Wednesday, May 26, 2010

PETAI ATIKAH

Ingat tak ? Dalam n3 atikahnr tanggal 22 Mac,atikahnr telah buat snap-shot pasai bunga2 petai di srengenge.Semua dah membesar.Setiap hari aku tengok nampak hijau,hijau,hijau dan masih berwarna hijau.Kalmarin seorang budak menengoknya dan memberitau aku petai tu dah hitam.'Dah hitam tok wan'.......aku masih nampaknya hijau.....aduh,penglihatan pun banyak kaburnya.Selepas mengkaitnya,itulah tengok semua dah hitam.Memenat juga nak kait buahnya.

Ini upah kait petai.
Tu dia aku dijamu dengan benda2 ni....buah mangga,sengkuang,nenas,timun dan betik.Pasti hilang penat kait petai tadi.

Yang sedapnya ni,kuahnya........kuah rojak bikinan mak wan dari resepi kak noor......dia dapat semasa gathering kat Muadz dulu tu.......oh,sedapnya kak noor.Pandai you ajar mak wan.


Kalau dicampor dengan papaya separoh masak ni lagi sedapnya...........mesti terlioq punya.
Salam melebar senyum..........dari srengenge.



9 comments:

sinomosa said...

Salam Ayahanda,

Alahai hitam sudah petai atikah hikhikhik

Azima said...

Salam Ayahanda,

Alaaaa dah meleleh ayaq liur ni...
makan ramai2 lagi bestkan ayah...

Semoga Ayah & mak serta adik kat RG sihat2 hendaknya..Salam buat mereka semua...

Unknown said...

salam ayahanda...

petai tu buat sambai tumis campoq udang , sedapnya....

YB said...

salam ayahanda

kalau tempat saya dah lama petai tu di faraid oleh kaki songlap. Asal jadi duit jer...

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

petai macam tu tak teliur

kalau ummi buat sambai petai campur udang
nyam nyam

yg teliur tu
rojak buah
tertelan ayak liur ni
he he

Wassalam

Lela Limau Ais said...

wah dah lama tak makan petai..

Kak Sidah said...

Salam ayahanda & bonda,

sedap kuah rojak tu..dah masak petai..masa kami kesana dulu belum ada buah pun lagi..alhamdulillah tu la kalau berbudi pada tanah kan..

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Betoikah depa kata putik kekabu sedap dicicah dengan 'garam belacan' @ kuah rojak ?

Alahai,terliur....

Chik Att said...

Salam ayahanda ,

Betik tu buat sambil cicah macam org tua dulu2. Saya tak tau sama dak yang kat tempat saya dengan tempat ayahanda.

cabaikering+ belacan +garam ditumbuk, bubuh gula. Pas tu perah air asam jawa dengan isi asamnya sekali campur masuk. Goi skali ..... kalau ramas ... lagi sedap .... baru sebati elok.....

Aduhai ... meleleh ..... telioq ni ...