Monday, May 31, 2010

KU BURUI BIAWAK KABOK NI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


BIAWAK YANG KU BURUI


Dah seminggu aku buat serang hendap nak tangkap biawak ni.Aku geram kerana dia naik atas bumbung rumah ku.Aku cuba praktikkan kembali pengalaman semasa kecik dulu.Tapi kecekapan ku dah menurun kerana usia.Mata kelabu,pergerakan lambat dan larian ku terhinggut2 macam kera lari di batas bendang.Ada kalanya rebah terkengkeng.Pukulan tak tepat lagi.Mengherot.



Nah hari ni dia bertemu dengan hero tua ni.Dapat ku tangkap dan terus membunuhnya.Dunia begini luas nak naik atas bumbung.Manusia pun kalau bodoh perangai macam biawak.Berasuah,menipu,merampas hak orang,dan serba mak-nenek lagi.
Kalau macam biawak tak perlu mandi dan sembahyang.Korek lubang dan timbuskan dengan tanah.

Ni aku nak buatkan batu nesan untuk kuburnya.



Ni dia kuburnya......aduh biawak pun ada batu nesannya.Tak payah baca talkin.Mazhab Wahabbi pun kata tak payah baca talkin....bida'ah.
Salam melebarkan senyum.................it is my day at srengenge






6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

biawak pun naik
tak mahu turun2

kalau orang yg tak mahu turun turun tu macamana nak digelarkan

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Rozali,

ada orang gelarkan gila kuasa,
ada juga macam firaun,
macam kata orang...cintakan dunia,
ada yang hilang kesedaran,
tak ingat mati,
Allah tutup mata hati,
dia dapat istidrat.

Walau macammana pun dia akan mampuih juga.

wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Tahniah kerana berjaya membunuh biawak itu,tetapi tuan tidak menceritakan bagaimana caranya?

Wassalam.

Anonymous said...

Diharap tuan dapat menerangkan kaedah penangkapan biawak tersebut. Terangkan dengan lebih terperinci.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anonymous,

malulah tuan.Nanti depa panggil 'pandai biawak' pula.

Saya ingat tanya saja Pakriasamy.Dia ada kat mana sekarang ya ? semestinya dah pencen.Tapi biawak masih dia tangkap.

wassalam.

Anonymous said...

Salam ayahanda,

Ya Allah...besarnya biawak tuuu....geli geleman pula hanis...hanis teringat sewaktu kami tinggal di Serting...ada biawak lari masuk dalam rumah & masuk ke dalam lubang tandas....lama juga laa kami takut masuk tandas...& sampai ke laa nie kalau hanis masuk tandas (tandas cangkung)...mesti hanis tengok ke dalam lubang tandas dulu...huhuhuhu....