Obesity ialah penyakit rakyat Malaysia.Majoriti boroi2 belaka.Sejak kecil dah ada yang boroi.Katanya itulah kemewahan.Kemewahan membawa padah. Peratusan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi cukup tinggi.Kalau dihimpun dah sampai mengjangkau terkeluar orbit.
Perut semua terik2 belaka , buncit macam tempayan budu.Buncit terik mengening,Kalau di jentik bunyi macam A minor : teng,teng,teng.Negara kita mewah.Ada banyak makanan.Nak makan apa saja , macam2 ada.Babi cukup banyak.Tiap2 malam aku terpaksa hambat babi.Babi dah mula masok kampong.Orang bukan Islam pun dah kurang makan babi.Pasai tu depa tak mai pasang perangkap.Kami panggil chiding.Aku perhatikan babi pun buncit2 perutnya.Kalau jentik mungkin bunyi b flat.Perut sarat mengening.Ibu babi boleh mengandung berbelas ekor anak.Babi makan apa saja.Lagi busuk cukup berselera dia.Terlampau nak marah kat babi.Senang saja,Cuma maki babi.Kawan ku seorang berbangsa Cina , tak marah kalau aku sebutkan dia gemok macam babi.Tapi orang Melayu jangan.Dia akan belasah kita.Orang Melayu cukup pantang dengan babi.Tapi ada juga orang Melayu mengidap penyakit gila babi.
Gila babi bukan saja ditujukan pada penyakit , tapi juga pada keadaan2 tertentu , suasana tertentu ,pada isu2 yang tak senonoh. Kita sebutkan juga gila babi.Waktu harga minyak naik ni juga ,aku dapati ada orang sebutkan ‘minyak naik,gila babi sungguh’. Lain2 ungkapan ,’gila babi punya kerja’ , ‘ musim gila babi’ , ‘harga naik bergila babi’ dan lain2 yang lebih kotor dan tak perlu aku sebutkan.
Kita harus kurang bercakap sekarang , kerana dengan banyak bercakap kita akan membabi bahasa kita . Nak kena memartabatkan bahasa supaya bahasa di lihat indah. Biar merah macam buah saga. Kita boleh berbahasa dengan adanya lidah. Dan lidahlah yang membuat banyak dosa.Kena kawal lidah kerana ia cukup berbisa . Ia lembek dan tidak bertulang . Dalam dewan ,dalam parlimen , lidah cukup ganas dan bermaharajalela.Semua itu akan tercatat dalam buku amalan kita . Rugilah mereka2 yang segala ucapan tergelincir dari lunas2 kemanusiaan. Sekarang depa bangga,tapi nanti mereka akan melihat kerugian yang nyata. Kerana banyak bercakap,banyaklah salahnya. Banyak salah , banyaklah dosanya. Banyak dosa , nerakalah tempatnya……nauzubillah.
3 comments:
Dear pak cha,
Negara kita ni pun dipenuhi dengan pemimpin2 'babi'.
Yang memfitnah anwar itu adalah 'kepala babi'!!
Sebelum kita bersihkan kampong drp serangan babi, kita bersihkan dulu negara kita drp pemimpin2 'babi' ini. Ternyata mereka lebih bahaya drp babi yang di kampong ini.
Thanx pak cha for the 'babi' artical.....
Sdri nurfariha,
Memang ada jenis berbabi yang membabikan . Keperbabian mengisi onak dan duri dalam setiap juzuk2 dan membabikan yang tidak berbabi.
Nabi Isa as akan turun , dan antara tugasnya ialah membunuh segala babi .
Elok sgt lah dibunuh semua babi ni...
Post a Comment