SEKOLAH INDAH………
Akhir2 ni macam2 cerita pasai sekolah tersiar di berita perdana . Berbagai isu dan masaalah . Buli membuli dah mula merebak . Baru2 ni kes buli berlaku di sekolah penerbangan . Buli yang jauh dari batas2 kemanusiaan . Dulu pun ada buli membuli , tapi setakat seloroh dan berjenaka-sapa . Pakat2 gelak-ketawa , lepas tu habislah citernya . Tak la berlanjutan hingga ke perkara2 yang keji2 . Pernah berlaku kecederaan dan dah ada yang terbunuh . Sayang sekali melihat keadaan yang berlaku . Cuma belum berlaku tembak-menembak di sekolah macam di negara2 barat .Dok pikiaq-pikiaq tang mana salahnya , tak juga aku jumpa . Lagi maju lagi ganas . Kalau nak maju kena check semula supaya dok dalam rail yang betul . Kalau dok salah rail , ranaplah masyarakat kita .
Aku suka tegur pemimpin2 masyarakat supaya tunjuk teladan yang baik . Kalau cikgu ,jadi cikgu yang baik. Kalau pegawai jadi pegawai yang beramanah . Kalau peniaga jadi peniaga yang jujur .Jangan suka sorok barang . Jangan kecoh . Kita semua adalah pemimpin . Dalam rumah bapa ialah pemimpin . Jangan jadi bapa haruan . Sopan-santun,kasih-sayang dah lama melayang jauh .
Aku juga suka tegur orang politik supaya berpolitiklah secara betul . Jangan cuba tunjuk pekong . Aku teringat pada kisah orang politik dikawasan Selangor dulu . CIKGU JABAR . Dia tak masuk mana2 parti .Dia calon bebas . Dia menang setiap kali pilihanraya . Dia sungguh2 berkhidmat secara jujur . Tapi dia tak jadi kaya macam orang politik sekarang ni . Jasa dia pun tak pernah diambil kenang langsung oleh kita lani . . Orang macam dialah yang patut kita tonjol . Di Kedah pula ialah CIKGU RASHID . Dia juga calon bebas . Tak pakai mecedes ,dia pakai morris minor buruk saja . Pengundi kawasan Bayu , Baling tentu sekali kenai dia . Sampai lani dia ada , sihat , dah mencecah umur 90 tahun . Masih cergas . Dok buat kerja dakwah dalam dan luar negeri . La ni orang politik dok tunjuk sapa pandai bercakap , Berderai2 di kaca TV berhujjah . Sapa boleh bagi orang gelak-ketawa dia jadi hero . Cepat naik pangkat . Kerja dia tak lah sehebat itu . Biarlah diam-diam ubi . Tapi berisi . Buatlah kerja , politik kita bukan 5 tahun sekali . Politik kita sepanjang zaman .
Lima tahun sekali jangan buat kecoh . Rakyat yang fanatik melenting kesana sini . Jangan musnahkan kemanusiaan 5 tahun sekali . Ya-lah yang saya maksud pun gitu lah . Masa pilihanraya.Cuba tengok di masa pilihanraya habis nilai-nilai yang ada berkecai remok-rendam jadinya . Persahabatan berkecai kerana berbeza pahaman politik . Adik-beradik apalah jua . Maki-hamun ,tuduh-menuduh berleret-leret . Disiar di TV dan segala media-massa . Di canang dan di gomoi di serata lorong . Yang keji dah tak Nampak keji . Dah tak malu . muka jadi tebai .Terconget2 kesana kemari . Membawa propaganda masing-masing .Duit masa tu tak kedekut lagi,tak loket lagi.Segala projek nak dihabiskan dalam minggu itu juga .Nak cover balik .Semuanya kerana rakyat tak cerdik . Kalau rakyat tak cerdik mudah berpolitik. Mudah di tipu . Main politik pun tak cerdik . Demokrasi pun tak tau apa benda . Yang tau ikut calon aku ,kerana ada di bawanya habuan untuk aku : sekampit beras ,sekilo gula ,sebungkus tepong , se tin susu cap junjung , sehelai kain pulaikat dan sehelai kain batik untuk isteri ku . Itu saja matlamatnya . Seronok sungguh berpolitik kalau rakyat bodoh .Tahap pahaman politik dan demokrasi rakyat tak mantap lagi.Mereka masih meraba-raba . Tak paham yang sebenar . Yang lebih malang lagi ialah mereka yang tak kenal siapa tuhan mereka .Mereka tak kenal siapa yang maha agung . Pasi tu mereka berani buatkan apa saja . tak tau balasan pahala dan dosa .
BUAT APA SEKOLAH CANTIK2 DAN INDAH2 KALAU RAKYAT MASIH BODOH .
Aku ialah hasil dari sekolah atap , berlantai tanah . Tiada ada buku , Cuma yang ku ada ialah sekeping papan batu dan sebatang kalam.
Aku tak pernah pakai neck-tie ,aku ke sekolah berkaki ayam . Setiap hari aku berbekalkan ubi rebus .sekali-sekali aku bawa nasi sejuk berlauk haruan bakar dan sedikit garam. Nasi emak ku bungkus dengan upeh pokok pinang . Masa tu tak dak apa .Kalau ada Tupperware , itu satu benda yang ajaib. Tak pernah dengar nama Tupperware . Tak pernah terlintas di kepala aku .Hidup ku laksana KUNTA_KINTE .
Cikgu cedok air telaga untuk murid2 minum.Minum dalam gelok .Kami cerdik , kami bergabong menuntut kemerdekaan . kami tak berpecah-belah . Pemimpin kami tak tamak-haloba , tak himpun harta bertimbun . Tak pernah dengar duit berjuta-juta . Kalau ada pun habis dinafkah untuk rakyat . Saidina Bakar korban semua harta untuk agama . CT Khatijah pun sama . Tak berbangga dengan dunia kerana akhirat Abadan-abada .
No comments:
Post a Comment