Sunday, June 29, 2008

BERLEMOIH HABIS ORANG YANG DAH LAYU..........WHO IS THE CARETAKER OF MALAYSIA ?????

Rasa malu nak mengaku orang Melayu . Habis berlemoih dengan macam2 kotor dan najis . Aku rasa orang melayu ni cukup kotor . Bila kata orang Melayu kotor ,habis tercalit sampai ke diri ku.
Politik kita kotor, aku londeh hang,hang londeh aku . Sama2 londeh sesama sendiri . Rasa macam tak dak akhlak langsung. Kita buat macam2 yang dilarang oleh agama . Kita membazir,kita menipu,kita berasuah dan buat yang negatif2 saja. Dah lah masaalah anak2 muda kita cukup mencomotkan budaya dan akhlak, rumahtangga orang2 melayu juga telah terumbang-ambing tak tentu hala tuju ,tak tentu arah. Semua jadi tak bersih dan korup yang mengurapkan. Budaya kita cukup tenat . Jiwa kita penuh dengan kerja durjana . Roh kita dah musnah dan hilang kemanusiaannya . Kebinatangan menyelubungi diri . Tak nampak kemanusiaan , kerana akhlak turut termusnah sampai keakar umbi. Yang muda dah hilang akhlak diri , dan yang tua dah kemana larinya halatuju. masing2 merobek dan meruntuh budaya bangsa. Dah lah kita dah layu , kini berlemoih pula dengan segala najis dan kotoran . Kini satu lagi episod liwat tertuduh kepada DSAI . Aku jadi pening , pening pasai orang Melayu kita dah layu,berlemoih dengan yang busuk2 dan kotor2 ,berbau di segenap pelusuk bumi ....................busuk khong macam bangkai.

3 comments:

Unknown said...

Sebusuk-busuk mahathir busuk lagi pak lah badawi laknatullah...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Busuk sungguh politik orang melayu.Macam orang melayu ni tak boleh beri kuasa.Dia cepat merapu.Macam tak dak jati diri.Kerana melayu aku sendiri berasa cukup malu.Macam tak berhidung.
Sebenarnya kita dah tak ada pemimpin yang sebenar.
Aku berdoa pada Mu Ya Allah supaya berikan pukulan maut kepada sesapa saja dari bangsa ku,yang Kau tahu ketidak senonohan mereka.Mereka merosakan imej manusia.Mereka gagal jadi kalifah di dunia Mu Ya Allah.
Dengan tangisan dari ku , ku harap Kau masih lagi mencintai kami yang telah hilang hujung pangkal dalam hidup yang sekejap ini.Semuanya dari kesan bekas2 tangan yang durjana.

Unknown said...

haha. i like the word 'pukulan maut'!! biar mampos terus amno ni..