Wednesday, June 11, 2008

DULU DUIT BERLANA BANYAKNYA...$$$$$$$$$$

Belum lagi merdeka,tahun 1950,Malaya cukup kaya dengan getah dan bijih timah.Harga melambong naik setinggi rendah sikit dari langit.Malaya pengeluar utama bahan2 yang disebut.Getah keping bernilai lebih dari dua ringgit sekati ( 3 ringgit lebih sekilo.).Sekerap 50 sen sekati . Itu semua nilai duit zaman itu.kalau tukar zaman la ni kena darab 10 kali. Bijih timah juga tinggi,aku dah lupa harganya. semua orang kaya dulu ialah tokey getah dan tokey bijih timah.Tapi malang kita belum merdeka.Duit getah dan bijih dikebas oleh pemerintah british dan bawa balik memakmurkan negeri depa.Negara kita terbiar.Lagi harga naik,lagi banyak untung yang depa angkut.Bila kita dah merdeka semua pendapatan tu dah tinggal hampas.Harga getah dah turun,harga bijih juga begitu.Dan bijih pun hampir habis digali mereka.Tinggallah telor kat kita.Nak nilai banyak mana telor Melayu.Nasib baik lepas tu Allah berikan kita kelapa sawit.kita boleh bertahan kerana masa tu kerajaan penuh amanah.Boleh membangun sikit sebanyak.
Kini dah 50 tahun merdeka,dan dicelah2 tu ,Allah anugerah pula minyak kat kita.kita untung besar.Duit belana banyaknya.Kita belanja ikut hawa-nafsu.Kita buat projek2 mega yang rakyat miskin tak tau nak rasa.Cuma boleh dilihat dengan mata.Rakyat dijaja,diangkut untuk melihat semua itu berbas2 berlori.Bila balik cuma boleh syok2 seketika saja,lepas kenalah buat kerja,kalau tidak perut akan lapar.Dan anak pun tak ke sekolah.Mereka cuma boleh mimpi gila di malam gelita.Kerana sesetengahnya belom pun lagi berap dalam kaca dan berair dalam besi.
Kita jadi boros tak tentu pasal,buat itu dan ini nak menunjuk2 kat sesiapa saja yang melawat ke sini.Tunjuk pada pemimpin2 di Afrika bahawa kita negara kaya.Negara maju.Hingga rakyat bloeh jagi angkasawan,boleh pusing dunia secara solo,boleh beranang di selat inggeris,boleh panjat gunung everest.Kita boleh Malaysia boleh.Kita tubuh orkestera filharmonic (betul tak sebutan ku) yang belanja gajinya ,lebih dari 3.5 juta sebulan.Dan ahli2 orkestera tu pula terdiri dari rakyat asing.Cuma namanya saja Malaysia,orang lain yang dapat duit.kita perabis duit.Kita buat Moonsoon cup,Kita buat mesjid kristal ( hingga kini kata tak dak orang nak sembahyang).kita buat perayaan yang besar2.Banyak lagi,banyak lagi.
Kini harga minyak tinggi , maknanya kita dapat untung besar,kerana kita negara pengeluar minyak. Tapi untung bukan rakyat dapat rasa ,tapi dapat beban tanggungan harga barang.Duit minyak tak tau macam mana depa urus.Naik harga 78 sen seliter,subsidi 30 sen seliter.Duit2 RM 3.3 billion kat terangganu pun lesap,tak tau haprak mana yang kebas.Parlimen pun tak tau bagaimana duit keluarmasuk petronas tu di uruskan.Itu duit negara,itulah duit rakyat,dan rakyat perlu tau pendapatan negara. Kalau kita tak tau,maknanya macam duit getah dan bijih di masa british dulu juga la. Zaman tak merdeka.Kalau dok macam tu rasa kering tengkak pejuang kemerdekaan dok menjerit'Merdeka,Merdeka,merdeka'. Aku dulu pun dok jerit juga.Tapi la ni aku jadi terkilan,sungguh terkilan.Kerana mereka dah hilang daratan,mereka dah dekat memasuki lautan.......ingatlah tiada daratan di lautan........jerong2 berkeliaran....mereka lapar,mereka lapar.

4 comments:

Hebatnyer Melayu said...

salah kita juga sebagai orang melayu kerana tidak penah ingat yang satu hari nanti kita kana susah.

Unknown said...

Salah orang melayu yang paling besar ialah salah memilih pemimpin!!! Bila pemimpin yang orang melayu pilih adalah haprak, maka jadilah seperti sekarang...

Unknown said...

Salahnya rakyat malaysia juga.....

Unknown said...

Betul tu, pemimpin kita terlalu boros...