Friday, June 27, 2008

KEBERAKKAN DAN BERKENCINGAN

KEBERAKAN DAN BERKENCINGAN

Akhir2 ini aku sering sangat memperihalkan dari sudut keberakan dan berkencingan.Semua yang hidup pastinya hendak berak dan kencing,dan kerana inilah aku melihat orang2 kita berebut2 rezeki secara haram dan membelakangkan yang halal cuma untuk mengisi perut.Perut adalah matlamat hidup.Yang dah terkumpul harta yang banyak pun tak jemu2 menodakan perut sendiri dan ahli keluarga. Kekadang terlupa bahawa hayat dah sejengkal ke lubang kubur.Agama tak larang mencari harta,tapi kena jaga nawaitunya .Mana orang kaya2 nak mengikut para sahabat yang kaya2 seperti saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf ? Yang aku maksudkan secara ikhlas menginfakkan kekayaan untuk masyarakat.Aku geli hati melihat yang dok derma dengan cek 2 yang tinggi berdiri . Nak menunjuk bukan nak drma.Kalau derma biarlah tangan kiri tak tau tangan kanan yang menderma.

Bangkit pagi2 aku sokmo bimbang takut tak boleh berkecingan dan berberakkan.Aku perlu jaga yang aku makan,kerana takut sangat bila hasrat nak berkencingan dan berberakkan tak dapat di tunaikan. Orang berbelanja berpuluh ribu ringgit Cuma nak berubat supaya boleh berak dan kencing.Dan aku rasa bersyukur banyak pada setiap kali aku dapat berak dan kencing selawas2nya.Bayangkan apa awak nak kata kalau susah berak dan kencing.Dunia berasa tak berfaedah lagi untuk awak. Dari sekecil2 itu kita dapat rasakan kenikmatannya.Bagaimana pula kita tak mau bersyukur pada benda yang lain,yang banyak memberi nikmat kepada kita.Aku cukup hairan mengapa orang2 yang berkuasa tamak dengan kuasa mereka.tak guna kuasa untuk memakmurkan masyarakat ,tapi memberi masalah kepada masyarakat.Mungkin mereka belum lagi diuji oleh Yang Maha Kuasa . Jenis ini mereka lalai dengan kuasa , mereka lupa daratan. Ataupun mereka diberi istidrat . Dan mereka akan disiksa di akhirat nanti.Allah tambahkan harta mereka,biar mereka bergelumang sepuas2nya.Meraka syok dalam masa yang singkat di dunia,tapi mereka tersiksa begitu lama di akhirat. Itulah jalan yang salah dimiliki mereka ,kerana lupa bersyukur. Langsung tak ingat nak bertaubat.,kerana asyik dengan segala yang syok-syok..Aku kekadang rasa syok bila dapat berberak taik keras.Aku rasa syok bila dapat berkencing dengan lawas di musim hujan.

Aduh lazatnya bila dapat berkencingan dan berberakkan sepuas2nya.
Janganlah tunjuk eksyen , nanti tak boleh berberak dan berkencingan , tak guna rasanya pangkat tinggi dan harta banyak.

Aduhai nikmatnya kira boleh berSHIT.