Tuesday, June 24, 2008

WEAK PEOPLE ARE NOT SINCERE

ASTAGFIRULLAH


Di hari2 terakhir ni aku perlu banyak beristigfar , lebih2 lagi berbagai peristiwa pelek dan ganjil mendampingi hidup kita. Semua itu menunjukkan begitu hampirnya hari kiamat. Orang2 tua macam aku rasa kencing tak lawas dan berak pun tak seenak dulu. Masa muda2 dulu berak taik keras cukup syok.Puas rasanya. Tapi kini jangan nak berak dan kencing , nak meneruskan hidup pun rasa sebagaimana. Dengan berbagai kerenah manusia , baik rakyat bawahan dan kerenah para pemimpin yang tomak kuasa dan bermata duitan membikinkan rasa cemas dalam hidup. Dengan bertambahnya cendikiawan bukan nak menyelesaikan masaalah ,tapi menambahkan masaalah.Cerdik membuat masaalah. Pendidikan moden membuat manusia menjadi ego.Orang2 cerdik dulu boleh kita tumpang , kerana semakin mereka berisi semakin menunduk.Ibaratnya selalu diseumpamakan sebagai resmi padi . Kini sama2 tau lah . Individualistik dan kapitalistik , semua dah jadi plastic . Bukankah plastic tu end-product dari petroleum . Sebab petroleum terjadilah plastic. Bukan plastic tak berguna , banyak gunanya , tapi akhirnya bekas plastic dibuang diserata-rata . Kalau orang dah jadi plastic ia akan hilang harga diri…..kita akan jadi lemah .WEAK PEOPLE. Mengikut kata2 La Rochefoucauld : WEAK PEOPLE CANNOT BE SINCERE. Begitulah kalau kita jadi pemimpin yang lemah , akhirnya kita hilang sincerity . Kita tak ikhlas dan akhirnya kita menipu dan berbohong.

Pembohongan yang dah lama berlalu cukup menyengatkan rasa dalaman ku .Bisanya masih terbenam di dalam sanubari . dan setiap hari menggigit lendir2 dalaman yang dah memang cukup tua. Aku tak tau bagaimana lendir2 orang muda merasainya. Tapi lendir orang tua cukup tersiksa. Lepas satu diistihar hari ini,besok dibatalnya dengan semudah nada. Selepas satu dikatakan tidak akan belaku,tapi dengan mudahnya berlaku besoknya. Ingat tak saudara2 ku itu semua ? Aku masih ingat dan sentiasa mengingatinya semua itu.Mari aku coret beberapa daripadanya : Parlimen dak akan dibubarkan/esoknya diumumkan bubar. Akan guna dakwat diPR 12, juga menerima pembatalannya seblum hari mengundi,walaupun dah RM2 juta dakwat di beli.Begitu juga harga minyak akan naik pada ogos nanti,tapi Jun4 dnaikkan.Tak boleh jual minyak kpd orang luar,dan 2 hari selepas itu ditarik balik arahan.Begitu juga gaji 2 kali sebulan,ditarik balik dalam masa tak sampai seminggu.Pelajar2 tak boleh berpolitik,tapi pelajar luar Negara boleh menubuhkan kelab2 unmo.

Dan yang paling aku sakit hati ialah menjual agama.Sampai hari ini aku masih tak paham apa itu hadhari. Dalam banyak hadis ada disebut bahawa ada ulamak2 yang berhatikan serigala.Aku pun kurang paham lagi,dan aku terpaksa mengaji lagi untuk mencungkil apa maknanya. Bila aku tengok Al-quran isinya semua sama , tapi hati2 mereka tak sama.

ASTAGFIRULLAH

2 comments:

Letting the time pass me by said...

Apa nak jadi dengan Malaysia???

Semua serba tak menjadi...

mamat said...

Bukan sekadar tidak menjadi, malahan ia menjadi taik!!!