Tuesday, June 10, 2008

SELURUH RUANG BERBAU BUSUK BERDENGUNG.......ngung-ngung

SELURUH RUANG BERBAU BUSUK BERDENGUNG

Seperti biasalah aku setiap pagi selasa,pergi beli ikan dan sayur2an…..inilah saja pekan hari di tempat aku.Di sinilah juga tempat aku bertemu dengan kawan2 lama.Bertegur-sapa,menanyakan kesihatan masing2.Kalau ada berita mati,disinilah mudah dapat tau.Kalau ada kekawan yang sakit,disinilah mudah mendapat berita….disinilah juga aku dapat tau cikgu Ismail Teloi meninggal.Seorang demi seorang kekawan ku dah pergi,ini bermakna aku kekurangan kekawan.Kekadang teringatkan nasib diri,bila pula masa ku akan pergi.Mati itu sudah pasti.QULLUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Oleh kerana itu aku mesti bersedia,tapi untuk hidup aku harus berusaha sedaya-upaya ,kerana hidup juga adalah nikmat.Bukan kah nikmat kerana boleh ke pekan selasa untuk mencari rezeki Allah .Boleh lagi membuat pilihan apa yang nak di makan,supaya memudahkan berak dan melawaskan bila berkencing.Setengah orang tak boleh menilai bagaimana nikmatnya boleh berberak dengan mudah,dan kencingnya cukup melawaskan.Kencing dan berak cukup busuk,tapi nikmat bila ketulan SHIT dan air kencing dapat melalui lebuhrayanya dengan sempurna adalah satu kenikmatan yang sukar ternilai.

Kilang mengeluarkan hasilnya,ia ada ‘last produk’nya .Manusia juga ada ‘last produk’nya , dan ‘last produk’ manusia ialah berak dan kencingnya. Itulah nilai kita manusia,kalau tidak dengan amal dan iman . Amal dan beriman adalah kosmetik ternama yang perlu kita ada,supaya end produk kita yang busuk dan membusukkan itu dapat di rawat bersih dan wangi. Bukankah Singapura pun dah mula merawat air-kencing untuk diguna semula.Kenalah hidup waras,jangan berlagak macam Firaun,Qarun dan Hamman ,walaupun kita ada kuasa,walaupun kita berada berbillionwan . Jangan menyusahkan orang2 lain .Carilah kebahagian dari usaha sendiri.Jangan cari kebahagian dengan menyusahkan orang lain.Kalau duduk di atas tengoklah ke bawah.Bila senang perhatikan rakyat2 yang susah yang hidup merempat kesusahan di atas kenaikan harga barangan ekoran dari kenaikan harga minyak..Janganlah tunjuk lagak,bereskan masalah.Ini menambahkan masaalah.

Kalau hangpa ( kepada yang berkenaan) kaya , kalau hangpa (kepada yang berkenaan ) senang , secalit taik pun aku tak tersentot . Tapi kalau rakyat resah-gelisah, tanpa sesuap makanan ,aku akan “berlangsuyar” di alam ini selagi ada nafas berbaki…..walaupun masih bernyawa ikan , aku mau rakyat boleh berberak dengan mudah, dan berkencing selawas2nya. Taik ku hanya akan tersentot bilamana……… dapat melihat begitu banyaknya taik dan kencing rakyat……biarlah busuknya memasuki setiap lubang hidung.Kebusukan dan kehancingan biar meruap memenuhi alam angkasa.Dan tembakan kentut memekakkan lubang telinga.

GELETEKLAH LUBANG TELINGA,BIAR SAKIT JIWA DAN AKHIRNYA GILA.

4 comments:

Unknown said...

Salam kasih pak cha,

Tulisan pak cha persis hasil karya shahnon ahmad dalam novel SHIT. Shahnon adalah antara sasterawan yang amat saya kagumi...
Dia adalah pensyarah saya di USM dahulu...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

fauzi,
Memang saya terpengaruh dengan tulisan Shahnon.Begitu juga Azizi Abdullah,aliran Shahnon turut menular.

Novel terakhir Shahnon ialah MAHABBAH....dah baca ?

wassalam.

Unknown said...

Belum baca lagi pak cha, tapi saya akan cari novel tu di pasaran. Thank...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

SAUDARA FAUZI,

Novel yang terkini : DURIAN DI HUJUNG JULAI.

SAYA PUN BELUM MEMBACANYA,BELUM BELI LAGI.