TOK SAH MATI KALU TAK DAK DUIT
Duit is the root of all evils .Without duit you cannot do it . Dengan duit , satu dunia adalah dalam genggaman kita . Duit dari punca yang haram sampai bila pun tak mendorong kita membuat kebajikan .Dari duit yang halal kita akan mendapat berkat dan mudah terdorong kepada membuat kebajikan . Yang haram menggandakan dosa , yang halal membuahkan pahala yang berlimpah . Dosa balasannya satu dosa , buat pahala dibalasanya 10 kebajikan. 10 times more . Tapi senang ,mudah dan suka orang membuat yang berdosa . Nak buat yang baik cukup susah, orang pun tak berapa gemar pula berbuat baik . rasa tak syok pula . Orang begitu syok sekali melayan nafsu . Syok berzina , bangga mencuri , puas mabok2 dengan minuman2 keras . Seronok berbohong . Seronok mengorat gadis2 genit . Seronok merendek bersama girlfriend/boyfriend . Habis duit sepoket pun tak pa . Menyesal akan datang kemudian . Menyesal tak pernah di depan . Itu tertib alam . Buat kerja dengan tidak berfikiaq ,buah hasilnya ialah menyesal . Syok datang dulu,Habis syok ,menyesal tiba . Menyesal kemudian tak berguna . Susah nak sesal dahulu . Jarang2 ada .
Bila manusia bertuhankan duit , kesudahannya ialah kemusnahan dan kerosakan . Tengok Iraq , tengok Afgahnistan tengokla dimana-mana pun yang ada ialah kemusnahan . Itu kerana duit .Kerana halobakan duit , nak monopoli minyak sanggup membunuh hingga rosak sebuah tamaddun lama .
Akhir2 ni pula nak mati pun payah kalu tak dak duit . Jadi kalu tak berduit tok sah dok mimpi nak mati . Di tempat ku sekurang2nya bila mati nak kena ada 2 ribu ringgit Malaysia . Kalau tidak , minta malikat-maut tanggoh dulu . Tak dak orang nak tolong free . secara percuma . Mandi kena duit,kafan kena duit , sembahyang kena duit , kubur kena duit , talkin kena duit. Lepas tu 7 malam pula kenduri arwah , duit lagi . Tak kira ada duit ke tidak , mesti buat . Adat dah begitu . Syariat dengan adat dah menang adat . Memang benar kata orang2 tua dulu : Biar mati anak , jangan mati adat . Selagi berpegang pada bidalan itu,sampai kiamat pun bangsa tak maju . Tak dak tok imam atau ustaz2 pun berani ketengahkan perkara ini . Aku tau pasai sebenarnya , kerana , kerana , kerana DUIT . Depa pun cari duit juga . Dunia haprak . Kita tak dak ketika dah tolong dia , hari mati lah masanya . Kita semua pun akan mati . Kalau tak ada orang nak tolong , burung ereng ( valtures ) yang mai dok ragut daging2 kita . Susah juga nak mati .
Yang peleknya buat kenduri orang bagi duit dan sedia tolong menguruskan kenduri , tapi bila mati depa mai ambil duit . Sembahyang jenazah pun kena beri duit . Ajaib .
Bila nak mati bukan saja pikiaq tentang amalan kita , tapi pikiaq duit sama . Kalau tidak mayat tak jalan. Itu falsafah dunia globalisasi .
No duit ,they don’t do it .
No comments:
Post a Comment