Monday, June 16, 2008

WASIAT RASULLULAH PADA SAIDINA ALI

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri


Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

No comments: