Friday, August 31, 2007

DO YOU GO TO THE POST-OFFICE NOW ?

IN COMMON ENGLISH, IT IS A 7 LETTER WORD. IF WE REMOVE 1 LETTER FROM IT, IT REMAINS SAME. IF WE REMOVE 2 LETTERS FROM IT, IT REMAINS SAME. IF WE REMOVE 3 LETTERS FROM IT, IT REMAINS SAME. IF WE REMOVE ALL THE LETTERS FROM IT, STILL IT REMAINS SAME. WHATZ IT ?

GUESS !!!GUESS !!!



The answer is XOBTSOP , .........please spell it again . That was wrongly spelt .

THE BEAUTY OF MATHEMATICS

The Beauty of MAtheMazic
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Brilliant, isn't it? And finally, take a look at this symmetry:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321


One husband + One wife = ? , any number . I had met a couple with a maximum of 17 children .

Thursday, August 30, 2007

BIROBIKOM............itu sebutan melayunya

Satu sunnah Nabi saw yang jarang dilakukan oleh umatnya ialah berbekam . Orang kita selalu sebutnya birobikom . Tempat lain aku tak tau , tapi di tempat aku disebut begitu . Sokmonya ramai2 berbekam pada bulan Syaaban seminggu sebelum posa . Pagi tadi ( khamis 17 syaaban) banyak orang mai umah ku untuk berbekam . Aku panggil Us.Nawawi , dia pandai buat kerja itu . Aku pun boleh ,tapi aku seriau nak turis dengan pisau di kepala . Dulu dihisap guna tanduk , la ni dah ada sunction pump . Kerja jadi lebih mudah . Banyak darah kotor yang keluar . Orang pompuan keluar darah kotor tiap bulan .
Nabi saw bersabda , berbekam pada kepala itu ubat pada tujuh penyakit apabila meniatkannya.Antara yang disebut Nabi saw ialah penyakit gila ,sakit kepala,sopak,mengantuk,sakit gusi,suka pitam dan penyakit kulit .
Sebelum bekam tak boleh makan dan mandi . Jadi sesuai dilakukan selepas sembahyang subuh .Hari2 jumaat,sabtu ,ahad dan rabu tak digalakan berbekam. Yang paling baik ialah pada hari selasa pada 17 haribulan, mengikut bulan Islam .Selain itu ialah hari isnin dan khamis .
Ia jadi makruh berbekam awal bulan .Elok dikerjakan pada nisfu akhir , pada haribulan yang ganjil.
Ada masih banyak orang kita takut nak berbekam di kepala .
It's worth a try.....it is sunnah of our prophet.............pengajaran ini nabi saw dapat dari pada para-malaikat semasa di atas langit .
Berbekamlah sebelum dihinggapi oleh penyakit2 kronik . Berubat sebelum kena .

Wednesday, August 29, 2007

GOODBYE TENSION, HELLO PENSION

Kalau paksa bekerja , mudah dapat tension . Pasai tu kena pilih kerja yang kita minat . Kita seronok bekerja atau membuat sesuatu yang kita minat . Kita tak rasa penat dan jiwa mendapat kepuasan . Yang dah tersilap pilih kerja ,ini saja caranya : Goodbye tension , hello pension.
Aku dulu tension juga . Aku tension kerana di masa tu aku meluat dengan gara-gara bekerja di bawah skim SSB . Skim Saraan Baru . Aku melihat skim tu langsung tak sesuai dengan tugas pendidik . Bila skim tu berjalan macam-macam kerenah baru tercetus . Budaya mengampu mula timbul . Ampu tu tak apa , tapi ampu jijak kepala kawan . Kerana nak dapat tanggagaji 'menegak' dan 'melintang' masing2 cuba mengampu boss . Ada yang cuba jijak kepala kawan . Aku rasa cukup jijik macam taik . Boss pun mula kembang pungkur bila hari2 kena kipas. Dia tak tau akibat akan menimpa . Tak sampai setahun aku ambil tindakan buat option . Umur ku masa tu baru 51 tahun . Dah boleh buat option . Mula2 susah ku dibuatnya . Boss tak mau rekomen . Dua kali aku buat permohonan . Lepas tu aku sendiri paksa boss aku , dan aku hantar sendiri permohonan ku ,kerana bimbang tak sampai . Kemudian aku hubungi kawanku di kementerian supaya dia tengok permohonan ku . Permohonan ku memang dapat perhatian pegawai2 di sana . Pasainya aku kondem SSB . Aku terus membuat rayuan pada Illahi , dan akhirnya aku lulus . ..............SSB ( Susah-Susah , Bersara ) .
Tak berapa hari SSB pun diganti dengan skim lain ..................aku gembira kerana memang pendapat aku betul .
Skim terbaik ialah skim pencen.

Tuesday, August 28, 2007

JUST TO SHARE THE NEWS FROM FRANCE'S NEWSPAPER

Sleep sailing : A 74-year-old man who fell asleep on his inflatable matress as it floated off the beach at Berck-sur-Mer finally woke up to find that he had drifted 10km off-shore. He told rescuers that from time to time he opened his eyes but fell asleep again. The sea was flat calm but the rising tide gradually moved his lilo out to sea. When he finally woke up properly he managed to attract the attention of the crew of a sailing boat who came to his rescue. He was then taken ashore be a sea rescue launch and after some hours in hospital was allowed home. The local maritime authorities reminded holiday makers that inflatable mattresses should be attached to the beach by a light line, especially when used by children off beaches where there is a strong current.

Monday, August 27, 2007

HIDUP & MATI.........cuba banding & branding

QULLUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT ................tak dak sapa pun boleh hidup lama , pasti akan mati . Kita adalah sebaik2 makhluk ciptaan Allah . DiberiNya segala-gala . Cukup comel dan molek. Untuk hidup diberiNya roh . Untuk meneruskan hidup diberiNya rezeki berlimpah-ruah.Selagi kita hidup adalah rezeki kita . Bila habis rezeki roh akan diambil kembali . Mati lah kita. Tidak apa sapa pun sayangkan mayat . Kerabat kita akan kebumikan kita . Ada agama pula terus membakarkan mayat.
Dengan kecantikan kita di dunia , tak juga semestinya kita cantik apabila mati . Mungkin lidah kita akan dipotong-guntingkan kerana berdusta . Isi perut mungkin berburai keluar kerana banyak makan riba' . Daging kita luruh-jatuh kerana terjadi dari memakan benda2 haram . Semua kisah ini dapat kita hayati dari perisatiwa2 Israk-mikraj . Sekarang ni jarang orang nak baca kisah2 tersebut . Orang lebih tertarik dengan gossip2 para artis , lebih tertarik dengan filem2 yang mengiorkan . Lebih tertarik dengan pesta2 budaya , nyanyian dan perlawanan sukan . Tertarik tak tentu pasal .
Kedudukan kita hebat di dunia . Kita orang besar ,orang ternama . Pingat berjela-jela . Tapi adakah kita juga akan jadi orang besar apabila dibangkitkan selepas mati . Ada kemungkinankah kita disambut oleh para malaikat Allah . Mungkin kita terkenal saja di dunia , tapi tak terkenal dengan makhluk2 di langit . Biar lah kalau kita tak terkenal di dunia . Tapi pastikan segala tindak-tanduk kita di dunia di redhoi Allah, supaya kita jadi terkenal sesudah mati. Biar hina di dunia , tapi janganlah menjadi terhina di akhirat.
Wah, rumah kita mewah sekali . Di penuhi oleh pelbagai perabut import dari luar negeri . Mahal2 semuanya . Bila mati , keluarga kita sendiri . Anak bini kita sendiri memasukkan dalam liang lahat berdindingkan tanah . Tidak ada benda mewah dibawa bersama dalam kubur . Mana tilam empok kita , mana katil kayu jati kita , mana selimut yang ku beli dari amerika dulu . Mana hawa dingin , kerana panas sekali d alam kubur ini. Mana lampu yang ku samun dari duit rakyat , kubur begitu gelap zulumat . Wah , kain putih yang termurah pula jadi pakaian ku . Mana seluar dan baju kot aku , yang dulu aku tempah dari Perancis . Mana hak aku . Dah pukul berapa agaknya , mana jam tangan ku yang ku beli dari switzerland . Semua dah tiada , dah jadi hak orang lain .
Perut ku rasa lapar . Dulu di dunia berbagai makanan ada disediakan. Aku makan penuh lahap . Tak pernah aku bersedekah kepada orang2 yang melarat. Tidak ada kasihan-belas dari aku . Sekarang apa yang nak aku makan ? Apa yang nak ku minum . Aku cukup dahaga . Wah , ada pula semut2 ,cacing datang memakan aku pula . Aduh ! sungguh berbisa sekali gigitan mereka . Tak dapat nak perikan sakitnya . Aku menjerit minta tolong dengan sekuat suara . Tak dah sapa pun datang memberi pertolongan . Mana perginya pekerja2 ku . Mana perginya koli-koli aku . Sorang pun tak datang membantu . Saja lah aku menggaji mereka dulu .
Wah , rupanya hidup di sini nafsi-nafsi . Aku kena tanggong sendiri . Bila pula aku akan mati ? Tiada lagi mati . Hiduplah selama2nya . Alhamdulillah kalau dapat hidup senang-linang . Dan menyesal tak kesudahan kalau hidup dalam siksa . ...nauzubillah .

KITA TAK IKUT CARA KITA

Walaupun dah 50 tahun merdeka , tapi masih following their footsteps . Kita tak bina identiti sendiri . Kita tak buat cara kita . Kita tak sambut cara kita . Kalau kita negara Islam , walaupun Islam Hadhari , ikutlah cara Islam . Kalau tidak di mana pengakuan kita , di mana kita sebenarnya . Aku lemas tengok bangsa kita dok sambut merdeka . Dah lah setiap minggu dengan berbagai konsert dan pesta2 nyanyian dan peraduan Af , Sure-Heboh , dan banyak lagi yang aku pun tak tau nak sebut . Sambut merdeka pun di isi dengan pesta yang sama . Ngapa tidak pada malam tersebut kita isikan dengan aktiviti keagamaan . Paling sikit kita boleh buat ialah sembahyang hajat dan baca Yassin di semua surau dan mesjid di Malaysia ini . Kalau tak dak kenduri pun tak apa . Kita masing2 balik makan di rumah. Minta polis beri kerjasama beri jaminan tak dak maksiat yang berlaku pada malam itu. Kerana maksiat akan menggamit bala . Bair lah Allah redho dengan perbuatan kita .
Aku ucap syabas kat kawan ku bila menyambut harijadinya . Pada malamnya dia buat kenduri arwah .Ada majlis bacaan Yassin dan sembahyang hayat . Dia tak buat hambuih lilin dan nyanyi happy birthday . Itulah cara kita . Kita boleh sambut harijadi , kita boleh sambut hari merdeka , kita boleh sambut orang2 ternama , kita boleh sambut.......sambut ......sambut...........dan sambut . Tapi buatlah cara kita . Kalau dok buat cara depa , dan akan tiba murka Allah . Bila tibanya kemurkaan Allah habis rosak , punah.....dan merundum dan terbengkalailah segala apa yang kita dok bina ini. Sejarah telah buktikan semua itu . Cuma kita saja yang buta sejarah.
Hari2 ada saja nak selewengkan sejarah .

50 TAHUN MERDEKA.......my view

Tak berapa hari lagi genaplah umur kemerdekaan kita yang ke 50 . Umur menunjukkan kedewasaan negara kita . Bila dah dewasa itu maknanya kita dah matang . Matang dari segala segi . Pembangunannya , ekonominyanya , sosialnya , pendidikannya , bahasanya & sasteranya , muda-mudinya , ....nya ,.....nya , dan sebagainya , termasuk juga bolasepaknya . Tapi nampaknya kita masih meraba-raba dalam bentuk pelaksanaan kepelbagaiannya . Nampak macam dah jadi bercelaruan di sana-sini . Kerosakan moral muda-mudi cukup parah kerana kita ketepikan ajaran agama . Rakyat pula rasa macam terpinga2 dengan unsur2 hadhari yang kita tonjolkan . Dulu tak dak pun penasihat agama , dan bila ada penasihat agama kita bertambah celaru . Macam2 mazhab tercetus , dan ajaran salah tumbuh sana-sini . Dan 'ayah pin' pun dah hilang begitu saja . Nampak macam tak dak tindakan dan tak dak pemulihan . Sekolah agama pun dah banyak gulung tikar kerana tarikan bantuan . Sapa yang bertanggung-jawab ? Kita tak akan terlepas dari habuan di akhirat nanti . Sebelum tu akhbar tulisan jawi pernah gulung tikar . Banyak yang buta jawi . Bila buta jawi ,butalah Al-quran jawabnya .
Kita hilang lepas satu , satu . Bahasa Melayu juga dah jadi macam anak-tiri . Bila kita dah nampak banyak anak2 Melayu berjaya menjadi doktor dan jurutera melalui pendidikan bahasa Melayu , kita alih haluan belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris . Kalau nak mantapkan bahasa Inggeris , tambahkan saja masa pengajaran bahasa Inggeris . Tak perlu ubah sukatan matematik dan sains . Awat , China ,Korea , Jepun , Russia , Sepanyol , Perancis dan yang negara2 maju yang lain semuanya guna bahasa Inggeris ? Cara kita semua bercelaru kerana otak kita bercelaru . Sentimen dan ego kita memusnahkan segala . Kita terlampau nak short-cut dalam semua hal . Aku cukup terharu apabila Tan Sri Dr. M berkata dia kecewa tak dapat mengubah pemikiran orang Melayu , walaupun memimpin selama 22 tahun . Itu adalah kegagalannya , bukan kegagalan orang Melayu . 22 tahun adalah masa yang lama untuk dia buat . Aku nampak itulah kegagalannya . Macam kita gagal didik anak sendiri , selama 22 tahun .
Yang paling aku sedih sekali anak2 yang dok mengaji di IPTA/IPTS kena buat pinjaman berpuluh ribu ringgit . Ada pula interestnya , 4 % . Bila graduate dok tanam 'anggor' pula bertahun2 . Ada pula pemimpin cadang depa jadi petani moden . Mana boleh , depa mengaji bahagian lain nak buat kerja lain . Macam dok suruh manusia makan rumput dan lembu pula makan nasi. Tak kerja lagi duit pinjaman berpuluh ribu ringgit . Hutang sekeliling pinggang . Hidup dan mati depa dalam hutang . Kalau tak dapat jelaskan hutang , bila mati , roh-roh mereka akan tergantung di langit . A very,very sad case .
Murtad is the most serious case . Sana-sini dengar saja kes2 murtad . Ada pula tu memohon nak tukar agama . Tak payah pohon , bila dah niat nak murtad otomatik dia jadi murtad . Tak payah tukar nama. Apa ada pada nama ? Abu jahal, Abu Lahab dan musyrikin yang lain tak pernah pun tukar nama mereka . Depa boleh cakap Arab lebih faseh dari kita . Depa lebih faham maksud A-quran dari kita . Tindakan susulan kita tak buat . Memang budaya kita dari dulu macam tu . Maintenance capacity kita is nearing zero .
Aku cukup sayang negara ku . Aku bimbang negara ku jadi macam orang2 tua di rumah2 kebajikan . Cukup bimbang . Di masa itu tak guna lagi bernostalgia .
Melancolik .

Sunday, August 26, 2007

WHAT A GENERAL STATEMENT !

Aku langsung tak berminat bermain politik . Sejak muda dulu pun sama juga . Aku cuma beri sokongan pada hari mengundi saja . Itu pun kalau aku suka undi . Kalau tidak aku tak pi mengundi . Lebih-lebih lagi bila aku tau ada penipuan , aku tak mau terlibat . Kerja tipu-tipu ni satu dosa . Mana boleh tipu ini soal negara . Kalau tipu , 5 tahun meter dosa penipuan berjalan . Hinggalah hari mengundi yang baru tiba . Kalau tipu kerja kita jadi sia-sia . Tapi dari mikroscope minda aku , kerja tipu-tipu jadi makin jelas . Budaya politik dah jadi kotor . Politik yang bersih dah jadi kotor kerana budaya yang dibawa-bawa, kerana ghairah sangat nak jadi wakil . Imam2 terkenal dulu menolak apabila ditawarkan jawatan2 tertentu , kerana mereka takut dengan hukum Allah . Bukan senang nak jadi pemimpin yang adil . Lebih baik toksah . Kita jadi pemimpin rumahtangga dah cukup.
Aku rasa terpanggil bila mamak menteri tv/radio kita menuduh ahli bloggers sebagai penyanyi karaoke . Tuduhan itu terkena kat aku juga . Walaupun aku tak pernah jejak kaki ku ke karaoke . Pedih juga telinga ku . Depa nak marah kat Malaysia-today. Tapi habis semua terpalit . What a general statement . Aku pun mula nak baca Malaysia-today . Nak cari pasai apa depa marah . Kepala hotak ku mula terpuing-puing bila membaca artikel ," Anak mamak maidin semakin goblok".
Tak habis2 berperang mulut . The world is not more a place for dwelling . Full of hatred .
Nabi s.a.w pernah bersabda.........DUNIA INI ADALAH SEPERTI BANGKAI .

KENDURI AT MAHADIR YUSOF'S

25th August,2007

Met many old-friends namely : Ahmad Nooraini and wife with their fourth son , Ahmad Saad ( formerly we called him Saad Lipat.....sepak-raga forward) but not a glimpse of his wife, Salim Dahari & wife , Ustaz Mohd. zain,Razdhi Mahmud . All looking healthy, alhamdulillah. Ahmad Nooraini is very popular for his SAAB car , drived all the way from Kuala Kangsar .Almost all are favourites of continental cars . Salim is a volkswagen fan, so is Sahak. Ustad Md Zain is Opel Kadett of course. Dad is pegouet ( sorry forgot the correct spelling ). Majid always go for Norton and Ford . Azmi is known for his volvo . Majid regreted selling his old norton , so is Azmi Kassim selling his Ford 'the batman'. It was a Ford Capri with green and white stripes . The same car used by Pat Boone ( April Love). I still have my original , mestilah volkswagen . It is not a car, but it is a volkswagen ( German name ) . According to Azizi : a folks wagon / people's car .

Besides there were local friends from Sik : Sahak vespa , Majid Norton, Dad ( Haidir) Ah Fong ( he has a chinese outlook) and their wives . I was alone because my wife went to Kelantan , to visit our son there.

Azmi kassim was unable to attend because there was a funeral .

What a nice gathering.

Friday, August 24, 2007

NO SUCH THING AS COMFORT ZONE (2)......continue

Semua kita bertanggungjawab di atas semua benda. Paling terpengaruh kita , paling banyak t/jawabnya. Orang ada kuasa lagi banyak t/jawabnya. Orang kaya paling banyak t/jawabnya.Kawasannya luas meliputi negara , negeri ,jajahan , daerah2, kampungnya dan paling sempit areanya ialah rumahtangga. Tapi banyak orang pandang sepi terhadap ini semua . Kebanyakannya bertanggungjawab mengisi perut sendiri , tanpa hirau persekelilingan . Itu depa punya . Dan kalau boleh nak kaut lagi banyak walaupun dengan apa cara sekalipun. Sanggup menipu. Sanggup menzalimi.Sanggup dengan apa cara saja,asalkan hajat tercapai.Lebih2 lagi dalam percaturan politik . Sanggup menzalimi dan menipu dengan pelbagai kaedah. Propaganda politik adalah tipu-helah . Memporak-porandakan jadilah propaganda . Macam Bush dok buat di Iraq. Dosanya bukanlah sedikit . Nak ganti dengan dunia ini pun tak mencukupi.Untuk bermegah nak tunjuk terror . Untuk bertakbur , manusia cepat lupa diri .
Berbagai kemungkinan akan berlaku dan kemungkinan akan ada di mana2 saja . Jagalah supaya kita tidak bermungkinan terkeluar dari rel yang diredhoi . Masa inilah manusia dihasut dan syaitan cukup pintar membuat helah yang sesat. Carilah kebahagiaan untuk diri di atas segala susah-payah diri sendiri . Jangan cari kebahagian diatas susah-payah orang lain . Kebahagiaan yang dicapai biarlah dapat dikongsi oleh orang lain . Kerana ia pemberian Illahi . Tok sah balon semuanya untuk diri , tapi kongsikan sedikit dengan manusia lain. Agama kita menentukan zakat untuk kita amalkan supaya kita bersih dari kekotoran . Sedekah untuk kita bersih hati . Hati tak sokmo mendongak ke atas , tapi ingin dan bersedia melihat ke bawah . Comfort perlu dikongsi bersama . There is no comfort when people around are in discomfort .
Aduh,aduh.....what a discomfort world we are in . The rich are to rich , while the poor are very poor and neglected. Isn't it ashame to us all ?

NO SUCH THING AS COMFORT ZONE

Orang yang beragama sentiasa menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya . Mereka juga menganggap diri sebagai pengembara yang sedang bermusafir dari satu alam ke alam yang seterusanya. Dalam larian hidup kewaspadaan sokmo disematkan di hati . Bantuan dipohon dari Illahi . Mereka redho atas segala kurniaanNya. Mereka impikan comfort zone yang abadi . Di dunia sebenarnya 'no such thing as comfort zone' . Apa2 saja comfort yang mereka perolehi di sini tidak menjadi kebanggaan pada mereka , mereka cuma boleh bersyukur saja . Comfort kini adalah sementara saja tak kekal . Mereka rasa bimbang kerana takut comfort yang didapati menjadi benteng untuk comfort yang abadi . Mereka bimbang kerana comfort sementara ini melalaikan mereka dalam pengejaran comfort yang abadi nanti . Selalunya begitulah , kita mudah dibuaikan oleh kemewahan yang sementara ini. Apabila terlalu comfort , payah nak ingat padaNya . Dalam sembahyang pun kita terbuai dengan berbagai angan2 . Jadi comfort yang sementara ini merupakan satu bala .
Segala susah payah pun boleh melalaikan kita . Tak dak masa nak ingat padaNya . Sokmo dok pikiaq nak penuhkan perut yang kosong , nak penuhkan kocek yang kosong , nak nikmati segala luxury yang tak pernah kesampaian. Nak segala2 yang dapat dilihat tapi tak dapat dirasai . Bila dapat satu nak lagi dua . Bila dapat yang ini , nak pula yang itu. Yang baru lebih elok dari yang dulu . Terhalang rasa bersyukur . Terlindong dari segala kesusah-payahan yang terdahulu . Jadi susah juga satu bala.
Jadi hidup ini dipenuhi oleh bala . Kaya pun bala , miskin pun bala. Ya , itulah hakikatnya pada orang2 yang mengerti . Cuma kita harus sedar bahawa kedua2 keadaan susah dan senang perlu ditakbir dengan hati2 . Dengan akal yang diberiNya kita kena pandai 'manage' hidup ini ke arah yang lurus , ke arah 'siratulmustakim' . Bila dah pandai menguruskan hidup , tidak ada lagi keluh-kesah dalam hidup ini . Kita mudah bersyukur . Kita mudah menjadi 'contented' . What more , everything is the gift of Allah . Nobody is in the comfort zone . Hang kaya kah ,hang susah kah , hang segak kah , hang hudoh kah , dan hang tu apa saja lah , semuanya di dalam larian menuju ke penamatnya . If you manage it in the proper way ,success is ahead of you . If you mismanage it , what an unlucky citizen you are .
Allah Maha Adil . So don't be smart . Kita dah dengar cerita2 dari Rasullah saw , bagaimana membuang duri di jalan saja dapat memasuki surga Allah. Bagaimana seorang pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing dahaga juga sebegitu . Banyak lagi contoh2 dalam didikan agama kita yang menyusun dan mengatur supaya kita pandai me'manage'kan hidup ini . Kalau kita jutawan , manage it the best way . Begitu juga kalau kita miskin dan papa kedana , kalau pandai managementnya boleh dapat ganjaran yang lebih lumayan dari si kaya . We are given equal time . Kita diberi masa yang sama , semua mendapat sehari 24 jam , not more not less. Sesaat kita berpikiaq adalah lebih lebih baik dari dunia dan isi2nya sekali .
So , let us kejar that comfort zone that lies ahead...herafter .
Just look around us...........tak banyak yang sedar , masih banyak ruang yang perlu diisi dalam hakikat pengejaran kita ke arah comfort zone .
Don't be comfort , be alert .

Thursday, August 23, 2007

THE 23rd OF AUGUST,2007

23rd of August,2007

Walaupun belum lagi sampai tarikh menyambut 50 tahun merdeka , tapi hari ini juga hari bersejarah bagi sahabat ku . Dia juga boleh dianggap sebagai cikgu ku , kerana umurnya sebaya dengan umur cikgu ku . Dan memang dia pun bekas guru yang banyak berjasa pada dunia pendidikan tanahair . Kekawan sekolej dengannya banyak yang jadi cikgu ku dan mereka banyak berjasa menjadikan aku seorang pelajar yang berminat menuntut ilmu. Hingga hari ini aku tak dapat lupakan mereka . Aku baru 2 bulan dapat berkenalan dengannya melalui internet . dan aku cukup berbangga kerana Allah mempertemukan kami. Kata orang2 alim , kalau di zaman alam zuriat dulu kita pernah berkenalan sesama benih2 anak-cucu Tok Adam , kita akan berjumpa semula di alam dunia ini . Di zaman itu tidak ada sesiapa pun akan teringat ,kerana kita adalah insan ( pelupa ).

Hari ini genaplah umur kawan ku 70 tahun , 5 tahun lebih tua dari ku . Adat orang sekarang ialah ucapkan happy birthday . Tapi aku ni luar biasa sikit , tak suka ucapkan happy birthday . Sebabnya ialah ia bukan adat bangsa ku dan budaya agama ku . Kita boleh ikut adat orang kalau tak menyalahi syariat . Kita boleh tiru orang kalau ia bermanfaat dan tidak menggugat akidah. Dan orang semua tau happy birthday itu kurang bermanfaat dalam liku-liku hidup kita sebagai orang tua . Ia Cuma sesuai untuk nak syok-syokkan kanak2 saja . Agama suruh muhasabahkan diri dari sehari ke sehari , kerana sebenarnya umur kita makin susut setiap hari . Jadi tak dak masa nak happy , kerana mati semakin dekat dengan kita . Kita kena memperingatkan diri supaya umur kita yang semakin berkurangan itu dimanfaatkan sebaik mungkin . Ada orang nak boleh setuju dengan aku atau tidak ? , itu tak penting bagi aku . Kita dikurniakan akal untuk bertindak secara rasional. Kita kena ada pendirian . Sesapa saja boleh pandukan kita , tapi yang terbaik ialah mendapat panduan Al-quran dan Al-hadis .

Kawan ku banyak berjasa pada Negara . Ilmunya banyak , Lulus senior Cambridge di awal tahun 50an . Melanjutkan pelajaran di England dan Australia . Berkhidmat sebagai guru dan pernah menjawat jawatan Pengetua sekolah menengah dan merupakan di antara orang terawal dalam penubuhan Universiti Utara Malaysia . Pernah menjawat jawatan Pendaftar di universiti tersebut . Sekaligus beliau juga seorang yang professional dalam ilmu fotogarafi . Gambar2 yang pernah diprosesnya di tahun 50an masih dalam keadaan ‘awet muda’ . Dan yang hitam-putihnya pun telah diwarna-warnikan . Banyak menulis cerita2 yang menarik dalam bahasa inggeris . Aku harap koleksi2nya akan dibukukan supaya boleh memberi manfaat kepada generasi2 muda sekarang .

Syukur pada Allah kerana kawanku cukup sihat , tiada ada penyakit dan cukup cergas dalam larian hidupnya seharian . Berbanding dengan aku , kawan ku lebih hebat . Satu petua dia ceritakan pada ku bahawa dia tak pernah hisap rokok sejak muda2 dulu lagi . Wah , satu nasihat yang patut dicontohi anak2 muda sekarang . Bukan aku dah kata dalam post aku dulu bahawa rokok tak berguna langsung . Walhal haram pun dari segi agama kita..

Kawan ku ialah Pak Non . What a personality .He is now a consultant with Syarikat Anak Arshad Akitek .My doa for your success . Hope you live longer for the benefit of humanity .

May Allah bless you and live a very happy life with Mak Wan .

Pak Non.

Friday, August 17, 2007

EXTRACT FROM M.VEERA PANDIYAN......the people's prince

As such, it would be inane to ignore the voice of our “man of the hour” – Raja Nazrin Shah, who has more than proved to be a guiding light in these increasingly disquieting days. The erudite crown prince of Perak has emerged as a symbol of hope to Malaysians who are worried that the fabric of the nation is being torn apart by political expediencies, ethnic and religious extremism and its wealth ripped off by the rapacious. He has been voicing the real concerns of the people in a series of pertinent speeches, the most remarkable being Challenges and prospects for nation building: A lesson for the young and bright – his keynote address at the first Student Leaders' Summit on Aug 5. Blunt in defining the malaise we are mired in, the Harvard and Oxford scholar proffered three basic essentials to stop the rot. The first, he said, is to recognise the Rule of Law and the inviolability of the Constitution, stressing that the supreme law of the land provides adequate checks and balances against excesses through the separation of powers between the executive, legislative and judicial branches, with each protected from encroachment by the other. The second element he cited is economic and social justice for all. He said all groups in society, regardless of ethnic group, religion or gender, must participate in making decisions that affect their lives and livelihoods. “The people we work and play with, the friendships we make must never be constrained by ethnicity.'' “Preconceptions, parochialism and chauvinism can be eradicated if we interact actively with others of a different ethnic group or religion – even if it is just one teacher, one man, or one schoolmate. In many areas, this is absent and it must change,” he said. The third vital essential highlighted by the prince is good governance. He said institutions of governance must show and generate norms and behaviour that are fundamentally efficient, productive and just. “Only those who are capable, responsible and scrupulously honest should be allowed to serve in positions of leadership. The inefficient, incompetent and, most importantly, the corrupt, should be held in absolute contempt.” “We must have leaders who are earnest in maintaining unity, never resorting to religious or ethnic posturing to further political careers at the expense of peace and security. Should they fail in this respect, they must be held accountable and answerable before the law.” The prince suggested several ways for young Malaysians to “tenaciously forge this nation”, beginning with getting copies of the Federal Constitution and familiarising themselves with the rights enshrined in the document. He advised them to study the country’s history and former leaders like Tun Dr Ismail Abdul Rahman who dreamed of a nation without colour lines, ethnic borders nor any group feeling a sense of inferiority. He told them to take “personal ownership” over the well being of the country, hold on to their ideals instead of giving way to apathy, cynicism or opportunism. The prince urged the young to take active part in community services that promoted interaction among the races, serve the country to the best of their abilities and not shy away from working in the public sector. Wouldn’t it be nice if his speech were made a subject of study in schools? Every Malaysian child, teacher and headmaster must also be made to understand it, along with all policymakers and implementers in the civil service. Needless to say, the country would be a much better place if our politicians, irrespective of whichever party they belong to, and those who sit in local councils, state assemblies and Parliament, can grasp the simple truths bravely espoused by the people’s prince.
extracted from The Star.

MATI PUCUK

BERITA INI AKU PASTE DARI HARIAN UTUSAN MALAYSIA 17/8/07

Kes mati pucuk terus meningkat di tiga negeri
KOTA BHARU 16 Ogos – Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi masalah mati pucuk.
Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr. Peter Ng Eng Pin berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan tahun lalu di tiga negeri terbabit.
Katanya, kajian juga menunjukkan jumlah lelaki penghidap mati pucuk di negara ini hampir sama dengan keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang menghadapi masalah serupa.
Beliau yang menyifatkan peratusan itu begitu tinggi berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.
“Punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk.
“Ia menjadi bertambah teruk apabila lelaki malu untuk bertemu dengan doktor disebabkan ego mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Kesihatan Seksual anjuran Persatuan Kesihatan Keluarga Univesiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.
Persidangan kali pertama itu dihadiri kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan.
Alternatif
Dr. Peter berkata, kebanyakan lelaki juga percaya masalah seksual termasuk mati pucuk boleh diubati dengan rawatan alternatif.
“Kajian saintifik menunjukkan hanya Viagra dan ginseng merah Korea sahaja mampu menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun pengambilan akar kayu atau kemaluan harimau tidak memberikan sebarang kesan,” jelasnya.
Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.
“Seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincang oleh masyarakat di negara ini tetapi kebanyakan kita lupa bahawa ia memberikan kesan kepada emosi dan tingkah laku kita,” katanya.
Tambah beliau, kajian menunjukkan seramai 113 juta penduduk Asia dijangka menghadapi masalah mati pucuk pada tahun 2025.

MAINTENANCE

MAINTENANCE

Ada projek sana , ada projek sini . Macam2 projek . Projek corridor utara dan corridor selatan menelan belanja berbillion . Jenoh para kontraktor berpusing ligat . Bukan senang nak sudahkan sesuatu projek . Dekat pula dengan pilihanraya . Lagi banyak pula projek-projek kilat yang terpaksa disiapkan dalam sekelip-mata . Murah rezeki depa . Kocek kembong penuh duit . Raya sakan . Untung besar, maklumlah projek kilat . Jalan2 minitar di turap semula , walaupun baru saja diturapkan . Calit tar sikit pun taka pa , sebab ia masih kuat . Pada hal gunakan lah untuk jalan2 yang masih belum ada tar . Ni tidak . Kalau JKKK pandai , setiap kali pilihanraya di turap semula . Dengar kata ada komisyen juga . Itu aku taktau , akhirat esok kita akan tau semua itu . Kita jangan bimbang , di mahkamah agong esok Rabbul-Jalil sendiri akan menjatuhkan hukum . Siksanya pun cukup lumayan. Masa itu masing2 dok mintak nak balik kat dunia sat untuk nak selesaikan masaalah . Senang pikiaq , kita selesaikan masaalah sekarang . sebelum terlambat . Bila mati there is no turning-back.

Jadi segala projek pastikan no nuisance . Buat elok2 juga pastikan no dirty money . di akhirat dirty-money akan jadi SHIT. Tak dak sapa suka pada shit . Shahnon tulis buku pasai shit pun orang mara berapi-api . Tu baru tuleh buku . Kalau lempar shit sungguh2 lagi depa marah . Yang marah sangat tu ialah orang politik . Aku tak marah , pasai aku syok baca buku . Shit pun shit lah , asalkan ia buku . Buku seks ? Baca juga , tapi dulu . La ni dah tua tak baca lagi . Baca buku seks pun dah hilang syoknya . Syoknya tak ke mana . Nanti kamu tua esok ,kamu tau lah . Makin hari makin tua .

ASTAGFIRULLAH.

MATLOH

MATLOH

Semasa aku kecik2 dulu sekali-sekala ada2 saja ahli saudara-baru masok kampong meminta sedekah . Masing2 membawa guni tepong gandum . Selepas memberi salam secara atomatik tuan rumah memberi beras . Masa itu peminta sedekah tidak diberi duit , kerana orang tidak berduit . Dia pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah . Kekadang dia dapat mengutip hampir seguni beras . Itu budaya dulu . Sekarang kita tak mau saudara2 baru kita meminta sedekah . Dan yang memelok agama Islam bukan lagi fakir miskin . Dulu kebanyakannya orang miskin .

Masa berubah , zaman berubah dan semua dah berubah . Dan saudara2 baru kita masukkan dalam agenda Perkim . Di latih dan diberi maklumat tentang agama . Mereka jadi lebih pintar dari Islam asal . Kekadang yang Islam asal pula yang tak tau hal2 agama . Waktu sembahyang pun tak dihormati , musim berpuasa tak puasa . Akhlak pun dah entah kemana . Berpoya kesana berpoya ke sini . Sebutkan saja benda2 buruk , orang asalnya Islam dapat nombor wahid . Kita jadi juara dalam kebanyakan unsur2 negatif.

Dulu saudara baru orang kita sebut matloh . Aku tau depa ambil dari perkataan mualaf . Mudah disebut matloh . Oleh kerana orang2 kita banyak tak pandai agama , kita juga adalah saudara baru . Jadi kita pun adalah dari golongan MATLOH .

Jom kita sama2 pi ngaji agama , kerana kita masih lagi MATLOH .

Wednesday, August 15, 2007

KARAM SINGH WALIA

Mengapa sakarang ni nak buat baik kena tunjuk-tunjuk . Kena hebah bagi orang ramai tau . Nak derma kena buat chek besar-besar . Agama suruh buat diam-diam supaya pahala tu berlipat ganda . Buat secara ikhlas . Yang menjadi pahala tu ialah kerana ikhlas . Yakin penuh dengan suruhan Allah .

Massalah rakyat pula terbiar di sana-sini . Tak terpikir ke JKKK nak beri tau Kat YB , supaya dapat diselesaikan sebelum terbongkar rahsia2 yang dah lama berhantu . Dah 50 tahun merdeka , minda kita tak merdeka lagi . Dok di tahap minda kelas ketiga lagi . Nasib baik ada Karam Singh Walia datang membongkar berbagai2 'kezaliman' yang berlaku . Masih belum dapat menikmati nikmat merdeka pada setengah2 manusia di bumi bertuah ini . Yang mengaku makmur , yang mengaku maju yang mengaku berhadhari . Kalau Karam Singh Walia tak pi cungkil , dok merana lah manusia di bumi bertuah ni . Kadang2 dok pikiaq nak lantik Karam Singh Walia jadi YB , jadi menteri , jadi pengerusi nu dan ni . Dan akhir2 ni Bola kita merudum, terpikiaq pula nak lantik dia jadi setiausaha FAM .

Carry on your good work Mr. Karam ...........let us GEGARRrrrrrr.

Tuesday, August 14, 2007

GOLF...I'VE STOPPED PLAYING

GOLF…I’VE STOPPED PLAYING

Aku telefon kawan lama ku yang kini sedang sakit . Pergerakannya dibantu oleh kerusi-roda . Kami bersembang panjang menyentuh berbagai cerita dan keadaan . Lepas satu cerita disambung pula cerita yang lain . Percakapan kami terputus2 kerana pendengaran kami dah below par . Dia kuatkan suara , aku pun sama , kuatkan suara ku . Supaya sama2 boleh paham hasrat masing2 . Selepas bercakap panjang dia tanya aku dok buat apa lani . Aku jawab aku dok main golf ( dikampong aku bermain golf ialah istilah untuk kerja menebas ). Kawanku ketawa terbahak2 . Aku tanya pasai apa ketawa ? Dia kata

G = golongan
O = orang
L = lemah
F = fikiran

WRITING IS EASY

WRITING IS EASY

Gene Fowler berkata ,” Writing is easy . All you do is keep staring at a blank sheet of paper until the drops of blood form on your forehead” .

Memang dulu pun aku rasa berat menulis . Semasa sekolah dulu , aku berasa sukar bilamana disuruh membuat karangan . Tangan berasa kaku dan that drops of blood never form on the forehead . Itu pun bukan banyak , seminggu satu karangan dan panjangnya pun 300 perkataan saja .

Kini tanganku selalu rasa gatal2 saja nak tulis apa saja yang terlintas di kepala , tetapi kadang2 setiap juzuk pada diri menolong memberi ilham untuk menulis . Bayangkan kaki sendiri memberi rangsangan untuk tangan menulis . Telinga memberi idea untuk ditulis.Mata memberi kerjasama supaya tangan biasa saja menulis . No more that drops of blood on the forehead . Impian dan igauan mimpi semalam menurunkan berbagai idea pada tangan dan jejari melompat2 di depan PC . Jejari menjadi lebih energetic dan berstamina luarbiasa bila dah on your mark , get set and go . Ia akan terus memecut bagaikan sprinter larian jarak dekat 100 meter . Dan menamatkan dalam masa rekod baru rekod terkini . Kekadangnya diri sendiri pun hairan bagaimana ia boleh berlari dan berlari walhal kepala-hotak bukan terletak di situ . Kepala-hotak tak mengawalnya , tiada ada kawalan jarak jauh atau dekat . Ia akan berenti tanpa disuruh . Bila berenti badan akan menarik nafas panjang dan disudahi dengan lafaz Alhamdulillah .

Itu saja , why not make a try and open your own blog . Writing is easy .

There is nothing impossible . Impossibble is nothing ( ini slogan Adidas ).

ISRAK MIKRAJ

ISRAK MIKRAJ

Dulu kalau tiba 27 Rejab suasana jadi cukup meriah . Ada saja majlis pembacaan kisah Nabi menjejak kaki ke langit sehingga ke Sitdratulmuntaha . Menemui Allah SWT dan sekaligus menerima perintah bersembahyang . Tapi pada tahun ini ia nampak sepi saja sesepinya , walaupun hakikat berhadhari kita impikan . Di kampong ku pun tak terdengar majlis2 yang ada . Macam tak dak penganjur , tapi di TV berbagai majlis penganugerahan di’live’kan . Terconget2 para artis hadzir dengan berbagai ragam fesyen yang selalunya mendedahkan pangkal buah dada masing2 . Merbahaya kepada pemuda2 yang bateri masih kuat dan segar . Yang dah kematian pucuk tu tak lah mendatangkan kesan , boleh geleng2kan kepala saja . Di stadium2 pula di timur-barat-utara-selatan tanahair penuh sesak dengan pertandingan bolasepak belia dunia bawah 19 tahun. Semua pasukan hebat2 terkenal dipersada dunia mengambil bahagian . Ada Liverpool ( kelab pilihan kawan siber ku ‘seri-kepayang’) , ada Man. Utd. , ada Bayern Mun., dan berbagainya pasukan handalan .Juga di’live’kan di saluran RTM dan juga Astro . Ada juga siaran tertunggak di ulang tayang berkali2 . Semua ini berlaku dalam detik Rejab di mana peristiwa Israk-Mikraj pernah berlaku . Baru sangat pemimpin Negara umumkan Malaysia Negara Islam, Baru sangat promosi Islam Hadhari digembur2kan . Baru sangat . Sapa yang bertanggungjawab ? Menteri agama kah ? Penasihat agama kah ? Tak kan semuanya nak serahkan pada Pak Lah . Kita ada tugas masing2 . Kalau Pak Lah nak buat semua , dicap pula sebagai dictator .

Aduhai , sudah jauh kita tertinggal dan tidak ada lagi sensitiviti kita tentang mukjizat agung yang pernah ditatang dan dibelai . Sejauh manakah Hadhari kita ? Setakat manakah cintanya kita pada agama .?

Aku bersungut dan bersungut pada isteriku . Dan hari ini ia akan berbicarakan peristiwa Israk-Mikraj di majlis pengajian agama yang diadakan bersama sahabatnya Mak Anna .

Syabas ku ucapkan. Semoga Allah tambahkan cintaNya kepada kamu berdua. Bantulah setakat mana boleh Bantu . Buatlah secara kecil2an , kerana kita golongan kecil . Buatlah walaupun berdikit2 , kerana memang duit kita sikit . Buatlah di mana2 , kerana kita bukan orang ternama . Buatlah …….Buatlah …..Buatlah kerana Allah .

Kita ikut kemampuan kita…..depa?….depa punya pasai.

TO KILL A PEOPLE

TO KILL A PEOPLE

Dalam sejarah dunia dah beribu peperangan berlaku . Perang ialah satu mission untuk membunuh orang . Perang masih berlaku sehingga kini . Perang di Iraq belum tamat. Perang di Afghanistan belum tamat . dan yang akan berperang pun banyak lagi . Kita manusia tak habis-habis berperang . We don’t want the whole world swallowed up by wars .Tapi apa boleh buat , kerana nafsu serakah manusia sanggup juga berperang , sesama sendiri . Mereka hilang akal , otak dah turun ke kepala lutut .

Wars have confused us . In Vietnam had killed many . So are in other parts of the world . Many more will be killed . Our society is very,very sick . We never admit that we are sick . Our cities are great centres of crime, pollution , joblessness , tensions and traffic jams . Macam-macam ada . Kalau menang dalam peperangan pun , kita kalah menjamin keselamatan . Kezaliman tetap menetas , dan memucuk setiap tunas di reranting yang baru .

Kita mengambil tindakan seolah-olah di alam ini tidak ada yang maha berkuasa . Kita lupa pada Tuhan . Kita lupa pada Quran . Kita lupa pada Hadis . Kita melalak di tempat2 hiburan , tanpa sedar , tanpa malu , tanpa seribu tanpa . Bergelut dengan dosa , bergelumang dengan nista , beraja pada syaitan ,merinjis segala najis yang hancing . Membusuk hangit di setiap ketika dan masa . Lalat langau membaham segala yang ada . Membawa terbang membawa segala busuk yang hangit-pengit kemerata . Membenih akhlak syaitan ,merogol segala yang mulia . Berakal bangkai , memusnah wangian yang sedia ada . Najis bertempekkan di setiap penjuru alam ……..musnah…….longlai tak lagi bermaya .

Selagi kita dalam hanyutan , tiada ada yang dapat menyelamatkan kita . Taufik dan hidayat Allah saja yang dapat menangkis segala gelora dan badai . No more killing , no more bloodshed .

PEACE : PEACE : PEACE

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI ....shahnon ahmad

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI

Dato’SN Shahnon Ahmad telah menulis panjang tentang tajuk di atas . Kupasannya cukup menarik dan aku begitu tertarik membacanya sepertimana aku tertarik membaca SHIT dan novel2nya yang lain . Begitu juga aku tertarik dengan tulisan anak-didiknya Azizi Abdullah ( Tok Ya ) Dan aku pun bila menulis terpengaruh dengan gaya kedua mereka . Gaya ulang-ulangan ataupun pengulangan memang dah jadi pilihan ku juga . Banyak orang menipu dah dapat membaca SHIT . Baca 3 mukasurat dah lena atas kusyen.. Tapi berkiak-kiak terconget2 membicarakan SHIT . Banyak orang yang memiliki buku itu , waktu pilihanraya dulu buku tersebut diedar percuma kepada sesapa saja yang datang ke markas PAS ataupun pergi ke rumah abangnya Haji Md. Noh bekas ADUN UMNO . Ada yang ambil sampai 5 buah . Maklumlah percuma .Aku Tanya depa baca ke tak ?. Boleh dikatakan semua tak habis membaca walaupun separuh . Buku tu pula di sorok , kerana takut anak-anak depa baca . Takut depa baca perkataan PUK***,yang terkandung di halaman mukasurat pertama kulit buku SHIT . Wah,wah mengapa ni? . Begitulah orang tua bila bercakap atau menulis akan bersimpang-siur . Bagai angin malam boleh bertiup ke sana- sini , lepas bebas . Sesekejap mendatar , sesekejap menjunam dan sesekejap mendongak . Macam burung murai gila .

Nukilan Dato’ Shahnon tu panjang , aku anggar melebihi 50 mukasurat . Orang cerdik pandai harus membacanya . Ia bukan novel , tapi sebuah rencana . Aku tak mahu ceritakan di sini .buat suspense sikit . Cuma aku nak ambil intipatinya untuk aku buat kupasan dari sudut kepala hotak aku .

Mula membaca tajuknya ,aku sangka Dato’ Shahnon nak tuleh pasai UPSI kerana dekat Tanjung Malaim ada sebuah kampong ,iaitu Batang Kali . Dulu sebuah kampong yang cukup indah dengan alam semulajadinya . Penuh dengan dusun buah2an , dan air kalinya putih jernih . Bisa diminum dengan dua telapak tangan . Sejuknya menyegarkan . Tapi sekarang dah lama aku tak ke Batang Kali . Dan dekat Batang Kali lah Sir Henry Gurney dibunuh . Kalau ke Kyell (KL) pun dah tak lalu melalui Batang Kali . Dah ada lebuhraya dan pokok cerita Dato’ Shahnon ialah perbandingan sebuah universiti dengan sebatang sungai. Sungai semua dah mengalir lesu , begitu lah juga hidup di sekitar universiti . Pernah juga BA Hamzah menulis dalam the Straits Times ( tarikhnya aku dah lupa ) bahawa universiti tempatan cuma boleh melahirkan jagoh2 kampong . BA Hamzah ( Prof. Dr. Hamzah ) ialah Director Global Studies di UPSI .

Aku dapat paham bukan saja universiti dah jadi seumpama sebatang kali , tapi banyak benda dah jadi macam kali ( sungai ) . Dah berapa banyak batang kali menjadi kotor,berlumut dan airnya mengalir liat. Airnya pula busuk dan tak ada sesapa lagi mendapat manfaat dari sungai . Ikan pun dah tak dapat hidup di dalamnya . Budaya kita dah jadi sungai , masyarakat kita dah jadi sungai , akhlak muda-mudi dah jadi sungai . Rata-rata dipenuhi sungai . Dah jadi kali. Rata2 kita dapat melihat sungai @ kali mengalir lesu . Masyarakat cuma boleh bersorak-sorai , rioh-rendah dan gamat hanya di pesta2 lagu dan di majlis anugerah para bintang dan artis2 muda dan comel . Bagaikan syok tiada bertempat . Syok sendiri-sendiri . Dengan gaya yang berbagai dan fesyen2 pakaian yang entah dari mana depa impot . Mudah meniru dari sungai-sungai yang dah lesu dek zaman .

Nak tau cerita sepenuhnya silalah baca rencana yang tersebut …..ini promosi saja .

WARGA SENIOR........suatu krisis

WARGA SENIOR ……suatu krisis

Sedar2 dah masuk golongan senior . The senior citzen of the 21st century . Senior citizens have more of almost everything . We have age far more in years . More health problems . More financial problems . More housing problems . More loneliness . More need for transportation .

Our years are added from day to day . Jadi ketuaan kami bertambah setiap ketika .Penyakit lepas satu , satu pula datang menghinggap di ranting rapuh kami . Dulu kencing manis di tambah pula dengan sakit jantung . Ada2 saja penyakit yang mencintai orang senior .Pendapatan pula di potong 50 % apabila meningkat taraf pencen . dan valuenya pula menurun dengan kenaikan harga barang-barang . Setiap kali naik harga minyak dan setiap kali naik gaji pekerja swasta atau kerajaan , setiap kali gaji orang senior merudum . Dengan perbelanjaan ubat lagi gaji kami merudum . Sebelum kami merudum ke lubang kubur , suasana merudum akan senantiasa menggamit kami . Kesihatan adalah masaalah sekunder ( secondary ) , dalam makna ia sekunder dengan pendapatan . Cukai pula merestui ketuaan kami . Untuk terus melanjutkan hidup kami juga tidak terlari dari membayar cukai . Mengapa tidak kecualikan semua warga senior dari segala cukai . Kenderaan kami terkecuali dari cukai . Bukan dok guna sangat jalan . Sesekali pergi ke pasar . Itu pun bawa pelan2 kerana takut di himpit oleh Mat rempit . Berilah setengah harga menaiki bas . Setengah harga naik kapalterbang , ganti dengan naik bas . Bukan selalu naik kapalterbang . Setahun sekali pun payah . Itu pun kena buat booking dulu .Kalau tidak noway .

Kelesaan hidup kami telah diganggu-gugat oleh teknologi terkini . Bising meriohi telinga kami . Pandangan mata kami yang telah pun merudum menyiksa kami . Lebih2 lagi kegelojohan budaya masyarakat moden , membuat pandangan kami cukup tersiksa . Melihat isteri dan anak-anak didera membuakkan muntah durjana . Perang sana-sini dan pembunuhan insan2 yang tak berdosa menambahkan lagi sakit mata kami . Dunia tak secantik dulu . The beauties are no more . Kerana dunia lebih senior dari kami . Dialah yang paling senior . Dunia juga dah mula menunjukkan kenyanyokannya . Hari-hari dia buat perangai . Gempa sana-sini . Meletup sana-sini . Ganyang sana-sini . More calamities . Jangan berasa senang , kami juga akan tunjukkan perangai nyanyok kami . Jagalah untuk menerimanya .

Kesepian kami makin bertambah , selagi kami dilanjutkan usia kami . Sepi ada di mana-mana , walaupun dalam sepi malam . Dengan lagu kuch-kuch hota hai ,sepi tak dapat di singkirkan . Sepi berdarah daging . sebab everything is nostalgic to us senior citizens . Kalau kamu tak paham , satu hari nanti kamu juga akan merasainya bila kamu meningkat senior . Orang senior dah tak ada harga . Berapa banyak dah di buang ke rumah-rumah kebajikan . Macam orang buang bayi dalam plastic . Di longgok bersama sampah supaya mudah digonggong anjing jalang . Kat orang-orang muda macam-macam program depa buat . Buat rakan Muda ,buat KPLN , anjur kembara ke sana-sini . Rejoice in your youth , young man . But don’t regret later . Apa depa buat untuk orang senior ? Kami tak perlu semua itu , tapi kami hanya mau sejahteraan hidup . We need the society be more caring towards everybody . More caring towards university students . Give them scholarships and don’t burden them with HUTANG . Ini selepas graduate depa dah menanggung hutang berpuluh ribu ringgit . What a stupid idea . Dari kacamata aku , it is stupid . Tak dak bapak yang suruh anaknya bayar segala duit pembelaan , duit susu , duit nasi ,duit makan pakainya . What a stupid father . Mere STUPID . Zaman penjajah dulu aku mengaji dapat scholarship . Dapat masuk Special Malay Class aku dapat scholarship masa itu . Masih di primary school dah ada scholarship . Federal-Minor Scholarship , namanya . Sebulan 45 ringgit di masa tu . Kalau kali dengan 10 ,samajuga dengan 450 RM sekarang ni . Dah masuk 50 tahun merdeka ,dan Negara dah kaya dengan petroleum , benda tu (scholarship) dah tak dak . Bahkan baru ni orang ramai kompelen pasai yuran di sekolah tinggi sangat . I am wandering who is managing the country . The British had long ago left the country . The communist had surrendered . We were under sovereign rules for more than 450 years . It started since 1511 ,when the Portuguese conquered Malacca . Everywhere are eye-sores . As time goes by , there will be more ……more………and more . What happen la ? What is ‘the because’ ?.
Aku ingat lebih baik aku berenti seketika , banyak lagi aku akan cakap , selagi aku boleh bercakap . dan kalau tak boleh bercakap pun aku ada PC dan aku terus bercakap kalau pun aku jadi seorang tua bisu . A dump senior citizen . walaupun aku jadi a deft senior citizen .

Hello dunia , we are in the same boat . I will go merudum , so are you . You have your doomsday . My day is nearer than yours . Your journey is far more in thousands of years to come . When I go merudum , please grap me with friendliness . Remember we are of the same origin . Asal aku juga dari tanah . Bye and the best of luck .

It is a tragedy if you forget Allah .

Saturday, August 11, 2007

KUCH-KUCH HOTA HAI

Hari ni aku memang tak dak mood nak menulis dan membaca . Sepagi dan sepetang aku tak tempuh komputer ku . Langsung aku tak pegang . Sepagi sepetang aku asyik berasmara dengan alam.Aku jadi begitu mesra dengan alam . Aku merenung awan ,aku merenung jauh-jauh ke bukit srengenge . Aku melihat memutih guni-guni baja di pasang keliling anak-anak getah . Berbagai kaedah di reka oleh kontrektor untuk menakutkan babi yang cuba memusnahkan anak2 getah . Guni putih nampak dari jauh patuh bersenteri .
Sekarang dah hampir separoh malam ahad . Dan mataku tak mau lelap . Aku paksakan diri online komputer ku . Ku layar web anak murid kawan ku . Melalui laman webnya aku dapat pasang banyak lagu2 nostalgik tahun 50 an. Pilih lepas satu , satu . Tak terpikat oleh hati . Ku cuba pilihlagu hindustan . Sebenarnya aku bukan berminat dengan lagu hindustan . Kalau dengar pun tak paham maknanya. Ku paksakan menilai seni rentaknya , seni muziknya dan seni suara penyanyinya. Berkali-kali aku dengar lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Akhirnya aku dapat menikmati lagu itu dengan penuh syahdu . Memang suara2 Alka Yagnik dan Udit Narayan cukup merdu . Aku pasang lagu non-stop . Dan sekarang ni aku sedang menulis di depan PC aku di temani oleh lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Dan sekarang mood ku sudah kembali . Aku dapat bergedikkan kaki ku sambil menulis . Sebenarnya jiwa dan hati kita perlu diberi peransang untuk membuat sesuatu . Dan malam ini aku belajar satu cara mendidik diri . Bukan senang nak didik walaupun diri sendiri . Aku rasa terhibur bagaikan satu temasya . Rupanya jiwa inginkan hiburan . Bila hati terhibur terasa nak membuat kerja2 yang dirasai malas akan hilang . Dan akan ku kuch kuch hota hai ,bila rasa malas .
Cubalah sekali sekala ber kuch kuch hota hai , bila rasa tak dak mood .
Di malam syahdu ini aku akan sambung dengan rancangan 'irama hindi' di Kedah FM .
Tum pas ke ai ye , kuch kuch hota hai .

MOBIL KU.....a wagon

MOBIL KU

Mobil ku dah tua , samalah seperti ku . Usianya dah mencecah 37 tahun . Ia keturunan hebat, keturunan Hitler . Dulu Hitler gunanya untuk peperangan . Dia tak minum air seperti mobil2 lainnya . Badannya keras seperti kekura . Ia tak ada enjin , ia pakai enjin spare , ditempatkan di buntutnya . Kerana badannya keras dan rupa bentuknya bagai kekura , ku namainya isKURA . Proton buat iswara tapi aku mempunyai iskura .It is not a car ,it is a kura . It is not a car , it is a volkswagon . A wagon .

Want to have a try ? Why not try iskura . A wagon that can last long .

Friday, August 10, 2007

SAJAK....bawalah badan

Kemarin merupakan kenangan
Kini menanti-nanti
Entah esok atau lusa,
Sunyi rasanya bersendiri.

sekejap duduk,sekejap berdiri
Biar bebulan bicara sendiri,
Biar bebintang menjadi saksi

Mengapa lama sebegini ?

Bawalah badan kemana-mana ,
Tapi hati biarlah bersama Allah .

Forgetting is long,
Remembering is nostalgic .

WASIAT

WASIAT

Wasiat bersangkut dengan mati . Dan mati amat digeruni oleh semua manusia . Dan banyak manusia tak reti apa itu mati . Kekadangnya mereka dah pun mati di dunia , tapi mereka tak sedar yang mereka telah mati , Mereka ni kadang-kadang dipanggil bangkai bernyawa .

Kita boleh menimba ilmu kematian dalam Al-quran dan Hadis Nabi s.a.w . Di situ kita tau apa itu mati . Kita tak tau bila tarikh kita akan mati . Allah rahsiakan semua itu . Untuk uji kita , untuk uji iman kita . Banyak orang yang tak beriman dengan hari akhirat . Jadi depa tak kisah tentang mati . walaupun depa paham tentang mati ….nauzubillah.

Ahli2 sufi rindu akan mati . Kita takut nak mati . Kalau boleh elak,elak lah . Pening sikit dah cari ubat . Bila sakit terok depa bimbang akan mati . Sayang nak tinggal dunia yang fana ini . Lagi sakit terok , lagi cepat jumpa doktor pakar . Padahal doktor pakar pun akan mati. Mati tak pilih tempat dan masa . Bila malaikat-maut dapat ‘green light’dari Allah , matilah kita . Maklaikat tak akan tangguh sesaat pun . Kalau dalam tidor , dalam tidorlah mati kita . Kalau dalam rumah Urut dalam rumah urutlah mati kita . Kalau dalam maksiat , matilah kita dalam maksiat ….nauzubillah.. Waspadalah dalam gerak-geri hidup kita . Kerana kemungkinan mati itu ada di mana-mana . You cannot escape death .

Dalam hidup kita setiap detik adalah masa menuju kematian . Makin hari makin dekat .Tok sah sambut harijadi lah ,mati dah dekat . Buat cara lain ,yang lebih islamik sikit . Ni suka ikut jejak langkah Yahudi . Hari-hari depa dok sesatkan kita . Kaki sebelah dah dalam kubur pun dok sambut harijadi . Dok happy birthday lagi . Bull-shit . Sedar lah diri tu . Rumah dah kata pergi . Kubur dah kata mari . Lai-chi- peng . Betul tak bahasa china tu ? …..betul ke tak …phooorah .Ha, itu bahasa tamil pula .

Ingat mati pun nak kena duit . Kalau tidak mayat tak dak orang nak urus . dah aku tuleh dalam post aku yang lepas . Nak tau kena baca . Jadi simpan duit untuk mati sama . Tak dak mati free .

Sebelum mati buat wasiat sama . Agama kita suruh begitu . Kalau tak wasiat , kita jadi bisu dalam kubur nanti . Tiap2 malam sebelum tidor ,agama anjur kita wasiat dulu , istiqfar , dan maafkan saudara2 kita . Ni balik mabuk2 , mana nak boleh buat begitu . Payah orang kita nak sedar diri . Dari dulu sampai la ni , dok macamn tu juga . Sokmo dok maceng tu . Syaitan cukup berjaya menipu . Yang beriman payah dia nak tipu . Tapi dia juga ada helah lain . Dia orang bijak . Tapi kufur .

Apa aku nak wasiat dekat Bush ? Roh rakyat Iraq sedang menunggu Bush di pintu kubur . Lepas malaikat belasah , depa akan turut membelasah . Hentam ,hentam ,jangan bagi chan . Kalau aku ada bersama ,aku pun akan HENTAM ……..GGRRRRRrrrrrr , geram sungguh .

MY SHORTEST POST

ALLAH ALSO HAVES THE GIVETH AND TAKETH POLICY .
WHAT YOU GIVETH HERE YOU TAKETH HEREAFTER.

Thursday, August 9, 2007

AKU ,MU SESAPA SAJA GILA

GILA

Orang gila banyak di Hospital Bahagia,Tanjung Rambutan. Ada macam2 jenis gila . Ada gila yang nyata . Gila jenis ni di perubat di Tanjung Rambutan . Doktor orang gila kekadang dipanggil doctor gila .
Ada gila yang tersembunyi . Diri sendiri yang tau dia gila . Gila jenis ni yang paling tinggi darjatnya ialah gila betina , pantang tengok betina ,degreenya melonjak naik . Bila dapat penyakit ni ,kerja jadi malas. Kalau ada duit ,habeh duit dia belanja . kalu si betina pula kaki mengikis ,habeh dia kikis .Bila duit dan harta habeh abang sayang pun melayang .

Ada juga jenis gila yang tak kacau orang . Ini terdiri dari orang2 yang suka syok-syok sendiri . Pi kacip burung dari pagi hingga ke petang . Dia tak letih , dia tak lapar . Dok sorang-sorang dalam semak nak tangkap burung . Tak dapat pun boleh balik bersiul-siul . Tak dak orang boleh kongsi syoknya . Yang tak syok isteri di rumah . Isteri jadi tak syok bila pagi-petang si suami pi kacip burung . Gila pancing pun satu hal juga . Tapi ada juga hasilnya .

Kami ni gila blog . Hari2 siang – malam dok depan computer . Tuleh dan tuleh tak tentu pasal . Merepet dan merapu dalam nada yang berbagai . Tuleh tajuk berbagai ragam . Itulah kelebihan kami . Kalau kami tak gila , kami tak boleh tuleh beragam-ragam , berbagai-bagai . Kalau kami tak gila berblog mana ada hasil orang boleh baca . Kami boleh sumbang orang membaca tentang bermacam-macam cerita yang merapu dan tak merapu . Pembaca kena pandai menilai konsep-konsep yang kami utarakan . Baru boleh jadi pembaca yang bijak . Kalau tak pandai anda juga pembaca yang gila . Lepas tu semua kita adalah gila .

Paling terok ialah gila talak . Jadi jagalah bini tu baik-baik . Jangan mudah bermain dengan talak. ……….

Lani majority orang gila bola . semua ada dalam golongan ni . Ada tok lebai ,ada tok haji ,ada jantan ada betina , ada segala-galanya.

Baru-baru ni kerjaan pun jadi gila nak hukum para bloggers. Kami bukan buat salah , kami nak express idea2 kami . Kalau tak percaya , tok sah ikut . Kami bukan nak paksa sesapa . Jangan buat kerja gila . Bukankah kita sama-sama gila .

Kah..kah…kah…kah…kah…kah… ( bunyi macam gelak orang gila).

SEKOLAH INDAH

SEKOLAH INDAH………

Akhir2 ni macam2 cerita pasai sekolah tersiar di berita perdana . Berbagai isu dan masaalah . Buli membuli dah mula merebak . Baru2 ni kes buli berlaku di sekolah penerbangan . Buli yang jauh dari batas2 kemanusiaan . Dulu pun ada buli membuli , tapi setakat seloroh dan berjenaka-sapa . Pakat2 gelak-ketawa , lepas tu habislah citernya . Tak la berlanjutan hingga ke perkara2 yang keji2 . Pernah berlaku kecederaan dan dah ada yang terbunuh . Sayang sekali melihat keadaan yang berlaku . Cuma belum berlaku tembak-menembak di sekolah macam di negara2 barat .Dok pikiaq-pikiaq tang mana salahnya , tak juga aku jumpa . Lagi maju lagi ganas . Kalau nak maju kena check semula supaya dok dalam rail yang betul . Kalau dok salah rail , ranaplah masyarakat kita .

Aku suka tegur pemimpin2 masyarakat supaya tunjuk teladan yang baik . Kalau cikgu ,jadi cikgu yang baik. Kalau pegawai jadi pegawai yang beramanah . Kalau peniaga jadi peniaga yang jujur .Jangan suka sorok barang . Jangan kecoh . Kita semua adalah pemimpin . Dalam rumah bapa ialah pemimpin . Jangan jadi bapa haruan . Sopan-santun,kasih-sayang dah lama melayang jauh .

Aku juga suka tegur orang politik supaya berpolitiklah secara betul . Jangan cuba tunjuk pekong . Aku teringat pada kisah orang politik dikawasan Selangor dulu . CIKGU JABAR . Dia tak masuk mana2 parti .Dia calon bebas . Dia menang setiap kali pilihanraya . Dia sungguh2 berkhidmat secara jujur . Tapi dia tak jadi kaya macam orang politik sekarang ni . Jasa dia pun tak pernah diambil kenang langsung oleh kita lani . . Orang macam dialah yang patut kita tonjol . Di Kedah pula ialah CIKGU RASHID . Dia juga calon bebas . Tak pakai mecedes ,dia pakai morris minor buruk saja . Pengundi kawasan Bayu , Baling tentu sekali kenai dia . Sampai lani dia ada , sihat , dah mencecah umur 90 tahun . Masih cergas . Dok buat kerja dakwah dalam dan luar negeri . La ni orang politik dok tunjuk sapa pandai bercakap , Berderai2 di kaca TV berhujjah . Sapa boleh bagi orang gelak-ketawa dia jadi hero . Cepat naik pangkat . Kerja dia tak lah sehebat itu . Biarlah diam-diam ubi . Tapi berisi . Buatlah kerja , politik kita bukan 5 tahun sekali . Politik kita sepanjang zaman .
Lima tahun sekali jangan buat kecoh . Rakyat yang fanatik melenting kesana sini . Jangan musnahkan kemanusiaan 5 tahun sekali . Ya-lah yang saya maksud pun gitu lah . Masa pilihanraya.Cuba tengok di masa pilihanraya habis nilai-nilai yang ada berkecai remok-rendam jadinya . Persahabatan berkecai kerana berbeza pahaman politik . Adik-beradik apalah jua . Maki-hamun ,tuduh-menuduh berleret-leret . Disiar di TV dan segala media-massa . Di canang dan di gomoi di serata lorong . Yang keji dah tak Nampak keji . Dah tak malu . muka jadi tebai .Terconget2 kesana kemari . Membawa propaganda masing-masing .Duit masa tu tak kedekut lagi,tak loket lagi.Segala projek nak dihabiskan dalam minggu itu juga .Nak cover balik .Semuanya kerana rakyat tak cerdik . Kalau rakyat tak cerdik mudah berpolitik. Mudah di tipu . Main politik pun tak cerdik . Demokrasi pun tak tau apa benda . Yang tau ikut calon aku ,kerana ada di bawanya habuan untuk aku : sekampit beras ,sekilo gula ,sebungkus tepong , se tin susu cap junjung , sehelai kain pulaikat dan sehelai kain batik untuk isteri ku . Itu saja matlamatnya . Seronok sungguh berpolitik kalau rakyat bodoh .Tahap pahaman politik dan demokrasi rakyat tak mantap lagi.Mereka masih meraba-raba . Tak paham yang sebenar . Yang lebih malang lagi ialah mereka yang tak kenal siapa tuhan mereka .Mereka tak kenal siapa yang maha agung . Pasi tu mereka berani buatkan apa saja . tak tau balasan pahala dan dosa .

BUAT APA SEKOLAH CANTIK2 DAN INDAH2 KALAU RAKYAT MASIH BODOH .

Aku ialah hasil dari sekolah atap , berlantai tanah . Tiada ada buku , Cuma yang ku ada ialah sekeping papan batu dan sebatang kalam.
Aku tak pernah pakai neck-tie ,aku ke sekolah berkaki ayam . Setiap hari aku berbekalkan ubi rebus .sekali-sekali aku bawa nasi sejuk berlauk haruan bakar dan sedikit garam. Nasi emak ku bungkus dengan upeh pokok pinang . Masa tu tak dak apa .Kalau ada Tupperware , itu satu benda yang ajaib. Tak pernah dengar nama Tupperware . Tak pernah terlintas di kepala aku .Hidup ku laksana KUNTA_KINTE .

Cikgu cedok air telaga untuk murid2 minum.Minum dalam gelok .Kami cerdik , kami bergabong menuntut kemerdekaan . kami tak berpecah-belah . Pemimpin kami tak tamak-haloba , tak himpun harta bertimbun . Tak pernah dengar duit berjuta-juta . Kalau ada pun habis dinafkah untuk rakyat . Saidina Bakar korban semua harta untuk agama . CT Khatijah pun sama . Tak berbangga dengan dunia kerana akhirat Abadan-abada .

THE MALAY DILEMA ........my version

THE MALAY DILEMA…my version

Kalau tak pikiaq , otak jadi beku . Kalau banyak pikiaq pun kita tak rugi apa-apa . Agama kita sentiasa peringatkan kita supaya selalu berpikiaq . Jadi berpikiaq tu ada ganjarannya . Ia tuntutan agama . Ia ada pahala .

Ada orang berkata , kalau banyak pikiaq jadi gila . Itu satu kebohongan yang nyata . Tapi kita pun bukan nak pikiaq yang bukan-bukan . Pikiaq nak buat maksiat tu jauh sekali . Kita pikiaq secara waras , ke arah yang positif .

Orang Melayu kurang berpikiaq , tapi depa banyak berangan-angan . Ikut falsafah Mat Jenin . Akhirnya kawin dengan anak raja . Haprak punya angan-angan . Bukan tak boleh berangan-angan . Boleh . Tapi kenalah put in into practice . The practical joke is putting the nought in nothing .

Pasai dah lama aku tinggal di kampong dan dok pikiaq pun dah banyak tentang orang Melayu ni , aku masih yakin orang kita ni masih berdilema . Mungkin ini kerana kemerdekaan kita pun belum mantap , demokrasi kita belum mantap , cara hidup mudah digoda oleh budaya luaran yang negative , pemimpin kita pun majoritinya belum berkualiti , nafsu serakah yang bercelaru , bermasyarakat secara kolektif dah jadi individulistik , beraja pada nafsu , bertuhan pada duit ,bercambah sifat2 yang mazmumah , Tak kenal mana satu dosa mana satu pahala ,tauhid melayang jauh dari sanubari . dan berbagai lagi kalau aku nak cerita . Seolah-olah kita dah hilang pedoman . Sampan dihayun ombak dan kemudinya dah tenggelam ke dasar laut . Ia terumbang-ambing di permukaan ,hilang arah yang nak dituju . Ombak pula semakin ganas ,angin pula semakin kencang , Semua dah muntah2 dan pening melilit kepala . Mata kuyu dan layu .

Kita pupuk berbagai agenda . Kita laksanakan berbagai progam . Kita gubah berbagai slogan , Setiap masa di buai dan di ulek untuk menjadi gemilang ,cemerlang dan terbilang . Nak hadhari itu dan ini . Nak menggamit nostalgia indah yang berlalu . Dipapah dan ditatang supaya tidak setitik pun menitik ke bumi . Tapi bila sampai musim pilihanraya semuanya berkecai . Orang yang menobatkan kegemilangan , kecermelangan dan terbilangan , orang itu lah juga yang menoleh ke belakang membelasah semua yang telah teguh terbina . Berjuta wang yang telah dihabiskan mengalir masuk ke lubang-lubang taik.Terjadilah satu pembaziran yang nyata . Satu pembaziran yang akan dipersoalakan Allah nanti .

Bukan mudah menggamit nostalgia indah.
Kalau tidak dengan caranya .

Wednesday, August 8, 2007

TOK SAH MATI KALAU TAK DAK DUIT

TOK SAH MATI KALU TAK DAK DUIT

Duit is the root of all evils .Without duit you cannot do it . Dengan duit , satu dunia adalah dalam genggaman kita . Duit dari punca yang haram sampai bila pun tak mendorong kita membuat kebajikan .Dari duit yang halal kita akan mendapat berkat dan mudah terdorong kepada membuat kebajikan . Yang haram menggandakan dosa , yang halal membuahkan pahala yang berlimpah . Dosa balasannya satu dosa , buat pahala dibalasanya 10 kebajikan. 10 times more . Tapi senang ,mudah dan suka orang membuat yang berdosa . Nak buat yang baik cukup susah, orang pun tak berapa gemar pula berbuat baik . rasa tak syok pula . Orang begitu syok sekali melayan nafsu . Syok berzina , bangga mencuri , puas mabok2 dengan minuman2 keras . Seronok berbohong . Seronok mengorat gadis2 genit . Seronok merendek bersama girlfriend/boyfriend . Habis duit sepoket pun tak pa . Menyesal akan datang kemudian . Menyesal tak pernah di depan . Itu tertib alam . Buat kerja dengan tidak berfikiaq ,buah hasilnya ialah menyesal . Syok datang dulu,Habis syok ,menyesal tiba . Menyesal kemudian tak berguna . Susah nak sesal dahulu . Jarang2 ada .

Bila manusia bertuhankan duit , kesudahannya ialah kemusnahan dan kerosakan . Tengok Iraq , tengok Afgahnistan tengokla dimana-mana pun yang ada ialah kemusnahan . Itu kerana duit .Kerana halobakan duit , nak monopoli minyak sanggup membunuh hingga rosak sebuah tamaddun lama .

Akhir2 ni pula nak mati pun payah kalu tak dak duit . Jadi kalu tak berduit tok sah dok mimpi nak mati . Di tempat ku sekurang2nya bila mati nak kena ada 2 ribu ringgit Malaysia . Kalau tidak , minta malikat-maut tanggoh dulu . Tak dak orang nak tolong free . secara percuma . Mandi kena duit,kafan kena duit , sembahyang kena duit , kubur kena duit , talkin kena duit. Lepas tu 7 malam pula kenduri arwah , duit lagi . Tak kira ada duit ke tidak , mesti buat . Adat dah begitu . Syariat dengan adat dah menang adat . Memang benar kata orang2 tua dulu : Biar mati anak , jangan mati adat . Selagi berpegang pada bidalan itu,sampai kiamat pun bangsa tak maju . Tak dak tok imam atau ustaz2 pun berani ketengahkan perkara ini . Aku tau pasai sebenarnya , kerana , kerana , kerana DUIT . Depa pun cari duit juga . Dunia haprak . Kita tak dak ketika dah tolong dia , hari mati lah masanya . Kita semua pun akan mati . Kalau tak ada orang nak tolong , burung ereng ( valtures ) yang mai dok ragut daging2 kita . Susah juga nak mati .

Yang peleknya buat kenduri orang bagi duit dan sedia tolong menguruskan kenduri , tapi bila mati depa mai ambil duit . Sembahyang jenazah pun kena beri duit . Ajaib .

Bila nak mati bukan saja pikiaq tentang amalan kita , tapi pikiaq duit sama . Kalau tidak mayat tak jalan. Itu falsafah dunia globalisasi .

No duit ,they don’t do it .

HAPRAK SANA,HAPRAK SINI

KERJA HAPRAK

Perkataan haprak ialah bahasa memaki hamun. Ia menjadi popular kerana bekas PM Tan Sri Mahathir menggunanya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO . Aku pun dah lupa bila , tapi aku ingat perkataan ‘haprak’ tu . Lepas tu ia digunakan sewenang2nya . Aku pun jadi suka menggunanya untuk melukiskan sesuatu yang busuk atau immoral . Sesuatu yang berlaku tanpa izin oleh citarasa yang murni ,yang tulus atau yang boleh meharmonikan juzuk2 kemanusiaan , semuanya aku masukkan dalam identiti haprak.

Banyak sangat ke’haprak’an berlaku setiap hari dalam zaman globalisasi ini . Haprak sana,haprak sini . Tak pilih masa , tak pilih ketika ,tak pilih darjat, tak pilih umur , haprak bermaharajalela . Haprak berlawanan dengan serba-positif . Ia bernada negative . Tune nya ialah negative , Irama negative . Tema , mesej , karektar dan melodinya serba negative. Ia berunsur busuk . Busuknya akan menerjah kesetiap lubang hidung . Lubang hidung akan ternganga luas seluasnya pabila haprak menoda mangsanya .Merogol mangsanya. Menggeledah setiap inci laman web mangsanya . Setiap blog mangsanya . Setiap emel mangsanya .

Haprak tak mengenal cinta-suci .Belaiannya ialah belaian nafsu sarakah . Cumbuannya ialah cumbuan Pontianak . Ciumannya ialah ciuman yang berbisa . Bisikannya ialah bisikan syaitan . Nafas busuk laksana taik . Seribu kali busuknya skunck. Senyumannya bukanlah senyuman Monalisa . Bengis tak terkira . gelojoh tak terkira , semuanya tak boleh dikira . He is nothing , No one needs that haprak.

Haprak juga tak kenal budi . No body has budi . Haprak tak iktiraf budi . He will do many bloody things , bloody nuisance . He is a nuisance , a haprak wherever and whenever at whatever occasions .

Haprak bersifat indivualistik . Tidak kira orang lain . Haprak never cares orang lain . He is one big giant among the small liliputs of Gullivers’ Travel . No caring in his livelihood . His life is full of evils .No way ‘haprak’ . You and yourself . Go to hell .

BUKIT SRENGENGE

BUKIT SRENGENGE


Shahnon dalam novel yang tajuknya juga ‘srengenge’ , menamakan sebuah bukit di pinggir rumah ku juga dengan nama ‘srengenge’ . Banyak orang tak pandai nak menyebutnya , sebab ia bukan dari Bahasa Melayu . Ia bahasa Jawa Kuno . Aku pernah belajar sikit2 dulu tentang struktur bahasanya dari guruku Prof. Dr. A.S.Broto . Tapi kini aku sama besar habok pun dah tak tau .

Watak2 dalam novel Shahnon ‘srengenge’ pernah satu masa dulu sebelum merdeka , menggondolkan bukit srengenge untuk menafaatkan penduduk di Kampong Banggol Derdap . Bukit Srengenge memberi nadi baru pada penduduk . Ditanam dengan berbagaian pokok , sayuran dan yang utamanya ialah getah.

Pokok getah dah beberapa kali di tebang dan ditanam semula .
Tiga tahun sudah ia diproses semula di bawah skim penanaman semula RISDA .Selepas ditanam habis pokok lintang pokang di cabut dan diterajang oleh binatang babi . Musnah semusnahnya . Sekarang memang musim bala . Babi dah pandai masuk ke kampong orang Melayu . Di zaman globalisasi ni babi pun dah pandai . Dia tau orang Melayu tak akan apa-apakan dia . Kalau bunuh dia , orang Melayu kena kambus dia . Satu kerja pula , tiap hari kena kambus bangkai babi . Depa datang berpuak2 dan sepuak berbelas ekor . Kerana lebih dari 25 hektar tanah srengenge dibersihkan untuk laluan getah , tempat babi cari makan dah tak ada . jadi depa serang masuk kampong. Safer to be in Malay kampong . So , bukit srengenge dah tak ada jerumun babi .

Sejak sakit lutut dah setahun aku tak panjat bukit srengenge . Tapi petang tadi aku cuba gagahkan hayun kakiku . Sakit sikit-sikit aku buat tak tau . Kalau di ligan oleh babi atau terpaksa berlari kerana sesuatu hal , memang maut bagi aku . Mana aku boleh lari , boleh berhincot-hincot saja . Dan aku pun bodoh sikit ,tak bawa parang lading ku bersama . Kalau terjadi apa-apa , aku akan berlawan seperti Kunta-Kinte . Kalau aku mati , aku akan jadi macam Semaun dalam novel Shahnon ,’Rentong’ . Kalau dengan babi aku bertarung , aku mungkin digelar ‘wira babi’ . Kalau dengan harimau akar , aku akan digelar ‘wira harimau akar’ , dengan beruang ‘wira beruang ‘ .

Sampai di atas bukit aku keletihan , bekalan air pun aku tak bawa. Biasanya 2 botol besar air mineral habis ku langgah bila aku panjat bukit srengenge . Aku berbekalkan qulhuwallah . Itu pesanan tok guru ku . Kerongkong ku rasa pahit , terasa lendir liat meleleh malas di permukaannya . Lutut ku berdenyut2 . Aku masih tak kisahkannya .

Srengenge gondol segondolnya . Jarang2 anak-anak getah yang hidup .Habis dimusnahkan babi . Aku mengelamun sendirian . Aku dengar rioh-rendah suara arwah2
Lahuma,Jeha,Keresung,Awang Che Teh ,Debasa,Semaun,Saad Chik Lah . Aku tersedar , aku tak boleh berlama dalam alam misteri ini , kerana srengenge bukan sebarang tempatnya . Dulu pernah Mail Tok Hamat seminggu tak pulang ke rumah , disorok oleh penghuni rimba . Rioh-rendah seminggu pakat cari ,tak jumpa. Akhirnya dia pulang tersenyum simpul . Dia beritau bahawa dia pergi buat kenduri besar bersama dengan penghundi srengenge . Kenduri 7 hari ,7 malam . Pesta besar ,sembelih 10 ekor kerbau . Aku beristigfar dan melangkahkan kaki ku perlahan2 turun bukit . Aku harus berhati2 kerana turun bukit lebih bahayanya dari naik bukit . Kalau tergeleceh, lutut ku akan musnah . Kera dan lutong rioh-rendah bersorak melihat aku menjejaki langkah turun bukit . Depa mungkin memerli aku, kerana aku adalah manusia . Mereka paham bahawa manusia moden lazimnya terdiri dari manusia durjana . Berperang sesama sendiri . Jatuh menjatuh sesama sendiri . Depa tau manusia dah hilang kemanusiaan , dan mereka tau satu hari nanti, binatang akan menguasai dunia . Di masa itu manusia akan bertukar menjadi binatang pula . Mereka berazam memakmurkan alam dunia . Mereka akan mendemokrasikan semula . menstabilkan politik . Menukarkan Nuri2 yang dah buruk , Mereka akan beramai-ramai memburu Bush dan Chenney . Yang suka berrasuah depa akan sula sampai mampuih .

Selepas suara azan maghrib baru aku sampai di rumah . Isteri ku dah bersedia dengan lampu suluh untuk pergi minta tolong mencari aku . Malam itu aku tidor nyenyak kerana keletihan .

Viva , adios Srengenge .

KETARANYA KEGUNGCANGAN NILAI2 KEMANUSIAAN

KETARANYA KEGUNGCANGAN NILAI2 KEMANUSIAAN

Sedar tak sedar kita semua sedang berada dalam zaman yang pernah digambarkan oleh Nabi s,a,w , yang cukup digeruni oleh para sahabat Rasulullah . Satu zaman yang kita sendiri dapat melihatnya dengan mata dan dapat dirasai oleh hati-nurani . Setiap detik perkara2 mungkar menjelma di serata pelusuk bumi kita . Setiap saat ada pembunuhan , merata2 ada perzinaan , penipuan sesama insan dah lumrah , sifat mazmumah dimiliki oleh majoriti manusia ; sebutkan saja juzuk2nya , semuanya ada tak kira pangkat dan darjat .

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa ketika itu ( sekarang ini ) manusia akan mengalamani detik dan ketika yang penuh dengan tipu-daya . Orang2 dusta dianggap benar,orang benar dianggap dusta. Orang yang bersifat khianat diberi amanah,sebaliknya orang yang jujur dicap sebagai pengkhianat.Pada zaman itu ( sekarang ini ) RUWAIBIDHAH berbicara . Nabi s.a.w ditanya : Siapa RUWAIBIDAH itu ?. Jawab Nabi s.a.w ,” ORANG BODOH . DIA BERBICARA MENGENAI BERBAGAI-BAGAI URUSAN KEBANYAKAN ORANG”.

Kantor2 berita dikuasai oleh manusia durjana dengan segala penipuan dan propaganda2 yang mereka atur-galurkan . Di tipu muslihatkan sehingga di percayai oleh orang kurang perihatin tentang kegelojohan dunia zaman kini. Yang peliknya pemimpin2 Islam turut terlibat dalam kegelojohan tersebut . Mempercayai mereka , menyokong mereka dan menyimpan wang berjuta-juta di dalam bank mereka . Mereka turut menjadi RUWAIBIDHAH berbicara dalam urusan dunia dan agama yang boleh sewenang-wenangnya menghancurkan nilai kemanusiaan. Mereka berani berbicara yang bukan dalam disiplin mereka .

Kita pandai tunjuk , yang arahnya kita sendiri tidak ketahui . Kita pandai mengajar seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. WE ARE NOT A JACK OF ALL TRADES .

Qnce a teacher , we are always a teacher . Sebab tu seorang cikgu yang dah berpencen masih lagi dipanggil cikgu . Teringat ku pada cikgu2 ku THE KIRKBYITES , BRINSFORDIANS , TUOS, NORMAL TRAINED TEACHERS , UTS TEACHERS ,SITC , USTADS , TOK2 GURU PONDOK ,GURU2 DARI INDONESIA , GURU2 GRADUATE DARI INDIA ( 3 ORANG MEREKA i.e. V.S. TUPPER , NORONDNA ,K.K.KOSHY ) and sesiapa saja yang pernah mengajar ku walaupun satu huruf .Kepada kedua ibu dan bapaku kerana mendidik ku menjadi aku sebegini rupa ; walaupun hitam tetapi manis .Sehitam-hitam si buah manggis dot,dot,dot . SYUKRAN TO YOU ALL . To sir,with love. To mom and dad ;I love you.

Kita bina kemanusiaan untuk manusia dan biarlah binatang dengan kebinatangannya . Binatang bukan manusia , tapi manusia boleh jadi binatang ……..binatang manusia .

Sebaik-baik makhluk ciptaan Allah ialah manusia .

Sunday, August 5, 2007

PAK PANDIR & THE POLICEMAN....just a joke

Pak Pandir Dan Polis

Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.

THE HIDDEN SIX

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam

IBUUUUUU OHH IBUUUUUU.......ibu

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR


" surga di tapak kaki ibu "

WHO ARE WE AFTER ALL

Manusia pada waktu pagi ada 3 macam:
Sebahagian mencari harta.
Sebahagian mencari dosa.
Dan Sebahagian mencari jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Yang sibuk mencari harta, maka dia tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak.

Yang sibuk mencari dosa, maka pasti mendapat kehinaan.

Yang mencari jalan menuju kerehaan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t akan memberinya rezeki dan jalan.

WHO ARE WE AFTER ALL

Saturday, August 4, 2007

BALA MELANDA DI MUKA BUMI............ngapa dong ?

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka bumi."
Ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah~

S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Industri Muzik dan..........dan..........

KALA JENGKING NERAKA

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kalajengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga kebarat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendakke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua,orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orangyang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yangbercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orangyang suka minum arak."

"insaflah wahai umatku"

DAH JUMPA AL-SYAFE'I ........hello Pak Lah

Subject: PETUA IMAM SYAFIE
_______________________
Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin.... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang Bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.
JOM KITA PI CARI AL-GHAZALI PULA

BULAN MERDEKA....MAI PIKIAQ SEJENAK

( mengutip fragmen tulisan Sang Kelambai dalam Malaysia-Today 'Bulan kemerdekaan' bertarikh 3/8/07 )...........pikiaq-pikiaq betoi juga



Kita semua mesti sedar, adakah Malaya atau Malaysia akan merdeka jika Raja-Raja Melayu tidak mahu menandatangani perjanjian kemerdekaan termasuk undang yang empat di Negeri Sembilan. Apa akan terjadi jika daya pendidikan bukan sahaja Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu tetapi rakyat Malaysia seperti hari ini pada tahun 1957 yang tidak bersetuju dengan percantuman negeri mereka yang dinamakan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terutama Johor, memang sebuah negeri diakui sebuah negeri Melayu Beraja Merdeka? Maka sesuailah pembesar yang diberi tanggung jawab dalam bulan kemerdekaan ini, memberi sedikit penghormatan kepada Raja-Raja Melayu.

THE PILLARS OF ISLAM

Dulu bila ada orang nak masok Islam , tahap mulanya suruh potong lancau . Potong lancau sangat digeruni , tak dak sapa pun yang betul2 jantan . Lebih2 lagi dipotong dengan pisau . Belum ada ubat2 moden . Berbulan baru semboh . Semua orang seangkatan aku tau semua ini. Rasa2 lebih baik jadi orang pompuan . Rela beranak berbelas orang . Orang pompuan pula rela jadi lelaki . Sakit hanya sekali ,masa potong lancau saja . Bila nak beranak lagi gerun , berbelas kali pula tu . Itu pahaman budak2 dulu . Yang nak jadi Islam pun tak jadi , kerana kena potong lancau . Bukan senang nak bersakit dicelah kangkang . Bukan sehari-dua . Malu pula berjalan mengengkang-ngengkang . Cara dakwah tak kena . Dakwah menakutkan orang .
Begitu juga bila perkenalkan rukun2 Islam . Orang baru rasa berat bila ada dalam agama Islam . Lebih2 lagi kena puasa sebulan . Rasa cukup berat bila tak boleh makan . Approach dakwah yang tak kena . Aku dulu pun rasa cukup berat nak tunaikan kesemua rukun . Lebih2 lagi nak tunaikan haji . Macam2 cerita susah payah bila menunaikan haji . Bila aku pahami betul tentang rukun Islam aku rasa sebagai satu nikmat pula menjalani rukun2nya . Yang ku sangka menunaikan haji susah ,merupakan cukup mudah . Bukan saja mudah tapi orang yang pernah berhaji pun , kalau boleh nak pi setiap tahun .
Ada orang yang ingin sangat menunaikan haji , tapi tak ada kemampuan . Dia tak payak pi kalau tak mampu . Apa nak susah2 . Setiap hari dok mengeloh pasai tak boleh pi haji . Islam tak paksa kalau tak mampu . Cukup senang ,bukan ? . releks lah brother .
Begitu juga zakat . Dia tak paksa berzakat kalau kita tak berharta , bukankah itu mudah . Islam bukan jenis 'along' . Releks la brother . Tunggu la ,kita terima zakat orang . Wah , lunaknya beragama Islam .
Bila datang Ramadan,orang semua berpuasa . Kita tak boleh berpuasa kerana uzur , kerana sakit ,kerana kita pengembara . Kita tak payah berpuasa . Bukankah cukup murninya agama kita . Tidak ada paksaan dalam agama . Bila tak mampu kita ada kaedah lain untuk menyelesaikannya .
Tapi sembahyang lain caranya . Mesti tunaikan walau dalam apa keadaan pun . Hang sihat ke , sakit ke ,mesti tunaikan .No way you can escape . Nampaknya berat bukan ? Tapi sembahyang juga senang . Kita boleh bersembahyang berbagai cara . Tak boleh berdiri boleh duduk . Boleh berbaring dan sebagainya . Jadi makin terok kita sakit ,makin mudah kita bersembahyang . Malah boleh bersembahyang dengan gerak biji mata. Dan bila terlalu berat penyakit kita, sembahyang menjadi mudah ,mudah dan mudah.
Alahai , yang ni yang sangat payah . Syahadah . Meng Esakan Allah . Ia adalah tunjang . Hidup dan mati kita adalah kerana Allah . Semuanya dari izin Allah . Nak merendahkan diri sesungguhnya kepada Allah . Ego akan merosakkan diri seseorang . Semua nak jadikan aku,aku,aku . Hilang pandangan kita pada Allah . Kita tumpang segala2nya pada Allah . Semuanya hak Allah . Duit kita banyak , itu duit Allah . Kita kena pandai menggunakanya kerana itu hak Allah . Kuasa yang dia berikan pada kita , gunalah kekuasaan itu sebaiknya . Itu Allah pinjamkan buat sementara saja pada kita . Jangan berbangga sangat . Semuanya akan dihitong Allah . Kalau kita cantik ,gunakan kecantikan kita pada Allah . Jangan syok-syok nak tayang paha ,pusat ,buah dada awak . Itu semua hak Allah . Nyawa kita , diri kita dan segalanya adalah hak Allah. Dunia sekarang ni habeh jadi rosak ,puncanya manusia dah lupa pada Allah . Depa ingat bumi kita ni besar sangat . Banding dengan keseluruhan alam ini , bumi kita macam sibiji habok pun tak dak.
Allah menciptakan makhlukNya ada yang besar dan ada yang kecil . Yang besar seperti arasy dan kerusi tak terlihat oleh mata kita . Yang kecil2 pun berbagai2 , juga tak dapat dilihat oleh mata kita . Kena guna teropong baru nampak . Teropong pun yang beribu kali gandaannya baru boleh dilihat . Kuman tak boleh dilihat oleh mata kasar . Sekecil2 kuman pun dalam badan dia ada berbagai organ seperti kita juga . Ada hati ,ada perut ,ada lubang beraknya dan seterusnya semuanya ada . Yang dirinya sendiri pun kita tak nampak , bagaimanakah organ2nya pula . Masyaalah , hebatnya Allah . Cukup kerdilnya kita .Lepas tu nak sombong buat apa lagi .
Yang masih tak sedarkan diri , pikiaq la hujung jatuh kita .
QULLUL-NAFSIN-ZA-IKATUL-MAUT...........setiap yang bernyawa pasti akan mati.
ALLAHUAKBAR.

Friday, August 3, 2007

THAT MINNEAPOLIS BRIDGE ....WHAT ABOUT OUR VIADUCTS IN KYELL (KL)

MINNEAPOLIS - Minnesota officials were warned as early as 1990 that the bridge that collapsed into the Mississippi River was "structurally deficient," yet they relied on a strategy of patchwork fixes and stepped-up inspections.

Mr.Samy, how about our viaducts all and around Kuala Lumpur. All I see there are many patchworks . Can you rely on them ? Nuri dah banyak korban pemuda2 kita , dan kalau jejantas tu merudum , banyak lagi akan terkorban . Bukan saja pemuda , but children , old-folks and citizens of all walks-of-life will suffer .

Titi Sirat tak akan runtuh,tapi manusia yang suka membuat keruntuhan di dunia akan jatuh merudum.

QUIT SMOKING....copied & pasted from friend's blog ( PART 11 )

How To Quit Smoking Today ( From Mohamed Al Reedy Blog )
Before going on to how to quit smoking it is better to put it this way – why should I quit smoking? To answer these two let us first see what smoking is all about. The habit of smoking is as old as Man. Ancient Scythians howling with pleasure threw hemp seeds on hot stones before inhaling the smoke. The Mayans were passionate about smoking and so were their gods. Smoking has often been a religious ritual and more often then not believed to possess medicinal values. Mainly it has been for pleasure either for the individual or for the group. In modern times we cannot think of either Freud or Castro without their cigars. In the late 19th century it came to be associated with the coming of adulthood and also the emancipation of women. The film industry made it into an icon. The infection spread to all corners of the globe. Now it is being tackled on a war footing and the big question is – I want to quit but how to quit smoking?Once you have made up your mind to quit smoking the next step is the action plan to quit smoking. The first step is the determination of the individual. Nothing can be more important than that. The person concerned must be thoroughly convinced that he or she wants to quit smoking. It is difficult to quit because the nicotine is an addictive drug of the very worst kind – may be as bad as heroin and cocaine.What is my action plan to quit smoking? How will I quit smoking? It cannot be done overnight. It needs persistence. Sometimes you will lose the war. Keep a chart and slowly you will see that it is you who are gaining points and not your enemy – the cigarette. Each failure is a blessing because you learn something new about this warfare. The first thing in the morning and the last thing at night keeping repeating the mantra – “I can quit smoking!” Autosuggestion can set off very powerful vibrations.You should remind yourself constantly “I am keen to know how to quite smoking and what will be my action plan to quit smoking? By giving up this smoking habit I will increase not only the quantity but also the quality of my life”. There will be lesser chances of heart attacks or stroke and even of cancer knocking at your door. A pregnant mother should never smoke. The greatest tip of all is that you will have plenty of money left over to spend on better things of life. Your loved ones around you will lead healthier smoke-free lives.Action plan for quitting smoking will involve drinking plenty of water, diverting attention when the urge comes, and taking the help of medication because withdrawal symptoms can be very nasty. A change of scene will work wonders. Throw all old memories of your past love – the cigarette. Do not go near other smokers. Go for counselling. There are some medicines over the counter, which are of great help like the patches, spray, inhaler and gums. Above all do not fall into the arms of another lover in your state of depression – alcohol

QUIT SMOKING....copied & pasted from friend's blog

Stop Smoking Now and Live Longer, Healthier Lives ( from Mohamed Al Reedy blog )
One of the best things that you can do for your overall health and well-being is to stop smoking. Learning how to stop smoking is easier now than it has ever been. There are all kinds of aids available, from nicotine gum to support groups. It may take some time and patience to find the right program or the right combination of aids, but it is well worth the effort.Why is it worth the effort? Over 400,000 people die each year from diseases that could have been prevented, if only they would have quit smoking. If you stop smoking now, no matter how old you are, you decrease your risk of having a heart attack or stroke. You also decrease your risk of dying from a heart attack. People who smoke are twice as likely to die from their first heart attack as people who do not. If you stop smoking now, your risk of lung cancer will be reduced by as much as 5% for every two years that you do not smoke. That means that after 10 years of being "smoke-free", your risk of developing lung cancer will be as much as 50% less than your friends who continued to smoke.Knowing these facts, you may begin to see why it is so important to learn how to stop smoking, but there's more. People who smoke have an increased risk of developing cancer of the mouth, throat, esophagus and larynx (voice box). They are more likely to have acid reflux or gastrointestinal reflux disease, which if uncontrolled can lead to cancer of the esophagus.Cancers of the intestines, bladder, kidneys and pancreas are found more frequently in people who smoke than those who do not. If you stop smoking now, your risk of developing one of the types of cancer to which smoking is linked gradually declines. Still need more reasons?People, who smoke, have more colds, are more likely to develop pneumonia and are more susceptible to influenza viruses. Cigarette smoke numbs the tiny hairs that line the nose and throat. These tiny hairs called "cilia" would normally filter some of the bacteria and viruses that you breathe in. If you smoke, they do not function properly. Other reasons to stop smoking involve the health of your gums and teeth. Other than the obvious side effects of smoking, like bad breath and yellow teeth, people who smoke are more likely to develop gum disease and twice as likely to lose teeth as they age. Emphysema is almost always linked to cigarette smoking or exposure to second hand smoke. In emphysema, your lungs become less flexible and exhaling requires great effort. Men who stop smoking are less likely to develop erectile dysfunction. Women who stop smoking have an easier time becoming pregnant, have fewer problem pregnancies and less likely to have children that are underweight at birth.In general, smokers have shorter life spans because of all the diseases that are aggravated or caused by the addiction. That is the primary reason that it is so important to learn how to stop smoking, if you want to live a long and healthy life; if you do not want to be burdened with excessive medical bills as you age; if you don't want to spend the last years of your life tied to an oxygen tank; if you don't want to become a burden to your family.

NANTI KITA CARI DIA PUNYA RAHSIA

Cikgu Din Radio still lingers . Dirinya mempunyai banyak speciality . Melalui trial dan error arwah dapat menguasai ilmu radio,tv,handset,wireless dan teknologi lainnya . He himself is the university . He had no papers of qualification . Pernah aku tulis kat MARA supaya dia di tampilkan ke dunia walaupun tidak ada kelulusan bertulis . Tapi surat ku tak terjawab . Mungkin ditelan oleh bangkul sampah . Apa kuasa aku , begitu juga apa ada kuasa pada budak dalam SINGAPURA DI LANGGAR TODAK .Ada orang yang tak pernah mengaji di sekolah menengah tapi dapat lulus senior cambridge dan HSC .Salah seorang yang aku tahu ialah Prof.Dr.Awang Had salleh. Tempat dia belajar semasa mengambil SC dan HSC ialah di bawah pokok kelapa. That was his school . But he succeeded .
Sekolah cikgu Din ialah dari ungkapan yang selalu disebut semasa bereksperimen .NANTI KITA CARI DIA PUNYA RAHSIA. Through those words he succeeded . Dia akan explore habis2an , dia akan 'rogol' semua wayar dan serba mak neneknya. Alas , he got it . Mencari segala rahsia, mendapat segala ilmu . Kita perlu menerima ungkapan itu untuk sama explore diri kita , kerana masih banyak rahsia2 diri sendiri yang kita sendiri buta . Mungkin dalam diri ada jenama2 yang boleh dimanfaatkan . Kemudian kita explore dan explore . Kita explore mengapa ' water,water,water everywhere ,but not a drop to drink .' Kit explore mengapa, mengapa 'itik di air mati kehausan '. Fenomena2 ini hingga kini masih kita tak sedar2 . Kerana kita berkokok berderai2 , tapi ekor berlumuran taik ,SHIT . Thank you cikgu Din ,you taught me a lot . But still I learn only a little . I know your name is synonym to a radio . I congratulate you and your friends 'radio ametuer lovers' respect you . You were voted as chairman of Northern Malaysia. But now we can only communicate with you through our doa ....Al-Fatihah to you .
Sama2 lah kita mencari rahsia2 di akhirat kerana kita semua akan bersama dengan cikgu Din Radio . Kita akan ke sana ..........ke sana ..........ke sana .
JOM KITA CARI DIA PUNYA RAHSIA.