Kalau paksa bekerja , mudah dapat tension . Pasai tu kena pilih kerja yang kita minat . Kita seronok bekerja atau membuat sesuatu yang kita minat . Kita tak rasa penat dan jiwa mendapat kepuasan . Yang dah tersilap pilih kerja ,ini saja caranya : Goodbye tension , hello pension.
Aku dulu tension juga . Aku tension kerana di masa tu aku meluat dengan gara-gara bekerja di bawah skim SSB . Skim Saraan Baru . Aku melihat skim tu langsung tak sesuai dengan tugas pendidik . Bila skim tu berjalan macam-macam kerenah baru tercetus . Budaya mengampu mula timbul . Ampu tu tak apa , tapi ampu jijak kepala kawan . Kerana nak dapat tanggagaji 'menegak' dan 'melintang' masing2 cuba mengampu boss . Ada yang cuba jijak kepala kawan . Aku rasa cukup jijik macam taik . Boss pun mula kembang pungkur bila hari2 kena kipas. Dia tak tau akibat akan menimpa . Tak sampai setahun aku ambil tindakan buat option . Umur ku masa tu baru 51 tahun . Dah boleh buat option . Mula2 susah ku dibuatnya . Boss tak mau rekomen . Dua kali aku buat permohonan . Lepas tu aku sendiri paksa boss aku , dan aku hantar sendiri permohonan ku ,kerana bimbang tak sampai . Kemudian aku hubungi kawanku di kementerian supaya dia tengok permohonan ku . Permohonan ku memang dapat perhatian pegawai2 di sana . Pasainya aku kondem SSB . Aku terus membuat rayuan pada Illahi , dan akhirnya aku lulus . ..............SSB ( Susah-Susah , Bersara ) .
Tak berapa hari SSB pun diganti dengan skim lain ..................aku gembira kerana memang pendapat aku betul .
Skim terbaik ialah skim pencen.
No comments:
Post a Comment