Saturday, June 7, 2008

MODAL INSAN HIJRAH KE MODAL MAKAN

Tadi kawan ku mai ke rumah just for chit-chat.Apa lagi yang nak cakap,pasai minyak juga yang jadi fokus.Dia keluar nak beli beras.Dulu dia makan beras yang harganya RM20 , 10 kilo.Lepas tu bahan tersebut naik RM 28 bila beras kurang dalam pasaran.Tapi selepas kenaikan harga minyak,dia mai nak beli tadi,harganya melambong ke RM 44 .....aduuuhhh,sakitnya telinga aku mendengarnya.Itu pun dia tak sebut harga barang2an yang lain.....kalau tidak bukan telinga saja yang sakit,tapi seluruh badan akan menggeletar.

Modal untuk makanan kalau terlalu tinggi boleh menjejaskan kesihatan rakyat.Kerana kurang mampu membeli bahan2 yang berkhasiat.Ini akan menelorkan berbagai penyakit,dan keupayaan mereka bekerja juga turut terjejas.Dan kalau rakyat lapar berbagai2 gejala buruk sosial juga akan terjelma.Mencuri tu perkara yang terkecil.Yang paling takut mereka sanggup membunuh untuk mendapat makanan.Minta dilindungi Allah dari segala itu.
Mula2 nak selesaikan satu masaalah saja,tapi berpuluh2 masaalah yang timbul.Satu langkah yang kurang bijak.Bukankah think-tank kita tu banyak,pasti mereka boleh buat pemilihan langkah2 yang lebih bijak.Biarkan saja kabinet tu ,kerana mereka orang poliltik .Mereka perlukan sokongan minda think-tank yang pakar , supaya tak pengaruh dengan gaya frustrasi ekoran dari PR 12,8 Mac. Mereka2 inilah modal insan yang perlu kita permodalkan.
Modal insan hilang entah ke mana,yang sedang dicari ialah modal makan.

2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Yang paling kesian adalah orang2 kampong yang sememangnya berpendapatan rendah. Siapa nak bela ida orang ni? Nasib tak terbela.

Unknown said...

Memang sangat melampau harga beras drp rm28 boleh naik sampai rm44. Saya teramat kasihan pada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan langsung tak fikir kesan pada mereka. Kekayaan negara melimpah limpa dibazirkan oleh mereka. SUKMA di trggnu menelan belanja puluhan juta ringgit. Tak perlu buat apa2 acara sukan, yang penting nasib rakyat terbela. Pemerintahan pak lah cukup lemah, pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Sebagai negara pengeluar minyak kita sepatutnya bersyukur bila harga minyak di pasaran dunia meningkat kerana keuntungan yang negara kita peroleh juga meningkat. tetapi sebaliknya yang berlaku. kerajaan sepatutnya telus dengan mengumumkan berapakah keuntungan petronas setiap tahun. Saya cukup kecewa dengan pemerintahan kerajaan sekarang.


-insankecewa-