WASIAT
Wasiat bersangkut dengan mati . Dan mati amat digeruni oleh semua manusia . Dan banyak manusia tak reti apa itu mati . Kekadangnya mereka dah pun mati di dunia , tapi mereka tak sedar yang mereka telah mati , Mereka ni kadang-kadang dipanggil bangkai bernyawa .
Kita boleh menimba ilmu kematian dalam Al-quran dan Hadis Nabi s.a.w . Di situ kita tau apa itu mati . Kita tak tau bila tarikh kita akan mati . Allah rahsiakan semua itu . Untuk uji kita , untuk uji iman kita . Banyak orang yang tak beriman dengan hari akhirat . Jadi depa tak kisah tentang mati . walaupun depa paham tentang mati ….nauzubillah.
Ahli2 sufi rindu akan mati . Kita takut nak mati . Kalau boleh elak,elak lah . Pening sikit dah cari ubat . Bila sakit terok depa bimbang akan mati . Sayang nak tinggal dunia yang fana ini . Lagi sakit terok , lagi cepat jumpa doktor pakar . Padahal doktor pakar pun akan mati. Mati tak pilih tempat dan masa . Bila malaikat-maut dapat ‘green light’dari Allah , matilah kita . Maklaikat tak akan tangguh sesaat pun . Kalau dalam tidor , dalam tidorlah mati kita . Kalau dalam rumah Urut dalam rumah urutlah mati kita . Kalau dalam maksiat , matilah kita dalam maksiat ….nauzubillah.. Waspadalah dalam gerak-geri hidup kita . Kerana kemungkinan mati itu ada di mana-mana . You cannot escape death .
Dalam hidup kita setiap detik adalah masa menuju kematian . Makin hari makin dekat .Tok sah sambut harijadi lah ,mati dah dekat . Buat cara lain ,yang lebih islamik sikit . Ni suka ikut jejak langkah Yahudi . Hari-hari depa dok sesatkan kita . Kaki sebelah dah dalam kubur pun dok sambut harijadi . Dok happy birthday lagi . Bull-shit . Sedar lah diri tu . Rumah dah kata pergi . Kubur dah kata mari . Lai-chi- peng . Betul tak bahasa china tu ? …..betul ke tak …phooorah .Ha, itu bahasa tamil pula .
Ingat mati pun nak kena duit . Kalau tidak mayat tak dak orang nak urus . dah aku tuleh dalam post aku yang lepas . Nak tau kena baca . Jadi simpan duit untuk mati sama . Tak dak mati free .
Sebelum mati buat wasiat sama . Agama kita suruh begitu . Kalau tak wasiat , kita jadi bisu dalam kubur nanti . Tiap2 malam sebelum tidor ,agama anjur kita wasiat dulu , istiqfar , dan maafkan saudara2 kita . Ni balik mabuk2 , mana nak boleh buat begitu . Payah orang kita nak sedar diri . Dari dulu sampai la ni , dok macamn tu juga . Sokmo dok maceng tu . Syaitan cukup berjaya menipu . Yang beriman payah dia nak tipu . Tapi dia juga ada helah lain . Dia orang bijak . Tapi kufur .
Apa aku nak wasiat dekat Bush ? Roh rakyat Iraq sedang menunggu Bush di pintu kubur . Lepas malaikat belasah , depa akan turut membelasah . Hentam ,hentam ,jangan bagi chan . Kalau aku ada bersama ,aku pun akan HENTAM ……..GGRRRRRrrrrrr , geram sungguh .
No comments:
Post a Comment