Tuesday, August 14, 2007

ISRAK MIKRAJ

ISRAK MIKRAJ

Dulu kalau tiba 27 Rejab suasana jadi cukup meriah . Ada saja majlis pembacaan kisah Nabi menjejak kaki ke langit sehingga ke Sitdratulmuntaha . Menemui Allah SWT dan sekaligus menerima perintah bersembahyang . Tapi pada tahun ini ia nampak sepi saja sesepinya , walaupun hakikat berhadhari kita impikan . Di kampong ku pun tak terdengar majlis2 yang ada . Macam tak dak penganjur , tapi di TV berbagai majlis penganugerahan di’live’kan . Terconget2 para artis hadzir dengan berbagai ragam fesyen yang selalunya mendedahkan pangkal buah dada masing2 . Merbahaya kepada pemuda2 yang bateri masih kuat dan segar . Yang dah kematian pucuk tu tak lah mendatangkan kesan , boleh geleng2kan kepala saja . Di stadium2 pula di timur-barat-utara-selatan tanahair penuh sesak dengan pertandingan bolasepak belia dunia bawah 19 tahun. Semua pasukan hebat2 terkenal dipersada dunia mengambil bahagian . Ada Liverpool ( kelab pilihan kawan siber ku ‘seri-kepayang’) , ada Man. Utd. , ada Bayern Mun., dan berbagainya pasukan handalan .Juga di’live’kan di saluran RTM dan juga Astro . Ada juga siaran tertunggak di ulang tayang berkali2 . Semua ini berlaku dalam detik Rejab di mana peristiwa Israk-Mikraj pernah berlaku . Baru sangat pemimpin Negara umumkan Malaysia Negara Islam, Baru sangat promosi Islam Hadhari digembur2kan . Baru sangat . Sapa yang bertanggungjawab ? Menteri agama kah ? Penasihat agama kah ? Tak kan semuanya nak serahkan pada Pak Lah . Kita ada tugas masing2 . Kalau Pak Lah nak buat semua , dicap pula sebagai dictator .

Aduhai , sudah jauh kita tertinggal dan tidak ada lagi sensitiviti kita tentang mukjizat agung yang pernah ditatang dan dibelai . Sejauh manakah Hadhari kita ? Setakat manakah cintanya kita pada agama .?

Aku bersungut dan bersungut pada isteriku . Dan hari ini ia akan berbicarakan peristiwa Israk-Mikraj di majlis pengajian agama yang diadakan bersama sahabatnya Mak Anna .

Syabas ku ucapkan. Semoga Allah tambahkan cintaNya kepada kamu berdua. Bantulah setakat mana boleh Bantu . Buatlah secara kecil2an , kerana kita golongan kecil . Buatlah walaupun berdikit2 , kerana memang duit kita sikit . Buatlah di mana2 , kerana kita bukan orang ternama . Buatlah …….Buatlah …..Buatlah kerana Allah .

Kita ikut kemampuan kita…..depa?….depa punya pasai.

No comments: