Dengan nama Allah , 99 semuanya
Hampir2 sebulan hujan turun.Dan hampir sebulan aku puas bermandi hujan....alhamdulillah .Cukup nikmat kerana masih boleh bermesra dengan hujan.Rintik2nya menerjah masok melalui lubang2 kecil bulu romaku.Begitu nikmat sekali.Dan hari ini mentari cerah 'nyinar mulya'.Aku ambil peluang bermesra dengannya juga.Sinarnya juga menerjah ke setiap lubang bulu romaku.Gambar kecerahannya cukup menasyikan padangan mata,oleh itu aku abadikannya dalam gambar ini yang aku ambil dari atas bumbung 'nginapsrengenge'.
Ini pun aku snap dari atas bumbung nginapsrengenge.Pokok durian juga menunjukkan keceriaannya.
Banyak kain-baju perlu disidai segera untuk dikeringkan.Bimbang hujan akan mai lagi.
Bukit srengenge juga nampak kehijauannya.Pandangan diambil dari sudut Rumah Gemilang.
Bukit srengenge dari sudut RG.Dulu banyak hantu iblis kat situ.Sekarang dah lari masok ke rimba besar.
Banyak kain-baju perlu disidai segera untuk dikeringkan.Bimbang hujan akan mai lagi.
Bukit srengenge juga nampak kehijauannya.Pandangan diambil dari sudut Rumah Gemilang.
Bukit srengenge dari sudut RG.Dulu banyak hantu iblis kat situ.Sekarang dah lari masok ke rimba besar.
Pokok2 menghijau dan langit membiru.Di dalam hutan itulah terletaknya nginapsrengenge
Pokok yang tinggi itu ialah pokok sentang.Pucuk mudanya menjadi ubat cacing dan darah tinggi.Sedap bertemannya dengan sambal belacan dan ikan tawar yang dibakar.Gerenti boleh balon berpinggan2.
Nampak macam ada padang golf dihujung sana.Di semak pokok2 menerong itulah asalnya bendang padi Jeha dan Lahuma.Yang lainnya dah ditimbus.Seniman Sarimah dan Allahyarham Ahmad Mahmud pernah berlakon Ranjau Sepanjang Jalan di sini.
Sepagi aku bermain panas dan aku puas sebegini.Syukur hujan dan panas,kurniaan Illahi.
Jangan memarahi makluk Allah ini.Ada orang marah pada hujan,ada orang juga marah pada matahari............astagfirullah.
Saalam melebar senyum...........dari srengenge.
12 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
sejuk mata memandang kehijauan
apakah hijau itu indah
ada orang sinsitif dgn warna hijau
Wassalam
ASLKM Ayahanda
Wah bukan main ayahanda hari ni...
Assalamualaikum Ayahanda..
Semoga ayah dan mak serta adik2 kat RG sihat2 hendaknya..
Suka pemandangan cam ni...segar dan damai..berlagukan irama cengkerik dan burung2 berkicauan riang..
Assalamualaikum tuan,
"The grass is always greener on the oyher side of the fence."
I miss Banggul Derdap.
Salam kami yntuk tuan sekeluarga.
Salam Pak Cha. I'm a kampong boy. Jadi, saya memang seronok tengok suasana hijau kampong begini.
Salam Ayahanda & bonda,
Lama tak tinggal jejak, seronok tgk ayah dan bonda ceria..pokok durian macam mana, menjadi ke tahun ni..terkenang masa menziarah ari tu..
salam Rozali,
Memandang benda berwarna hijau di malam hari menjernihkan mata.
Wassalam.
Salam mama ju,
Ya ghairah macam hero hindustan berman hujan dan sinar mantari.
Terima kasih menziarah laman ayahanda.
Wassalam.
Salam Azima,
Semoga anaknda juga ceria,sihat dan mendapat keredhoan Allah.
Wassalam.
Salam tuan anonymous,
Semoga kehijauan melebarkan citarasa dan budi luhur.
Wassalam.
Salam azizi,
Kampong Kepayang dan Banggol Derdap is no difference.
Semoga big mem dan budak2 semua sihat.
Wassalam.
Salam Kak Shidah dan Abang Zaks,
Durian tu kurang sikit.Datanglah nak makan tak dak hal.Yang jadi gitu kerana hujan berlebihan.
Semoga sihat seisi keluarga.
Wassalam.
Post a Comment