Di barat anjing cukup akrab dengan manusia.Anjing jadi best-friend.Manusia dah bukan sahabat lagi.Banyak kawan mainkan kawan.Tak pernah manusia berperang dengan anjing,tapi berperang sesama manusia tak pernah tamat.Buat senjata bukan nak tembak tupai , tapi nak bunuh manusia.Manusia bukan lagi wibawa tapi terbawa-bawa.Kerana terbawa-bawa , manusia jadi tak keruan. Dah hilang identiti dan hilang nilai2 kemanusiaan kekadang sampai ke tahap kehaiwanan.Banyak manusia dah jadi bangang.Yang terbaik dah jadi terbuang,dan yang terbuang pula dari golongan terbilang.Malah yang terbuang pula dari yang terbaik.Kecoh politik menjadi puncanya.Politik memecah-belah antara manusia.Budaya politik lah yang selalu aku persalahkan.Dalam Islam wajib berpolitik,kalau tidak bagaimana nak tegakkan hukum2 Allah.Tanpa politik tak boleh menegakkan government untuk tunaikan segala hukum-hakam Allah. Tapi kerana manusia berpenyakit ,kurang IQ,kurang emotional Q , fizikal Q pun dah banyak,dengan kencing manis ,darah-tinggi dan yang lain2 termaklum. Sehingga akhir ni nak pi keMekah pun kena Q (queue).
Sekarang musim orang kecewa , terlampau mengharapkan pada manusia . Minda manusia dah jadi mandul , lupa tentang keujudan Allah . Sembang pasai anjing ,anjing pun boleh masok surga . Anjing di dalam surah Al-Khafi kerana loving,caring dan sharing dengan pemuda2 yang melarikan diri dari raja yang zalim. Yang menggerakkan dunia ni kerana kegilaan.Genius people are mad,but not all mad people are genius.Kena cakap berfalsafah sikit,kalau tidak kita akan jadi sampah.
Dalam Al-Quran terdapat banyak cerita2 binatang supaya manusia mencari falsafah ceritanya.Kalau tidak manusia yang mulia menjadi hina,manusia yang kaya menjadi miskin dan manusia akan dipermain2kan oleh dunia.Dah lama minda manusia jadi mandul.Minda kucing lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Kucing yang suka makan ikan tak pernah ajar anaknya berenang menangkap ikan.Cicak yang tidak bersayap,makanannya unggas2 yang berterbang.Manusia yang diberi akal tapi dah tak menggunakannya.Manusia bermesra dengan nafsu,bergelumang dengan najis2 syaitan .So man is no more a best-friend,but a dog...........uuooph...uuooph.....uuooph.
Hargailah martabat manusia............khalifah Allah di bumi.
No comments:
Post a Comment