Walaupun dah 50 tahun merdeka , tapi masih following their footsteps . Kita tak bina identiti sendiri . Kita tak buat cara kita . Kita tak sambut cara kita . Kalau kita negara Islam , walaupun Islam Hadhari , ikutlah cara Islam . Kalau tidak di mana pengakuan kita , di mana kita sebenarnya . Aku lemas tengok bangsa kita dok sambut merdeka . Dah lah setiap minggu dengan berbagai konsert dan pesta2 nyanyian dan peraduan Af , Sure-Heboh , dan banyak lagi yang aku pun tak tau nak sebut . Sambut merdeka pun di isi dengan pesta yang sama . Ngapa tidak pada malam tersebut kita isikan dengan aktiviti keagamaan . Paling sikit kita boleh buat ialah sembahyang hajat dan baca Yassin di semua surau dan mesjid di Malaysia ini . Kalau tak dak kenduri pun tak apa . Kita masing2 balik makan di rumah. Minta polis beri kerjasama beri jaminan tak dak maksiat yang berlaku pada malam itu. Kerana maksiat akan menggamit bala . Bair lah Allah redho dengan perbuatan kita .
Aku ucap syabas kat kawan ku bila menyambut harijadinya . Pada malamnya dia buat kenduri arwah .Ada majlis bacaan Yassin dan sembahyang hayat . Dia tak buat hambuih lilin dan nyanyi happy birthday . Itulah cara kita . Kita boleh sambut harijadi , kita boleh sambut hari merdeka , kita boleh sambut orang2 ternama , kita boleh sambut.......sambut ......sambut...........dan sambut . Tapi buatlah cara kita . Kalau dok buat cara depa , dan akan tiba murka Allah . Bila tibanya kemurkaan Allah habis rosak , punah.....dan merundum dan terbengkalailah segala apa yang kita dok bina ini. Sejarah telah buktikan semua itu . Cuma kita saja yang buta sejarah.
Hari2 ada saja nak selewengkan sejarah .
No comments:
Post a Comment