Cuaca baik petang ini aku ronda2 sendirian di alam srengenge.Dapat bertemu Sahak dan Nodin sedang menyiapkan pagar menanam getah.Depa lebih muda dari aku.Nak tanam getah pun guna pagar chain-link.Semua pasai babi.Lama juga sembang2,terganggu kerja depa.Banyak cerita menarik,baik aku rahsiakan semuanya.
Lepas tu bertemu pula jejaku handsome ni.En.Rosli namanya.....panggil saja Li,katanya.Li seorang pakar pejebak burung tekukur dan ketitir.Li membawa 2 ekor denaknya yang cukup mahir memikat kekawan burung tekukur dan ketitir.Ditangannya tu ialah jebak ketitir.
Hah , ni dia jebak ketitirnya.Akan disangkut atas pokok.Denak akan menyanyi2,kawannya akan datang dan hinggap diatas kayu di depantu,then dia akan tertangkap dalam jala di depan tu.
Atas tu ialah jebak tekukur yang dah di sangkut di atas pokok.Macam mana dia panjat pokok tu aku tak tau.Kemahiran sendiri2.Aku dengar rancak tekukurnya bersiul2.Aku tak pandai menilai kemerduan suaranya.Ada orang sanggup membelinya 6 ribu RM.......masyaalah,kemahiran masing2.
Boleh lihat dari dekat denak sedang berdendang di pentasnya....sila klik dan zoom.
Ini denak ketitir....di puncak pokok bersetentang dengan daun pokok pinang sebelah kiri....Aneh kan ,macam mana dia naik atas pokok tu bersama denaknya.........klik dan zoom,bole lihat dengan jelas.
Boleh lihat dari dekat denak sedang berdendang di pentasnya....sila klik dan zoom.
Ini denak ketitir....di puncak pokok bersetentang dengan daun pokok pinang sebelah kiri....Aneh kan ,macam mana dia naik atas pokok tu bersama denaknya.........klik dan zoom,bole lihat dengan jelas.
Sepetang di srengenge.....
Salam melebar senyum...........its me.
5 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
ramai sahabat ayahanda
kalau kat kl ni
masing2 sibuk
tak sempat nak bertegur sapa
Wassalam
Salam ayahanda..
teringat.. dulu rajin juga mengikut orang memikat ayam hutan dan burung wak wak...
salam Rozali,
Ramai lagi yang dah meninggal...alfatihah.
Yang sebaya sikit,banyak yang muda2.
Wassalam.
salam Nazir,
Pakar burung wak-wak lagi hebat....mereka guna seruling di malam gelap....wak-wak akan terbang direct kat depa....then boleh tangkap hidup2 dengan tangan.
Banyak benda dah pupus.
Nazir juga ada kepakaran tersendiri di lautan.
Wassalam.
Assalamualaikum tuan,
This is what I call 'The best is getting better'
Post a Comment