Monday, August 27, 2007

50 TAHUN MERDEKA.......my view

Tak berapa hari lagi genaplah umur kemerdekaan kita yang ke 50 . Umur menunjukkan kedewasaan negara kita . Bila dah dewasa itu maknanya kita dah matang . Matang dari segala segi . Pembangunannya , ekonominyanya , sosialnya , pendidikannya , bahasanya & sasteranya , muda-mudinya , ....nya ,.....nya , dan sebagainya , termasuk juga bolasepaknya . Tapi nampaknya kita masih meraba-raba dalam bentuk pelaksanaan kepelbagaiannya . Nampak macam dah jadi bercelaruan di sana-sini . Kerosakan moral muda-mudi cukup parah kerana kita ketepikan ajaran agama . Rakyat pula rasa macam terpinga2 dengan unsur2 hadhari yang kita tonjolkan . Dulu tak dak pun penasihat agama , dan bila ada penasihat agama kita bertambah celaru . Macam2 mazhab tercetus , dan ajaran salah tumbuh sana-sini . Dan 'ayah pin' pun dah hilang begitu saja . Nampak macam tak dak tindakan dan tak dak pemulihan . Sekolah agama pun dah banyak gulung tikar kerana tarikan bantuan . Sapa yang bertanggung-jawab ? Kita tak akan terlepas dari habuan di akhirat nanti . Sebelum tu akhbar tulisan jawi pernah gulung tikar . Banyak yang buta jawi . Bila buta jawi ,butalah Al-quran jawabnya .
Kita hilang lepas satu , satu . Bahasa Melayu juga dah jadi macam anak-tiri . Bila kita dah nampak banyak anak2 Melayu berjaya menjadi doktor dan jurutera melalui pendidikan bahasa Melayu , kita alih haluan belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris . Kalau nak mantapkan bahasa Inggeris , tambahkan saja masa pengajaran bahasa Inggeris . Tak perlu ubah sukatan matematik dan sains . Awat , China ,Korea , Jepun , Russia , Sepanyol , Perancis dan yang negara2 maju yang lain semuanya guna bahasa Inggeris ? Cara kita semua bercelaru kerana otak kita bercelaru . Sentimen dan ego kita memusnahkan segala . Kita terlampau nak short-cut dalam semua hal . Aku cukup terharu apabila Tan Sri Dr. M berkata dia kecewa tak dapat mengubah pemikiran orang Melayu , walaupun memimpin selama 22 tahun . Itu adalah kegagalannya , bukan kegagalan orang Melayu . 22 tahun adalah masa yang lama untuk dia buat . Aku nampak itulah kegagalannya . Macam kita gagal didik anak sendiri , selama 22 tahun .
Yang paling aku sedih sekali anak2 yang dok mengaji di IPTA/IPTS kena buat pinjaman berpuluh ribu ringgit . Ada pula interestnya , 4 % . Bila graduate dok tanam 'anggor' pula bertahun2 . Ada pula pemimpin cadang depa jadi petani moden . Mana boleh , depa mengaji bahagian lain nak buat kerja lain . Macam dok suruh manusia makan rumput dan lembu pula makan nasi. Tak kerja lagi duit pinjaman berpuluh ribu ringgit . Hutang sekeliling pinggang . Hidup dan mati depa dalam hutang . Kalau tak dapat jelaskan hutang , bila mati , roh-roh mereka akan tergantung di langit . A very,very sad case .
Murtad is the most serious case . Sana-sini dengar saja kes2 murtad . Ada pula tu memohon nak tukar agama . Tak payah pohon , bila dah niat nak murtad otomatik dia jadi murtad . Tak payah tukar nama. Apa ada pada nama ? Abu jahal, Abu Lahab dan musyrikin yang lain tak pernah pun tukar nama mereka . Depa boleh cakap Arab lebih faseh dari kita . Depa lebih faham maksud A-quran dari kita . Tindakan susulan kita tak buat . Memang budaya kita dari dulu macam tu . Maintenance capacity kita is nearing zero .
Aku cukup sayang negara ku . Aku bimbang negara ku jadi macam orang2 tua di rumah2 kebajikan . Cukup bimbang . Di masa itu tak guna lagi bernostalgia .
Melancolik .

No comments: