Monday, June 30, 2008

ESCAPE FROM THE TREMOUR OF BAD SMELL

We live in difficult times.Hidup jadi sesusah2nya.Tiada kedamaian.Macam hidup dicelah2 haiwan.Aku cuba lari dari suasana yang tak menentu ini.Busuk,jijik.Lepas satu bala,dua-tiga lagi muncul secara tiba2.Yang lebih ganas,lebih haprak.Ia datang mendadak juga,dan aku tak berupaya menutupi telinga dan hidung ku.Tak dapat memejamkan mata , otak ku berpuing2.Kemana yang harus ku lari.Cukup membosankan dan cukup frustrated sekali.Dulu guru merentas jalan.Dulu guru membimbing.Dulu guru mendidik.Dulu guru mengajar.Dulu guru juga berpolitik.Guru dulu adalah segala2nya.Tapi kini tugas guru hilang dicelah2 kegairahan mengejar dunia,mengejar harta,mengejar pangkat,mengejar pengaruh,mengejar neraka.Guru hilang fungsinya.Cuma ajar tulis dan baca.Tak dak sapa nak dengar leteran guru.Guru terpaksa membisu.Orang politik yang di sanjung,dan orang politik juga di kutuk.Orang politik sanjung orang politik.Dan orang politik juga kutuk orang politik.Orang politik juga hina orang politik.Orang politik juga fitnah orang politik.Kerana nak cari pengaruh,kerana nak kekalkan kuasa,kerana nak bolot kekayaan,kerana nak jadi king of kings.Terlalu banyak sangat dirty tricks departments.Kekiniannya aku melihat politik kita tercorot.bukan lagi boleh digahkan lagi.Pasai tercemar dengan berbagai kekotoran.Menoleh ke belakang,melihat sejarah Melaka.Sejarah kerap mendua kalikan.Aku cuma membuat andaian : Orang Melayu tak pandai memikul kuasa.Orang Melayu tak pandai belajar dari sejarah.Membuka Al-quran,aku dapat belajar sejarah manusia.Banyak sejarah manusia yang Allah paparkan untuk kita.Tapi kita tak pandai belajar,kerana kepala hotak kita busuk dan jijik........demi masa manusia adalah dalam kerugian.Kerana mengejar dunia yang sedikit,kita lupa daratan dan lupa asal-usul.Kita lupa diri.Kita lupa dari satu rumpun.Benarlah apa yang Tun M katakan.Melayu mudah lupa.Namun dia sendiri pun kekadang lupa bahawa penyokong2nya dulu tak lupa.Sebab tu dia di belasah juga bertubi2,walaupun dia ada juga jasa2nya pada mereka.Mereka juga lupa bahawa dia pernah memberi jasa pada mereka . Tapi oleh kerana cuaca busuk dan jijik diserata-rata , tidak sapa boleh lari dari menghidunya. Terakhir ini , drama liwat pasa kedua bermula pula. Heran sungguh orang kita ni ,tak serik2 dengan menggadaikan hukum Allah.Syok cuma sekejap di dunia,tapi siksanya cukup lama di akhirat. Pohon Allah hukumkan seberat2nya kepada yang durjana , dan angkatkan darjat yang tak bersalah .Pohon Allah tunjukkan di dunia,supaya yang hidup boleh menerima kebenaran sebelum terlambat.Kerana mati hanya sekali....semoga mereka boleh belajar sebelum hari mampuih.

4 comments:

KotaStar said...

Kes Berlemoih itu bagus sekali. Pak Cha saya asa saudara kena dapat nasihat Che Gu Shahnon untuk jadikan tulisan saudara satu buku khas. Mana tau nanti jadi sastrawan pulak. Bahasanya menarik dan ala Kedah SALAM

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Pak Non,
Terimakash beri komen.Kita jenis cikgu ni tak boleh tengok bila kebodohan terjelma di mata.....macam dok berletiar kat murid2 dulu.

Cuma tuleh supaya sekurang2nya dapat mendidik sesapa yang masih tak kenal tentang hidup kekinian.

Tak dak niat nak buat buku.Bila dok pikiaq nak buat buku,halatuju blogger mungkin tak tercapai.

Blogger beri free service.....ada ilmu kita beri ilmu....bila boleh bom kita bom......kita buat asalkan tak lari dari suruhan Allah,dan tak terjebak dengan laranganNya.

Dok tuleh pasai nostalgia tak banyak yang suka baca.Lepas tu aleh fokus tuleh yang busuk2.Sebab dunia dah busuk,nampaknya para pelanggan meningkat....mungkin ini lah yang dapat dirasai oleh pengunjung....ya depa tau dunia ini bangkai.

Jenoh berlemoih la kita Pak Non.

KotaStar said...

Goai durian dengan pulut pun berlemoih juga. Tapi itu sedap dan kita jilat sampai habis. Lebih-lebih lagi kalau durian dari Banggol Derdap. Tapi cerita berlemoih yang menjadi punca ini kotor sangat. Jijik. Bila hendak selesai pun tak tau.

Unknown said...

Pak cha,

Walau apa sekalipun yang terjadi Allah lebih mengetahui.

Dah sememangnya dunia ini bangkai, sebab itu ia tak boleh lari drp kejijikan. Makin lama dunia ini makin jijik jadinya...