MATLOH
Semasa aku kecik2 dulu sekali-sekala ada2 saja ahli saudara-baru masok kampong meminta sedekah . Masing2 membawa guni tepong gandum . Selepas memberi salam secara atomatik tuan rumah memberi beras . Masa itu peminta sedekah tidak diberi duit , kerana orang tidak berduit . Dia pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah . Kekadang dia dapat mengutip hampir seguni beras . Itu budaya dulu . Sekarang kita tak mau saudara2 baru kita meminta sedekah . Dan yang memelok agama Islam bukan lagi fakir miskin . Dulu kebanyakannya orang miskin .
Masa berubah , zaman berubah dan semua dah berubah . Dan saudara2 baru kita masukkan dalam agenda Perkim . Di latih dan diberi maklumat tentang agama . Mereka jadi lebih pintar dari Islam asal . Kekadang yang Islam asal pula yang tak tau hal2 agama . Waktu sembahyang pun tak dihormati , musim berpuasa tak puasa . Akhlak pun dah entah kemana . Berpoya kesana berpoya ke sini . Sebutkan saja benda2 buruk , orang asalnya Islam dapat nombor wahid . Kita jadi juara dalam kebanyakan unsur2 negatif.
Dulu saudara baru orang kita sebut matloh . Aku tau depa ambil dari perkataan mualaf . Mudah disebut matloh . Oleh kerana orang2 kita banyak tak pandai agama , kita juga adalah saudara baru . Jadi kita pun adalah dari golongan MATLOH .
Jom kita sama2 pi ngaji agama , kerana kita masih lagi MATLOH .
No comments:
Post a Comment