Tuesday, August 14, 2007

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI ....shahnon ahmad

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI

Dato’SN Shahnon Ahmad telah menulis panjang tentang tajuk di atas . Kupasannya cukup menarik dan aku begitu tertarik membacanya sepertimana aku tertarik membaca SHIT dan novel2nya yang lain . Begitu juga aku tertarik dengan tulisan anak-didiknya Azizi Abdullah ( Tok Ya ) Dan aku pun bila menulis terpengaruh dengan gaya kedua mereka . Gaya ulang-ulangan ataupun pengulangan memang dah jadi pilihan ku juga . Banyak orang menipu dah dapat membaca SHIT . Baca 3 mukasurat dah lena atas kusyen.. Tapi berkiak-kiak terconget2 membicarakan SHIT . Banyak orang yang memiliki buku itu , waktu pilihanraya dulu buku tersebut diedar percuma kepada sesapa saja yang datang ke markas PAS ataupun pergi ke rumah abangnya Haji Md. Noh bekas ADUN UMNO . Ada yang ambil sampai 5 buah . Maklumlah percuma .Aku Tanya depa baca ke tak ?. Boleh dikatakan semua tak habis membaca walaupun separuh . Buku tu pula di sorok , kerana takut anak-anak depa baca . Takut depa baca perkataan PUK***,yang terkandung di halaman mukasurat pertama kulit buku SHIT . Wah,wah mengapa ni? . Begitulah orang tua bila bercakap atau menulis akan bersimpang-siur . Bagai angin malam boleh bertiup ke sana- sini , lepas bebas . Sesekejap mendatar , sesekejap menjunam dan sesekejap mendongak . Macam burung murai gila .

Nukilan Dato’ Shahnon tu panjang , aku anggar melebihi 50 mukasurat . Orang cerdik pandai harus membacanya . Ia bukan novel , tapi sebuah rencana . Aku tak mahu ceritakan di sini .buat suspense sikit . Cuma aku nak ambil intipatinya untuk aku buat kupasan dari sudut kepala hotak aku .

Mula membaca tajuknya ,aku sangka Dato’ Shahnon nak tuleh pasai UPSI kerana dekat Tanjung Malaim ada sebuah kampong ,iaitu Batang Kali . Dulu sebuah kampong yang cukup indah dengan alam semulajadinya . Penuh dengan dusun buah2an , dan air kalinya putih jernih . Bisa diminum dengan dua telapak tangan . Sejuknya menyegarkan . Tapi sekarang dah lama aku tak ke Batang Kali . Dan dekat Batang Kali lah Sir Henry Gurney dibunuh . Kalau ke Kyell (KL) pun dah tak lalu melalui Batang Kali . Dah ada lebuhraya dan pokok cerita Dato’ Shahnon ialah perbandingan sebuah universiti dengan sebatang sungai. Sungai semua dah mengalir lesu , begitu lah juga hidup di sekitar universiti . Pernah juga BA Hamzah menulis dalam the Straits Times ( tarikhnya aku dah lupa ) bahawa universiti tempatan cuma boleh melahirkan jagoh2 kampong . BA Hamzah ( Prof. Dr. Hamzah ) ialah Director Global Studies di UPSI .

Aku dapat paham bukan saja universiti dah jadi seumpama sebatang kali , tapi banyak benda dah jadi macam kali ( sungai ) . Dah berapa banyak batang kali menjadi kotor,berlumut dan airnya mengalir liat. Airnya pula busuk dan tak ada sesapa lagi mendapat manfaat dari sungai . Ikan pun dah tak dapat hidup di dalamnya . Budaya kita dah jadi sungai , masyarakat kita dah jadi sungai , akhlak muda-mudi dah jadi sungai . Rata-rata dipenuhi sungai . Dah jadi kali. Rata2 kita dapat melihat sungai @ kali mengalir lesu . Masyarakat cuma boleh bersorak-sorai , rioh-rendah dan gamat hanya di pesta2 lagu dan di majlis anugerah para bintang dan artis2 muda dan comel . Bagaikan syok tiada bertempat . Syok sendiri-sendiri . Dengan gaya yang berbagai dan fesyen2 pakaian yang entah dari mana depa impot . Mudah meniru dari sungai-sungai yang dah lesu dek zaman .

Nak tau cerita sepenuhnya silalah baca rencana yang tersebut …..ini promosi saja .

No comments: