Friday, June 6, 2008

TSUNAMI MINYAK

Kata2 Abraham Lincoln : To sin by silence when they should protest makes cowards of men.
Rata2 aku pi jalan dan sambil makan kenduri,kerana tiap2 hari ada kenduri,aku dapati rakyat cukup sakit macam ayam kena hawar.Yang banyaknya sakit hati,nak marah2 saja kerana kenaikan harga minyak.La ni semua perkara bergantung dengan minyak.Belacan nak diangkut pun dengan lori , semua nak guna lori.Nak gi kerja pun guna minyak.Nak buat kerja pun ada benda2 nak guna minyak.Nak angkut taik dalam lori pun guna minyak.Taik tak boleh dilarikan air seperti orang2 dulu berak dalam parit atau sungai.Dari awal nak menyambungkan hayat kita mostly kita berkehendakkan minyak.Jadi minyak mahal,semua jadi mahal.Yang belum kawin tu jaga2 kerana nilai anak dara juga akan naik....mampuih hampa nak kena kampoi,cari duit.
Oleh itu kalau harga minyak naik 41% , makna pendapatan kita turun 41%.Yang gaji 1000 tinggal 600.Itulah kaedahnya kerana semua bergantung kat minyak.Pakai motor dapat subsidi RM 150. Gaji turun 400 tolak 150=250.Jadi kita masih lagi kekurangan 250 ringgit.Tu tak kira perbelanjaan lain2nya.Kepada yang bekerja jauh,takkan 150 ringgit tu cukup dalam setahun ? Belanja yang lainnya pun naik juga . Jadi subsidi itu boleh mengabui mata pada sesetengah rakyat yang buta ekonomi.Itu yang makan gaji.Tak kan semua gaji 1000,ada yang gaji bawah paras bahaya.paras yang dah pun nak lemas sebelum harga minyak naik.Tengok rakyat di Afrika yang kurus-kering dan perut buncit pun kita dah tak tahan merasai deritanya mereka.Takut nanti rakyat kita juga akan mengalami sedemikian.Mungkin terjadi kerana nurition makanan yang rendah nilai . Nak beli makanan berkhasiat dah tak sampai tangan.Nanti tengok pemimpin semua boroi2 tapi boroi mereka boroi kelas satu.Rakyat boroi entah kelas ke berapa.
Aku tak mau cerita yang pendapatan tu lebih dari 1000.Mungkin mereka boleh bertahan sikit,itupun kalau mereka pandai adjust diri mereka.Perangai manusia ni bukan sama , ada yang berlagak lebih.Lebih2 lagi orang Melayu,maaf cakap.Orang kampong pun semasa getah mula naik harga dulu pun dah nampak celorengnya.Bukan nak menyimpan,memboros saja.Bukan nak menuris lebih banyak lagi , supaya dapat lagi banyak.Sekali jual dapat 700/800 ringgit,releks cuti sampai 2/3 hari,sampai duit tu habis baru mula pi ke kebun pula. Belanja pun tak teratur,hisap rokok tu berhubung puting.Tok Mufti dah kata haram,depa buat tak kisah.Merokok tu haram.Pasai tu macam2 bala dok bergilir ganti.Harga minyak ni pun bala . Maksiat sekeliling pinggang , macam mana nak dapat nusroh dari Allah.Nak harap islam hadhari ?......phoorahh.

5 comments:

Unknown said...

Aku harap dengan kenaikan harga minyak ni harga rokok juga akan turut dinaikkan. Harga rokok patut dinaikkan 200%. Aku memang meluat tengak orang merokok, tambah2 depan anak2...

Aku rasa pak cha juga tak merokok kot....

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Rokok jelas haram.Dalam kitab hukumnya harus.Tapi itu kitab keluaran zaman 1300 diterjemahkan kebahasa melayu,dan rokok itu pun jenis lama.Persediaan cara lama .Rokok moden ni dah bermacam2 racun di bubuh......towkey pun orang yahudi...jelas haram.

Unknown said...

Hasil keuntungan jualan rokok adalah antara sumber pendapatan utama negara termasukllah hasil cukai bagi rokok yang diimport.
Naik macam mana pun harga rokok ni tetap tidak mendatangkan masalah kpd golongan perokok ni, yang penting bg mereka adalah setiap sedutan memberi kenikmatan, walaupun ada ank kecil di sisi.


-antirokok-

Unknown said...

Seperkara lagi, memang jelas rokok ni haram, tetapi masyarakat melihat masih ramai tok2 lebai malah para untaz juga menghisap rokok. So macam mana diorang nak percaya yang rokok ni haram. Ustaz2 yang kuat PAS juga menghisap rokok.... Kata nak tegakkan negara Islam tapi rokok pun tak boleh nak tinggalkan. Buang dulu tabiat merokok tu, pastu baru layak nak bercakap soal negara Islam....


-antirokok-

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Rokoklah yang menjadi penghalang untuk menobatkan Islam.
Yang dok hisap tu lebai2 haprak.
Depa dok rujuk hukum harus di kurun ke 13.Masa dah berubah,rokok pun dah berubah .Yang tak berubah cuma tok2 lebai.