Sunday, August 26, 2007

WHAT A GENERAL STATEMENT !

Aku langsung tak berminat bermain politik . Sejak muda dulu pun sama juga . Aku cuma beri sokongan pada hari mengundi saja . Itu pun kalau aku suka undi . Kalau tidak aku tak pi mengundi . Lebih-lebih lagi bila aku tau ada penipuan , aku tak mau terlibat . Kerja tipu-tipu ni satu dosa . Mana boleh tipu ini soal negara . Kalau tipu , 5 tahun meter dosa penipuan berjalan . Hinggalah hari mengundi yang baru tiba . Kalau tipu kerja kita jadi sia-sia . Tapi dari mikroscope minda aku , kerja tipu-tipu jadi makin jelas . Budaya politik dah jadi kotor . Politik yang bersih dah jadi kotor kerana budaya yang dibawa-bawa, kerana ghairah sangat nak jadi wakil . Imam2 terkenal dulu menolak apabila ditawarkan jawatan2 tertentu , kerana mereka takut dengan hukum Allah . Bukan senang nak jadi pemimpin yang adil . Lebih baik toksah . Kita jadi pemimpin rumahtangga dah cukup.
Aku rasa terpanggil bila mamak menteri tv/radio kita menuduh ahli bloggers sebagai penyanyi karaoke . Tuduhan itu terkena kat aku juga . Walaupun aku tak pernah jejak kaki ku ke karaoke . Pedih juga telinga ku . Depa nak marah kat Malaysia-today. Tapi habis semua terpalit . What a general statement . Aku pun mula nak baca Malaysia-today . Nak cari pasai apa depa marah . Kepala hotak ku mula terpuing-puing bila membaca artikel ," Anak mamak maidin semakin goblok".
Tak habis2 berperang mulut . The world is not more a place for dwelling . Full of hatred .
Nabi s.a.w pernah bersabda.........DUNIA INI ADALAH SEPERTI BANGKAI .

No comments: