Saturday, June 14, 2008

SAYUGIANYA, KITA MESTILAH BERAMANAH

AMANAH TELAH DIANGKAT

Dalam post aku tentang pembaziran wang rakyat yang berlalu membuktikan bahawa kita sudah hilang amanah kita.Oleh kerana itu orang yang terlibat tidak sedikit pun rasa takut ,malu,rasa terhina diatas perbuatan2nya.Bahkan mereka boleh hidup sedap lena di tilam empok,tak sedarkan diri bahawa segala makhluk Allah termasuk malaikat mengutuk mereka siang dan malam.,pagi dan petang.Mereka hidup gemuk dan sihat seperti kambing yang dimaki hamun orang kerana tuannya tak tambat dengan tali jerat.Berkeliaran makan tumbuh2an orang , dan berberak-berkencing di setiap bendul rumah orang.Bila gian kerabat tak kira malu untuk memuaskan nafsu serakah.

Dunia akan musnah bila2 masa saja dan di akhirat nanti kita akan diadili mengikut undang2 Al-quran , mengikut Al-Hadis Nabi saw.Kita tidak diadili mengikut undang2 Lord Reid,tidak juga undang2 Inggeris,tidak juga undang2 Singapura ,dan tidak juga undang2 Amerika atau apa saja undang2 ciptaan manusia.Semua dirujuk Al-Quran.Jadi mengapa kita memaling dari Al-Quran.Kita Cuma mementingkan tajjwid,kita Cuma mementingkan qariat,kita Cuma mementingkan taranum , tapi kita membelakangkan pelaksanaan.Bukan tajjwid tak penting,bukan qariat tak penting,bukan taranum tak penting.semua itu penting.Tapi Al-Quran diturunkan adalah untuk pelaksanaan.Amanah ini kita abaikan.Kita buat tak kisah.kita permudahkan hidup ini,kita merugikan diri.kita mendera diri sendiri,kita tak sayangkan diri sendiri,kita jadi sebodoh2 makhluk ,walaupun kita diberi akal.Akal kita berselut diselaputi oleh lumpur dunia,daki2 dunia ,dan najis2.Bukankah Nabisaw pernah bersabda bahawa dunia ini adalah seperti bangkai .Busuk,jijik,SHIT.

Nabi saw dengan sifat amanahnya ,dan semua Nabi diberi amanah telah membawa kita beragama sampai ke hari ini.Kita kata kita sayangkan Nabi,tapi suruhan nabi kita punahkan .Kita merayakan Maulid Nabi,Kita rayakan Maal Hijrah , tapi adakah kita endahkan suruhan dan larangannya.Hidup lebih dari 60 tahun,6 hadis pun tak boleh dihafal.Sepatutnya dah hidup 40 tahun,dah boleh hafal Hadis 40.Mandi junud baru belajar bila nak kawin.Doa makan murid pasti lebih pintar dari neneknya.Bukan apa nak menegur saja.Dah kakinya sebelah dalam kubur masih lagi tak menutup aurat.

Nabi saw dikenali sejak kecil sebagai Al-amin , kerana dia beramanah.Dia dipercayai oleh orang arab dan juga musyrikin Mekah. Abu Jahal,Abu Lahab percaya tentang Al-amin . Di zaman dulu orang2 arab tinggalkan duit pada Nabi saw ,kalau mereka nak berhijrah jauh2 ke Syam atau Madinah.Kerana masa tu tak dak bank .Dan Nabi saw akan serah kembali wang mereka bila pulang.Mereka tak tinggalkan wang dekat Abu Jahal atau Abu Lahab , walaupun mereka adalah JKKK Mekah.Mereka tak percaya pada Abu Jahal/Abu Lahab. Mereka bimbang bila balik nanti duit simpanan mereka menjadi abu.

Sejauh manakah peminpin2 kita beramanah ?

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum pak cha,

Malaysia juga boleh musnah jika pemimpin yang ada sekarang dikekalkan....

mamat said...

Pemimpin kita cukup tak beramanah.. Kalau tidak masakan keadaan menjadi kelam kabut seperti sekarang ini.