BUKIT SRENGENGE
Shahnon dalam novel yang tajuknya juga ‘srengenge’ , menamakan sebuah bukit di pinggir rumah ku juga dengan nama ‘srengenge’ . Banyak orang tak pandai nak menyebutnya , sebab ia bukan dari Bahasa Melayu . Ia bahasa Jawa Kuno . Aku pernah belajar sikit2 dulu tentang struktur bahasanya dari guruku Prof. Dr. A.S.Broto . Tapi kini aku sama besar habok pun dah tak tau .
Watak2 dalam novel Shahnon ‘srengenge’ pernah satu masa dulu sebelum merdeka , menggondolkan bukit srengenge untuk menafaatkan penduduk di Kampong Banggol Derdap . Bukit Srengenge memberi nadi baru pada penduduk . Ditanam dengan berbagaian pokok , sayuran dan yang utamanya ialah getah.
Pokok getah dah beberapa kali di tebang dan ditanam semula .
Tiga tahun sudah ia diproses semula di bawah skim penanaman semula RISDA .Selepas ditanam habis pokok lintang pokang di cabut dan diterajang oleh binatang babi . Musnah semusnahnya . Sekarang memang musim bala . Babi dah pandai masuk ke kampong orang Melayu . Di zaman globalisasi ni babi pun dah pandai . Dia tau orang Melayu tak akan apa-apakan dia . Kalau bunuh dia , orang Melayu kena kambus dia . Satu kerja pula , tiap hari kena kambus bangkai babi . Depa datang berpuak2 dan sepuak berbelas ekor . Kerana lebih dari 25 hektar tanah srengenge dibersihkan untuk laluan getah , tempat babi cari makan dah tak ada . jadi depa serang masuk kampong. Safer to be in Malay kampong . So , bukit srengenge dah tak ada jerumun babi .
Sejak sakit lutut dah setahun aku tak panjat bukit srengenge . Tapi petang tadi aku cuba gagahkan hayun kakiku . Sakit sikit-sikit aku buat tak tau . Kalau di ligan oleh babi atau terpaksa berlari kerana sesuatu hal , memang maut bagi aku . Mana aku boleh lari , boleh berhincot-hincot saja . Dan aku pun bodoh sikit ,tak bawa parang lading ku bersama . Kalau terjadi apa-apa , aku akan berlawan seperti Kunta-Kinte . Kalau aku mati , aku akan jadi macam Semaun dalam novel Shahnon ,’Rentong’ . Kalau dengan babi aku bertarung , aku mungkin digelar ‘wira babi’ . Kalau dengan harimau akar , aku akan digelar ‘wira harimau akar’ , dengan beruang ‘wira beruang ‘ .
Sampai di atas bukit aku keletihan , bekalan air pun aku tak bawa. Biasanya 2 botol besar air mineral habis ku langgah bila aku panjat bukit srengenge . Aku berbekalkan qulhuwallah . Itu pesanan tok guru ku . Kerongkong ku rasa pahit , terasa lendir liat meleleh malas di permukaannya . Lutut ku berdenyut2 . Aku masih tak kisahkannya .
Srengenge gondol segondolnya . Jarang2 anak-anak getah yang hidup .Habis dimusnahkan babi . Aku mengelamun sendirian . Aku dengar rioh-rendah suara arwah2
Lahuma,Jeha,Keresung,Awang Che Teh ,Debasa,Semaun,Saad Chik Lah . Aku tersedar , aku tak boleh berlama dalam alam misteri ini , kerana srengenge bukan sebarang tempatnya . Dulu pernah Mail Tok Hamat seminggu tak pulang ke rumah , disorok oleh penghuni rimba . Rioh-rendah seminggu pakat cari ,tak jumpa. Akhirnya dia pulang tersenyum simpul . Dia beritau bahawa dia pergi buat kenduri besar bersama dengan penghundi srengenge . Kenduri 7 hari ,7 malam . Pesta besar ,sembelih 10 ekor kerbau . Aku beristigfar dan melangkahkan kaki ku perlahan2 turun bukit . Aku harus berhati2 kerana turun bukit lebih bahayanya dari naik bukit . Kalau tergeleceh, lutut ku akan musnah . Kera dan lutong rioh-rendah bersorak melihat aku menjejaki langkah turun bukit . Depa mungkin memerli aku, kerana aku adalah manusia . Mereka paham bahawa manusia moden lazimnya terdiri dari manusia durjana . Berperang sesama sendiri . Jatuh menjatuh sesama sendiri . Depa tau manusia dah hilang kemanusiaan , dan mereka tau satu hari nanti, binatang akan menguasai dunia . Di masa itu manusia akan bertukar menjadi binatang pula . Mereka berazam memakmurkan alam dunia . Mereka akan mendemokrasikan semula . menstabilkan politik . Menukarkan Nuri2 yang dah buruk , Mereka akan beramai-ramai memburu Bush dan Chenney . Yang suka berrasuah depa akan sula sampai mampuih .
Selepas suara azan maghrib baru aku sampai di rumah . Isteri ku dah bersedia dengan lampu suluh untuk pergi minta tolong mencari aku . Malam itu aku tidor nyenyak kerana keletihan .
Viva , adios Srengenge .
1 comment:
Terbaik...teruskan ckgu...
Post a Comment