia adalah tempat kita menerima ujian Allah.Kalau kaya pun ujian,kalau miskin pun ujian,kalau sihat pun ujian,kalau sakit pun ujian.Semuanya ujian........pasai tu P.Ramlee kata CUBAAN,CUBAAN,CUBAAN..........ITULAH SEBABNYA KITA DIHANTAR KE DUNIA

Sebagai orang Islam kita harus hidup optimistik , kerana kita di sediakan surga.Beramallah,berusahalah ke arah kesempurnaan iman dan amal.Kita akan mati sekejap saja,kemudian akan hidup selama2nya.Mati adalah satu nikmat,kerana asbab mati kita dapat bertemu dengan kekasih kita Allah-azzawajala........nikmat yang paling besar ialah bila dapat bertemu dengan Allah.Kelazatan melihatNya adalah tak terkata.

Bertemu lagi,wassalam.

IN RINGGIT MALAYSIA ?.......CORRECT,CORRECT,CORRECT

Inilah harga minyak negara pengeluar : cuba bandingkan.


UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter
Bagaimanakah harga pengeluar minyak-Malaysia? - RM 2.70/liter

Ngapa banding dengan Thailand dan Singapura ?

Saturday, June 7, 2008

MODAL INSAN HIJRAH KE MODAL MAKAN

Tadi kawan ku mai ke rumah just for chit-chat.Apa lagi yang nak cakap,pasai minyak juga yang jadi fokus.Dia keluar nak beli beras.Dulu dia makan beras yang harganya RM20 , 10 kilo.Lepas tu bahan tersebut naik RM 28 bila beras kurang dalam pasaran.Tapi selepas kenaikan harga minyak,dia mai nak beli tadi,harganya melambong ke RM 44 .....aduuuhhh,sakitnya telinga aku mendengarnya.Itu pun dia tak sebut harga barang2an yang lain.....kalau tidak bukan telinga saja yang sakit,tapi seluruh badan akan menggeletar.

Modal untuk makanan kalau terlalu tinggi boleh menjejaskan kesihatan rakyat.Kerana kurang mampu membeli bahan2 yang berkhasiat.Ini akan menelorkan berbagai penyakit,dan keupayaan mereka bekerja juga turut terjejas.Dan kalau rakyat lapar berbagai2 gejala buruk sosial juga akan terjelma.Mencuri tu perkara yang terkecil.Yang paling takut mereka sanggup membunuh untuk mendapat makanan.Minta dilindungi Allah dari segala itu.
Mula2 nak selesaikan satu masaalah saja,tapi berpuluh2 masaalah yang timbul.Satu langkah yang kurang bijak.Bukankah think-tank kita tu banyak,pasti mereka boleh buat pemilihan langkah2 yang lebih bijak.Biarkan saja kabinet tu ,kerana mereka orang poliltik .Mereka perlukan sokongan minda think-tank yang pakar , supaya tak pengaruh dengan gaya frustrasi ekoran dari PR 12,8 Mac. Mereka2 inilah modal insan yang perlu kita permodalkan.
Modal insan hilang entah ke mana,yang sedang dicari ialah modal makan.

Friday, June 6, 2008

TSUNAMI MINYAK

Kata2 Abraham Lincoln : To sin by silence when they should protest makes cowards of men.
Rata2 aku pi jalan dan sambil makan kenduri,kerana tiap2 hari ada kenduri,aku dapati rakyat cukup sakit macam ayam kena hawar.Yang banyaknya sakit hati,nak marah2 saja kerana kenaikan harga minyak.La ni semua perkara bergantung dengan minyak.Belacan nak diangkut pun dengan lori , semua nak guna lori.Nak gi kerja pun guna minyak.Nak buat kerja pun ada benda2 nak guna minyak.Nak angkut taik dalam lori pun guna minyak.Taik tak boleh dilarikan air seperti orang2 dulu berak dalam parit atau sungai.Dari awal nak menyambungkan hayat kita mostly kita berkehendakkan minyak.Jadi minyak mahal,semua jadi mahal.Yang belum kawin tu jaga2 kerana nilai anak dara juga akan naik....mampuih hampa nak kena kampoi,cari duit.
Oleh itu kalau harga minyak naik 41% , makna pendapatan kita turun 41%.Yang gaji 1000 tinggal 600.Itulah kaedahnya kerana semua bergantung kat minyak.Pakai motor dapat subsidi RM 150. Gaji turun 400 tolak 150=250.Jadi kita masih lagi kekurangan 250 ringgit.Tu tak kira perbelanjaan lain2nya.Kepada yang bekerja jauh,takkan 150 ringgit tu cukup dalam setahun ? Belanja yang lainnya pun naik juga . Jadi subsidi itu boleh mengabui mata pada sesetengah rakyat yang buta ekonomi.Itu yang makan gaji.Tak kan semua gaji 1000,ada yang gaji bawah paras bahaya.paras yang dah pun nak lemas sebelum harga minyak naik.Tengok rakyat di Afrika yang kurus-kering dan perut buncit pun kita dah tak tahan merasai deritanya mereka.Takut nanti rakyat kita juga akan mengalami sedemikian.Mungkin terjadi kerana nurition makanan yang rendah nilai . Nak beli makanan berkhasiat dah tak sampai tangan.Nanti tengok pemimpin semua boroi2 tapi boroi mereka boroi kelas satu.Rakyat boroi entah kelas ke berapa.
Aku tak mau cerita yang pendapatan tu lebih dari 1000.Mungkin mereka boleh bertahan sikit,itupun kalau mereka pandai adjust diri mereka.Perangai manusia ni bukan sama , ada yang berlagak lebih.Lebih2 lagi orang Melayu,maaf cakap.Orang kampong pun semasa getah mula naik harga dulu pun dah nampak celorengnya.Bukan nak menyimpan,memboros saja.Bukan nak menuris lebih banyak lagi , supaya dapat lagi banyak.Sekali jual dapat 700/800 ringgit,releks cuti sampai 2/3 hari,sampai duit tu habis baru mula pi ke kebun pula. Belanja pun tak teratur,hisap rokok tu berhubung puting.Tok Mufti dah kata haram,depa buat tak kisah.Merokok tu haram.Pasai tu macam2 bala dok bergilir ganti.Harga minyak ni pun bala . Maksiat sekeliling pinggang , macam mana nak dapat nusroh dari Allah.Nak harap islam hadhari ?......phoorahh.

KENYATAAN DATO' MUKHRIZ TUN M

Kenyataan media Dato’ Mukhriz Mahathir mengenai pengumuman kenaikan harga runcit petrol
KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
Saya rasa terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos.
Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.
Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga..
Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi. Seperti yang kita lihat, keputusan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada rakyat. Golongan peniaga dan pedagang pula mengalami ketidak ketentuan yang merumitkan perancangan untuk perbelanjaan perniagaan mereka.
Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berjaya menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara, dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.
Saya juga terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini menggesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah meningkatnya kos sara hidup pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

Wednesday, June 4, 2008

MINYAK NAIK,DARAH PUN NAIK

Menipu itu satu dosa.Yang herannya orang cerdik pandai yang menipu.Yang ada kuasa juga menipu.Kalau tak takutkan dosa gitulah jadinya.Minyak dikatakan akan naik pada bulan Ogos,tapi diawal Jun sudah melambong.Habis semua naik darah.Semua kena tipu.Dulu tipu pasai tarikh pilihanraya.Dah terlalu banyak tipunya.Dulu Nabi Adam alaisalam juga di tipu disurga oleh iblis.Hingga akhirnya diarah keluar dari surga.Sekarang kuncu2 iblis terlalu banyak di dalam dunia untuk menipu sekalian manusia.Kita masih tak sedarkan diri.

Esok semua akan naik harga,pasai belacan pun kena naik lori.....aku dah meluat nak tulis,nanti aku tulis berbagai2 lagi,buat rugi masa aku saja.Lebih baik aku bertawajuh kepada Allah pohon restuNya supaya berikan terbaik pada rakyat Malaysia,dan berikan pukulan maut kepada yang suka menipu rakyat,memperbodohkan rakyat.Doa yang dizalimi selalunya mudah dimakbulkan Allah.........amin.

Kalau tak boleh tolong rakyat,kita jadi polong.
Mai kita pikiaq macam mana nak atasi orang 'berpenyakit'.Tau tak sapa yang 'berpenyakit'?
Dulu pernah bercita2 jadi bomoh nak merawat Kelate.Depa tu la.
Rakyat pula kena sedar,jangan dok bangang selamanya.......Bodolah.

They have promises,but without delivery.
Hanya manusia boleh membinatangkan manusia,because they got brain to SHIT.

WELCOME TO SRENGENGE......THERE IS UTOPIA.

A DOG IS MEN BEST-FRIEND

Di barat anjing cukup akrab dengan manusia.Anjing jadi best-friend.Manusia dah bukan sahabat lagi.Banyak kawan mainkan kawan.Tak pernah manusia berperang dengan anjing,tapi berperang sesama manusia tak pernah tamat.Buat senjata bukan nak tembak tupai , tapi nak bunuh manusia.Manusia bukan lagi wibawa tapi terbawa-bawa.Kerana terbawa-bawa , manusia jadi tak keruan. Dah hilang identiti dan hilang nilai2 kemanusiaan kekadang sampai ke tahap kehaiwanan.Banyak manusia dah jadi bangang.Yang terbaik dah jadi terbuang,dan yang terbuang pula dari golongan terbilang.Malah yang terbuang pula dari yang terbaik.Kecoh politik menjadi puncanya.Politik memecah-belah antara manusia.Budaya politik lah yang selalu aku persalahkan.Dalam Islam wajib berpolitik,kalau tidak bagaimana nak tegakkan hukum2 Allah.Tanpa politik tak boleh menegakkan government untuk tunaikan segala hukum-hakam Allah. Tapi kerana manusia berpenyakit ,kurang IQ,kurang emotional Q , fizikal Q pun dah banyak,dengan kencing manis ,darah-tinggi dan yang lain2 termaklum. Sehingga akhir ni nak pi keMekah pun kena Q (queue).
Sekarang musim orang kecewa , terlampau mengharapkan pada manusia . Minda manusia dah jadi mandul , lupa tentang keujudan Allah . Sembang pasai anjing ,anjing pun boleh masok surga . Anjing di dalam surah Al-Khafi kerana loving,caring dan sharing dengan pemuda2 yang melarikan diri dari raja yang zalim. Yang menggerakkan dunia ni kerana kegilaan.Genius people are mad,but not all mad people are genius.Kena cakap berfalsafah sikit,kalau tidak kita akan jadi sampah.
Dalam Al-Quran terdapat banyak cerita2 binatang supaya manusia mencari falsafah ceritanya.Kalau tidak manusia yang mulia menjadi hina,manusia yang kaya menjadi miskin dan manusia akan dipermain2kan oleh dunia.Dah lama minda manusia jadi mandul.Minda kucing lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Kucing yang suka makan ikan tak pernah ajar anaknya berenang menangkap ikan.Cicak yang tidak bersayap,makanannya unggas2 yang berterbang.Manusia yang diberi akal tapi dah tak menggunakannya.Manusia bermesra dengan nafsu,bergelumang dengan najis2 syaitan .So man is no more a best-friend,but a dog...........uuooph...uuooph.....uuooph.
Hargailah martabat manusia............khalifah Allah di bumi.

Monday, June 2, 2008

SO,SAY WHAT ?

APA NAK DIKATA

Aku rasa mabok2 dan loya macam pompuan mengandung bila membaca ; suratkhabar ka ,majallah ka , surfing ke blog2 yang ratusan banyaknya ka dan…dan……………………Pasai apa ? Pasai ceritanya berpaut pada gelagat manusia kita di Malaysia tak habis2 bergadoh lepas pilihanraya 12 . Tiada ada muafakat dalam menyelesaikan masaalah . Sorang kata lagu ni,sorang kata lagu tu . Berlapik dan bertapak pada ego sendiri-sendiri .Dulu aku pikiaq bila banyak manusia tu cerdik ,dapat masuk university,belajar tinggi melangit,negara akan makmur dan stabil . Tapi sebaliknya pula terjadi . Lagi banyak yang cerdik , lagi banyak pula haflahnya. Karut-mengarut dan sifat mazmumah dah menonjol di setiap juzuk2 hati .Kadang2 rasa meluat pada bangsa sendiri .
Bila sebut Melayu kita di sini otomatiklah jadi Islam. Sebagai Islam setiap hari dok baca Fatihah dalam sembahyang 17 kali . Kalau sembahyangnya lebih, lebihlah kalinya jadi beberapa kali . Tapi kita tak menghayati apa yang terkandung dalam Fatihah tu . Kalau faham Fatihah tu , insyaallah kita tak jadi merapu-rapu.Kita mudah sedar diri sendiri dan mudah kenal diri orang lain . Bukankah kita ni dari satu jenama ? Tapi maklumlah manusia mudah terpengaruh dengan syaitan , milik syaitanlah hati kita dan nafsu kita.Dalam darah,dalam lendir,dalam urat.dalam daging,dalam air kencing yang hancing,dalam taik yang busuk,malahan dalam otak dan minda habis bergelumang para syaitan dan iblis. YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI SYAITAN YANG DIREJAM.

Oleh itu aku harap orang Melayu kita khasnya boleh menghayati 7 ayat Fatihah tu dan sekaligus insyaallah boleh merangkumi seluruh suruhan Allah dalam Al-quran.

Jangan mudah menafikan tanggungjawah kita terhadap Allah.Jangan mudah mematikan rasa, rasa pengabdian, rasa hamba kita kepada Allah. Sebarkan seluruh 7 ayat Al-Fatihah dalam diri kita. Biar ia mengalir bersama2 darah…..amin.

DARI ALLAH KITA DATANG,KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI.
PLEASE STAND-BY.

Sunday, June 1, 2008

SECEBIS DARI SANUSI JUNID.....petikan dari harakah

Jadi menteri atau menteri besar bukan payah sangat, Kalau Perdana Menteri nak saya jadi menteri, jadilah. Kita pakai 'bush jaket' yang baru. oklah. Kita ada 'civil service' yang bagus malah terbaik di dunia.
Sekarang imej Melayu cukup busuk. Jadi hakim pun, hakim tak berguna, perempuan kita macam Suffiah, terpelajar tapi jadi pelacur. Jadi menteri pun dikatakan rasuah.
Keputusan di Kedah ketika itu tidaklah seburuk mana tetapi Parlimen Umno kalah banyak. Adalah tidak adil saya tunggu, jadi saya letak jawatan. Lebih baik serah pada orang lain. Orang yang dah melalui kekalahan walaupun tidak seteruk sekarang lebih baiklah berundur, selayaknya dia berhenti. Jadi ikutlah cara saya.
Sekarang mana ada isu mata lebam Anwar lagi, tetapi kerana perpecahan di kalangan orang India serta Hindraf, perpecahan orang Cina terhadap MCA, di Pulau Pinang isu Patrick Lim, juga merebak perasaan marah kakitangan awam orang terhadap penyapu di Selangor. Yang menyeluruh ialah faktor orang meluat pada Tingkat 4. Campur ini semua kita kalah.
Saya juga nampak ada kecenderungan Abdullah untuk menunjukkan kepada pihak luar bahawa kita berubah.
Sedangkan PAS tidak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang. Hanya yang berubah ialah pemimpin dan 'style' pemimpinnya saja. PAS masih berpandukan pada al-Quran dan Hadis itu jugalah, tidak berubah. Dulu pun Mat Sabu itu juga, sekarang Mat Sabu itu juga. Dan PAS menang sebab Umno dah berubah. Bukan saja pemimpinnya berubah, Umno juga turut berubah.
Tunku Abdul Rahman, bila orang tak mahu padanya, dia berhenti. Dato' Onn tahu orang tak mahu dia, dia berhenti. Seluruh lima buah negeri dan Wilayah Persekutauan dan Negeri Sembilan hampir kalah dan di Johor ada undi rosak 322,000. Adakah ini masih tidak ada signal lagi?