Thursday, May 27, 2010

KEKAWAN LAMA MAI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni ku beli sebiji kepala ikan pelutan, sekilo beratnya.Nak gulaikan dengan kacang lendiaq.
Ini pun gulainya yang dah masak.Tiba2 dua rombongan kawan lama ku datang.Depa tak bagi tau nak mai.Jadi tak buat persediaan apa2.Jamu lah saja apa yang ada.

Ni ialah Haji Hussain dan Hajjah Bedah.Aku jadi pictureman.



Kini Mak Wan pula jadi picturewoman


Jauh datangnya dari Yokjakarta,Indonesia.Pernah belajar di Universitas Yokja dan berkawin dengan siswi Indon.Katanya setahun sekali balik ke Yokja.Datang mengajak aku ke sana akhir tahun ni.Insyaalah.Kalau ada rezeki.Katanya seorang bawa seribu RM lebih dari memadai.Aku lupa nak perkenalkannya..........namanya Nik Saad.Isterinya Wanti tak mai.
Terima kasih kerana sudi datang ke Teratak srengenge.
Salam melebar senyum...........its me srengenge.




10 comments:

ijoi said...

Salam ayahanda

Syok kan bila jumpa kawan2 lama. Macam2 cerita

shami2 said...

Salam ayahanda & bonda

Wooooo bole bertanding asam pedas pak itam aar..

Sedap tu gulai kepala ikan ngan kacang lendir @ ladies finger heheh..
Ada sayur kangkung, ulam timun, ulam kangkung rebus..ikan goreng sambal belacan...sedap tu makan pulak atas pelenggaq..hehehh fuh...best aar kan...


Durian dah luruh ker...kat sana..

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

oooo Ayahanda nak pi Yokjakarta
pasti seronok

Wasslam

nadz said...

Assallamualaikum Bapa,

Sedapnya gulai kepala ikan peluktan. Makan nasi ngan sambal belacan ulam pucuk jering pun sedap..

Unknown said...

salam ayahanda...

lama tak sebut ikan pelotan n kacang lendiaq tu ..

sedapnya gulai tu ...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda ijoi,

anaknda akan lalui jalan yang sama.
Jangan kata kawan,gambar2 lama pun memberi kepuasan.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda shami2,

seboleh2nya jangan jamu anak2 dengan kepala ikan.

Lebih lagi bila nak hafaz Al-quran.
Kepala ikan bilis pun sama juga.

Lani pelenggaq dah tak dak.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda Rozali,

Dia ajak saja.Keluarga sebelah pompuannya di Yokja.Kalau pi dengan dia mungkin ongkosnya lebih murah.Tambang Airasia 400Rm pi dan balik.

Lebih berminat ke Makkah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda nadz,

Pucuk petai dan pucuk kerdas lebih enak dari pucuk jering.

Berulam peria katak pun jadilah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam ummi humaira,

Bila lama tak sebut tu,boleh tergeliat lidah.

Sedap guna rempah giling....orijinal.

wassalam.