Aku memang setuju dengan pendapat Tun M bahawa cara kerajaan menangani masalah terkini adalah seperti memindahkan wang dari kocek kiri ke kocek kanan.Tapi perlu diingat juga semasa berpindah kocek itu berbagai kemungkinan boleh berlaku.Tercicir tu perkara biasa,dan dah banyak yang tercicir diserata tempat.Semasa perpindahan di samun dan dirompak.Dan itu pun dah maklum berlaku.Entah hilang ke mana saja.Dan tak sesapa pun bertanggungjawab nak trace balik ke mana hilangnya.Maklumlah bukan duit sendiri.Ekoran dari tak beramanah.
Dua hari ini nampak kekalutan di pejabat2 pos.Nak dapat wang rebate.Bukankah ini menambahkan masaalah lagi kepada rakyat.Terpaksa beratur berjam2 menunggu giliran.Terpaksa tinggalkan kerja.Terpaksa dan terpaksa.................Apakah lojiknya semua ini.Tidakkah ada satu jalan yang harus ditangani yang lebih memesrakan rakyat. Kalau pun nak naikkan minyak ,naiklah 10 sen . Dan sedikit saja rakyat menghadapi masaalah.Ini apa ke dianya ? Ke pejabat pos untuk rebate,kekedai runcit untuk subisidi beras,ke mana lagi aku pun tak tau. Semacam rakyat ni terlalu haprak,hingga di hayung ke sana ke mari.
Cuma nak mengejar keuntungan 13 billion katanya.........bukan aku kata.
1 comment:
Sama lah macam zaman tun memerintah dulu. Aku sampai sekarang masih tak puas hati dengan Dr.m ni. dialah yng mencorakkan suasana politik di mlysia skrang ni. Dialah yang bertanggungjawab dalam membodohkan bangsa melyu....
Kesilapan dia yang terakhir ialah melantik pak lah sebagai pengganti. Skrang dia sendiri pun menyesl....
Post a Comment