Sunday, June 8, 2008

E-MAIL AKU KAT AZIRAN MAJID..... nanda cum cousin

just for keep.........kan nostalgia tu satu aroma kesihatan?




waalaikomsalam,

Didoakan semoga 5 beranak dalam penuh kecintaan Allah.
Dunia la ni cukup kalut,tak seperti dunia pakcha dan pak jid,mak mah dan mak wan dulu.
Hidup dulu walaupun tak dak banyak kemudahan tapi kami cukup contented...alhamdullilah.

Sembang pasai gerek,pada pak cha dan pak jid ,wah cukup nostalgic.Pak jid pernah kayoh gerek pi KL.Berulang-alik ke sekolah cepir dgn gerek sebelum dia beli Norton.Dulu pak cha ngaji di Sungai Petani.Kalau balik hujung minggu kayoh gerek.Masa tu tayar tak meletup.Tahan lama.Tayar la ni dok saja2 pun meletup.

Pak jid ngajar di cepir,pak cha ngajar di geniang.Pak jid naik gerek,pak cha jalan kaki.Sampai dekat 3,4 batu baru bas lalu.Naik bas ke geniang.Save tambang sekupang sehari.Tambang sik/geniang 25 duit.....kesihatan masa tu tiptop.Excercise cukup.Dulu majoriti cikgu pakai Vespa....cikgu mail kotor pun pakai vespa...kah,kah,kah.

Mak Mah dah pulih lebih dari 60 persen.Insyaallah dengan izinNya dia akan semboh.Dulu tak habaq awai tu tak mau kalut2,orang tua2 ni dia pkiaq berlapis2.Pak cha pun begitu semasa mak wan buat operation.Miswan di kelantan dan Ihsan di selangor pun tak habar.Dah lega baru habaq....depa pun nak marah juga.Pak cha bagitau kalau hangpa tak balik pun sakit akan lega.Tapi kalau mati kena habaq ,pasai mati tak hidup kembali.

Dok lah di sana,rezeki anakanda di sana....dok Sik pun bukan ada kerja yang sesuai dengan kelulusan anakanda.....kita bersabar dalam segala hal.kita hidup didunia adalah tempat kita menerima ujian Allah.Kalau kaya pun ujian,kalau miskin pun ujian,kalau sihat pun ujian,kalau sakit pun ujian.Semuanya ujian........pasai tu P.Ramlee kata CUBAAN,CUBAAN,CUBAAN..........ITULAH SEBABNYA KITA DIHANTAR KE DUNIA

Sebagai orang Islam kita harus hidup optimistik , kerana kita di sediakan surga.Beramallah,berusahalah ke arah kesempurnaan iman dan amal.Kita akan mati sekejap saja,kemudian akan hidup selama2nya.Mati adalah satu nikmat,kerana asbab mati kita dapat bertemu dengan kekasih kita Allah-azzawajala........nikmat yang paling besar ialah bila dapat bertemu dengan Allah.Kelazatan melihatNya adalah tak terkata.

Bertemu lagi,wassalam.

1 comment:

azlishukri said...

Itulah nikmat abadi..bertemu dengan Allah..