23rd of August,2007
Walaupun belum lagi sampai tarikh menyambut 50 tahun merdeka , tapi hari ini juga hari bersejarah bagi sahabat ku . Dia juga boleh dianggap sebagai cikgu ku , kerana umurnya sebaya dengan umur cikgu ku . Dan memang dia pun bekas guru yang banyak berjasa pada dunia pendidikan tanahair . Kekawan sekolej dengannya banyak yang jadi cikgu ku dan mereka banyak berjasa menjadikan aku seorang pelajar yang berminat menuntut ilmu. Hingga hari ini aku tak dapat lupakan mereka . Aku baru 2 bulan dapat berkenalan dengannya melalui internet . dan aku cukup berbangga kerana Allah mempertemukan kami. Kata orang2 alim , kalau di zaman alam zuriat dulu kita pernah berkenalan sesama benih2 anak-cucu Tok Adam , kita akan berjumpa semula di alam dunia ini . Di zaman itu tidak ada sesiapa pun akan teringat ,kerana kita adalah insan ( pelupa ).
Hari ini genaplah umur kawan ku 70 tahun , 5 tahun lebih tua dari ku . Adat orang sekarang ialah ucapkan happy birthday . Tapi aku ni luar biasa sikit , tak suka ucapkan happy birthday . Sebabnya ialah ia bukan adat bangsa ku dan budaya agama ku . Kita boleh ikut adat orang kalau tak menyalahi syariat . Kita boleh tiru orang kalau ia bermanfaat dan tidak menggugat akidah. Dan orang semua tau happy birthday itu kurang bermanfaat dalam liku-liku hidup kita sebagai orang tua . Ia Cuma sesuai untuk nak syok-syokkan kanak2 saja . Agama suruh muhasabahkan diri dari sehari ke sehari , kerana sebenarnya umur kita makin susut setiap hari . Jadi tak dak masa nak happy , kerana mati semakin dekat dengan kita . Kita kena memperingatkan diri supaya umur kita yang semakin berkurangan itu dimanfaatkan sebaik mungkin . Ada orang nak boleh setuju dengan aku atau tidak ? , itu tak penting bagi aku . Kita dikurniakan akal untuk bertindak secara rasional. Kita kena ada pendirian . Sesapa saja boleh pandukan kita , tapi yang terbaik ialah mendapat panduan Al-quran dan Al-hadis .
Kawan ku banyak berjasa pada Negara . Ilmunya banyak , Lulus senior Cambridge di awal tahun 50an . Melanjutkan pelajaran di England dan Australia . Berkhidmat sebagai guru dan pernah menjawat jawatan Pengetua sekolah menengah dan merupakan di antara orang terawal dalam penubuhan Universiti Utara Malaysia . Pernah menjawat jawatan Pendaftar di universiti tersebut . Sekaligus beliau juga seorang yang professional dalam ilmu fotogarafi . Gambar2 yang pernah diprosesnya di tahun 50an masih dalam keadaan ‘awet muda’ . Dan yang hitam-putihnya pun telah diwarna-warnikan . Banyak menulis cerita2 yang menarik dalam bahasa inggeris . Aku harap koleksi2nya akan dibukukan supaya boleh memberi manfaat kepada generasi2 muda sekarang .
Syukur pada Allah kerana kawanku cukup sihat , tiada ada penyakit dan cukup cergas dalam larian hidupnya seharian . Berbanding dengan aku , kawan ku lebih hebat . Satu petua dia ceritakan pada ku bahawa dia tak pernah hisap rokok sejak muda2 dulu lagi . Wah , satu nasihat yang patut dicontohi anak2 muda sekarang . Bukan aku dah kata dalam post aku dulu bahawa rokok tak berguna langsung . Walhal haram pun dari segi agama kita..
Kawan ku ialah Pak Non . What a personality .He is now a consultant with Syarikat Anak Arshad Akitek .My doa for your success . Hope you live longer for the benefit of humanity .
May Allah bless you and live a very happy life with Mak Wan .
Pak Non.
No comments:
Post a Comment