Wednesday, June 25, 2008

AL-DUNIA NAJISUN.........TAIK,BUSUK & KOTOR

AL-DUNIA NAJISUN

Tiada siapa yang tau umur dunia.Nabi Adam as didatangkan ke dunia hanya selepas berjuta tahun iblis dah hidup di sini.Tiada ada bekas di bumi yang tiada tersentuh dengan kaki iblis.Kita juga mengetahui berbagai jenis binatang juga mendiami bumi ini sejak dulu dari manusia.Jadi dunia dah cukup tua. Selalunya bila dah tua ia dah tak bertahan lama.Saat2 kehancurannya adalah cukup dekat..Semasa Nabi kita saw bermikraj dulu pun malaikat dah memberi tau Nabi bahawa umur dunia adalah berbongkok tiga.Diibaratkan sebagai seorang pompuan tua berbongkok tiga.Dah jadi nenek kebayan.Umpama seorang pompuan menunjukkan tentang tarikan dunia , seperti tertariknya kita kepada seorang pompuan.Dam pompuan pula tertarik dengan perhiasan2. Jadi pada manusia ,dunia ini cukup menarik.Sebab itu diutuskan nabi untuk memberi tau umatnya,bahawa tidaklah kehidupuan dunia ini kecuali kesenangan yang menipu.Kita tertipu dengan dunia ,tipah tertipu.Setiap ketika hungga kesana-sini , dan tak tersedar kita tertipu.Ia umpama budak2 bermain berkedai atau sebagainya menggunakan daun2 sebagai wang . Semasa bermain daun2 itu cukup berharga.Tapi bila dah tamat bermain,daun2 itu dibuang bersepah.Tiada ada nilai lagi.

Dalam sebuah hadis Nabi saw ibaratkan dunia ini sebagai bangkai . Busuk dan membusukan.Tapi kita sebagai biawak2 hidup dan ereng2 gemar sangat kepada bangkai.Berlumba2 berebut2 bangkai ,memenuhi tembolok dan mengisi perut tanpa mengetahui bahawa ia itu bangkai.Orang yang tahu cukup memberi perhatian dalam hal mencari rezeki di dunia ini.Mereka ada batasan halal dan haramnya.Boleh atau tidaknya.Kalau yang haprak pula dibalasnya habuan itu tanpa tau adakah itu haknya atau hak orang lain.Kekadang hak orang lebih gemar dimilikinya dengan segala tipu-helah tanpa asal-usul periksa…..hak orang sangat syok dimiliki,harta orang syok mendapati,bini orang syok disetubuhi,pelacuran syok di gauli.Semua itu rasa syok2 saja.INGAT : Syok membuat dosa hanya sekejap di dunia,tapi seksa membuat dosa adalah cukup lama di akhirat….tentang pembaziran,kezalimam dan penipuan yang berlaku di depan mata kita sekarang ni , macam mana ? Aku cukup takut,tapi orang yang membuatnya dah tentu tak rasa takut.

Kerana dunia ni dah lama didiami oleh berbagai makhluk Allah, dah tentu ia dipenuhi oleh najis kencing dan berak.Indah-water pun tak terhangkut lagi.Apa guna hangkutkan , kerana dibuang di dunia ni jua.Bukan diekspot ke planet lain.Bermaknanya bumi kita dah di cemari oleh najis sendiri.Kotor dan mengotorkan.Terpengaruh hingga ke otak kita,hingga otak2 kita pun menjadi kotor……..yang banyaknya hotak2 yang berhaprak.

2 comments:

Unknown said...

Salam pak cha. Semoga sentiasa sihat disisi rahmat Allah,

Setiap hari kita ni asyik berebut bangkai & taik...

Sememangnya begini lumrah manusia di akhir zaman..

Unknown said...

Patut lah bumi ni busuk, ia taik rupanya...

Tapi yang busuk ni lah manusia terkejar2!!