Saturday, June 21, 2008

ENTRI KE HOSPITAL DI AKHIRAT

ENTRI KE HOSPTAL DI AKHIRAT

Kemutan lubang ajaib memaksa ketol taik tersentot keluar . Rasa nak ketawa sampai pecah perut dan rasa nak terkincit berlalu begitu saja . Membuang najis adalah tak sama dengan membuang dosa .Dosa perlukan pengampunan Illahi . Itu pun kita kena beristigfar banyak2 kalau tidak terimalah padahnya diakhirat.Oleh kerana terlalu banyaknya seronok di dunia ini dan dah pun melampaui batas , manusia lupa pada akhirat.Majoriti nak kan seronok . Walaupun tempat seronok tu jauh ,tak jadi benda kat kita . Terpaksa 2 kali berak dan 5 kali kencing kita mati2an akan pergi mendapatnya,walaupun kita tua nak mampuih . Kita tak takut mengundang bala-bencana dari Allah.

Hidup kita mewah menghalang membuat ibadat . Jadi lalai , lalai macam lembu dikerabat bapak lembu..Kerana mewah nikmat membeli melebihi dari lazat memakai.Duit ada dimerata : bawah tikar,dalam kocek, berpuluh akaun bank,dalam kereta,dalam laci dimana2 saja kita simpan duit. Giro ada 50 keping.Tu pun rasa nak lagi.Tak cukup lagi. Lagi tak mati lagi dok berebut dunia.Jamban berak pun berharga 10 ribu ranggit, tempat nak berak saja.Memadalah berak di jamban biasa..

Kerana terlalu banyak harta , sampai ke tua pun dok kejar harta.Dekat nak mampuih pun masih dok tanya pasai sewa rumah. Tipu menipu menjadi mainan biasa.Rasa bangga bila boleh menipu kawan.Kalau jadi pemimpin,pemimpin itu jahat.Dan pengikut2nya juga terdiri dari yang jahat2.Sudah tentulah orang2 jahat memilihkan yang jahat menjadi pemimpinnya.Sama2 makan taik,bukan taik minyak.Kerana berlumba2 mencari rezeki,hidup mereka dalam kecemasan,tidak peduli haram dan halal.Hilang nikmat dalam diri seseorang.

Itu semua adalah orang2 sakit,dan mereka akan dimasukkan ke hospital di akhirat. Untuk dibersihkan. Untuk di keluarkan segala dosa dengan berbagai cara dan kaedah Allah. Neraka sebenarnya ialah hospital di akhirat.

Di dunia pun aku takut masok hospital ..

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Islam tidak melarang umatnya mengejar mencari kekayaan dunia selagi dia tidak lupa pula persiapan akhiratnya.

"Bekerjalah/berusahalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah dengan bersungguhnya seolah olah kamu akan mati esoknya."

Para sahabat Rasulullah saw pun ada yang kaya contohnya Abdul Rahman Auf dan isteri Baginda kesayangan kita semua Khadijah juga pada mula berkahwin dengan baginda pun seorang Peniaga kaya raya sehinggalah jatuh miskin kerana mendakwahkan Islam dan menyokong cita-cita suami tercinta.

Tidak salah kaya asalkan kita tidak lupa pada yang Esa. Jadi seorang kaya yang berIman. Bila kaya kita boleh bayar zakat. Tolong umat yang susah.

Saya tahu ramai kawan kawan yang kaya raya yang baik hati, pemurah dan selain bayar zakat mereka juga banyak membuat amal jariah secara senyap senyap. Ada yang buat surau, rumah anak yatim, sponsor pelajar ke luar Negara terutamanya ke Mesir dsb.

Tidak semua orang Kaya jahat dan tidak berIman. Orang miskin dan susah pun ramai yang jahat dan tidak berIman. Jadi kita tidak boleh menuduh semua orang kaya itu sahaja yang lupakan tuhan.

Orang Melayu kita ada sindrom benci orang Kaya. Melalui pengalaman saya sendiri, bila kita ada rezeki sedikit mereka akan dengki dan fitnah itu dan ini. Bila kita susah pula mereka tak suka dan jauhkan diri. Serba salah, semua tak kena.

Kalau saudara ada kenalan orang kaya yang sombong dan bongkak, tak menyenangkan mata saudara, doakanlah dia. Doakanlah supaya dia turut mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah swt. Doa itu senjata kita.

Kita pun dapat pahala mendoakan saudara kita dan InsyaAllah, doa untuk saudara kita yang kita buat senyap senyap tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan Allah swt.

Jika saudara berjaya mendoakan mereka yang kaya kaya ini supaya pulang ke jalan yang diredai Allah swt, InsyaAllah saudara akan dapat pahala berganda ganda.

Pahala mendoakan mereka dan pahala bila orang lain pun dapat habuan zakat bila si kaya raya telah sedar diri dan mula membayar zakat dan membuat lain lain amal jarih. InsyaAllah.

Unknown said...

Tak perlu takut masuk hospital....
Hospital dunia ok lagi. Cuma jgn masuk hospital di akhirat dah ler spt mana kata pak cha.

Semoga kita semua sudah dbersihkan di dunia lagi...
Tak sanggup den nak masuk hospital kat akhirat!!

Unknown said...

pak cha,

rasanya di akhirat nanti kita dah tak berak.....

Sebab tu kalau nak berak,kena berak puas2 kat dunia ni..

mamat said...

asal bernama manusia, berapa banyak harta pun tak pernah cukup....

Boleh bini sorang pun rasa tak cukup, nak gatai kawin lagi...