APA NAK DIKATA
Aku rasa mabok2 dan loya macam pompuan mengandung bila membaca ; suratkhabar ka ,majallah ka , surfing ke blog2 yang ratusan banyaknya ka dan…dan……………………Pasai apa ? Pasai ceritanya berpaut pada gelagat manusia kita di Malaysia tak habis2 bergadoh lepas pilihanraya 12 . Tiada ada muafakat dalam menyelesaikan masaalah . Sorang kata lagu ni,sorang kata lagu tu . Berlapik dan bertapak pada ego sendiri-sendiri .Dulu aku pikiaq bila banyak manusia tu cerdik ,dapat masuk university,belajar tinggi melangit,negara akan makmur dan stabil . Tapi sebaliknya pula terjadi . Lagi banyak yang cerdik , lagi banyak pula haflahnya. Karut-mengarut dan sifat mazmumah dah menonjol di setiap juzuk2 hati .Kadang2 rasa meluat pada bangsa sendiri .
Bila sebut Melayu kita di sini otomatiklah jadi Islam. Sebagai Islam setiap hari dok baca Fatihah dalam sembahyang 17 kali . Kalau sembahyangnya lebih, lebihlah kalinya jadi beberapa kali . Tapi kita tak menghayati apa yang terkandung dalam Fatihah tu . Kalau faham Fatihah tu , insyaallah kita tak jadi merapu-rapu.Kita mudah sedar diri sendiri dan mudah kenal diri orang lain . Bukankah kita ni dari satu jenama ? Tapi maklumlah manusia mudah terpengaruh dengan syaitan , milik syaitanlah hati kita dan nafsu kita.Dalam darah,dalam lendir,dalam urat.dalam daging,dalam air kencing yang hancing,dalam taik yang busuk,malahan dalam otak dan minda habis bergelumang para syaitan dan iblis. YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI SYAITAN YANG DIREJAM.
Oleh itu aku harap orang Melayu kita khasnya boleh menghayati 7 ayat Fatihah tu dan sekaligus insyaallah boleh merangkumi seluruh suruhan Allah dalam Al-quran.
Jangan mudah menafikan tanggungjawah kita terhadap Allah.Jangan mudah mematikan rasa, rasa pengabdian, rasa hamba kita kepada Allah. Sebarkan seluruh 7 ayat Al-Fatihah dalam diri kita. Biar ia mengalir bersama2 darah…..amin.
DARI ALLAH KITA DATANG,KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI.
PLEASE STAND-BY.
3 comments:
sememangna saitan telah berjanji dengan Allah bhw dia akan meosakkan anak adam.... bagi yang lemah imannya maka lagi mudah lah urusan para syaitan laknat ini utk merosakkan mereka. cuma yang lebih teruk lagi pak cha, ialah org yang beragama islam sendiri mahu menjatuhkan agamanya sendiri. Itu adalah lebih malang....
Jalaluddin,
Depa cintakan dunia dan pangkat. Itu jenis haprak.....phoorahhh.
Syaitan sebenarnya boleh hidup dalam badan manusia. semua keperluan ada di dalam badan manusia; contohnya air, api dan tanah.tetapi kita rasa takut bila berada di dalam gelap dan di rumah buruk yang ditinggalkan penghuni, di pokok besar. syaitan yang mengganggu manusia adalah syaitan yang bermustautin di dalam perut kita.
wallahu aklam.
Post a Comment